Tuesday, December 22, 2015

Khawin?

Tuesday, December 22, 2015
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas yak tak reti flush :v , baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak,  mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak,  makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar ,lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga, ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Bukan sedikit rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM ,  TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan,  disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup"

Friday, December 11, 2015

Alat muzik HARAM??

Friday, December 11, 2015
Assalamualaikum para sahabat

Ini dikirakan hari kedua saya tersentap :'D

Saya baru belajar main gitarrrr~! yeayyyy
saya suka lagu akustik terutama mainan gitar

Tapiiii... :((
Apakan daya mungkinkah saya membuat pilihan yang salah dengan memilih untuk mempelajari 'ilmu gitar' ?

Nak tau tak?

Ini merupakan hari kedua saya ditarbiyyah untuk tidak bermain gitar.
Saya sedar pada mulanya.
tapi saya 'gagahkan diri' (tolak dan fikir positif) untuk terus menuntut :') Astagfirullah

Pertama kali saya ditarbiyyah bila ada yang shared post dalam timeline saya dengan menunjukkan surat khabar pada 2014 yang menyatakan bahawa gitar dan trumpet diharamkan di Malaysia.
(Maaf tak dapat dikesan lagi sebab dah refresh timeline xD )

Kenapa saya tak pernah perasan ada dalam surat khabar sebelum nhee -___-"

Saya pun terkecil laa hati nhee
Lepas tu mula terdetik untuk melihat comments
Ada yang menyatakan buruk mengenai undang-undang
Ada yang mula baran
Ada yang berkata suka hati letak fatwa agama

MasyaAllah
Lumrah manusia bila berkata-kata mengikut nafsu tanpa mengkaji

Tapi bila saya terpandang gitar lama milik abah, saya mula memetik lagu yang saya sedang pelajari..
Barangkali (cehh xD) sudah obsess dengan gitar *-*


Kali kedua Allah tunjukkan lagi pada saya,
apabila dengan izinNya. Saya terjumpa lagi mengenai gitar
ianya dari facebook juga by Dr Zakir Naik (youtube)

Masa tuu daa terkedu,
Mula rasa meremang lagi-lagi apabila disampaikan oleh beliau yang amat saya sanjungi :')
Lepas itu melalui group tarbiyyah di Telegram pula o..O

Allahu Akhbar~
Waktu tuu nak tak nak, letak gitar di tepi xP
Bila asyik terpandang gitar, rasa macam nak bakar pun ada hahahah xD eii geram jer tengok

Apa-apa pun saya tidak berani untuk meletakkan hokum bermain gitar
TETAPI ada hadith sahih mengenainya,
Rajin-rajin kan laa jari jemari tuu, tengok youtube, rujuk para ilmuan agama,
InsyaAllah

Wallahualam


Sunday, December 6, 2015

Mudahkan, jangan susahkan

Sunday, December 6, 2015

(Sumber Youtuber : Siti Hazirah Zaini)

MasyaAllah bagus laa buat video macam nhee..

Boleh laa amek teladan :D

Islam itu mudah tapi JANGAN AMIK MUDAH :))


Apa yang saya peroleh...


saya random jer laa k xD
berdasarkan sekali imbas


1) Bila orang daa mula berminat dengan apa yang kita pakai, kemungkinan kedainya dekat jer dengan kita. Jadi tak salah tolong belikan walaupun dia sekadar bertanya (dia malu-malu tuuu xD )


2) Aurat itu bukan untuk 'dibalut' tetapi 'diselindung' <3


3) Apabila berpakaian yang kita yakin kita telah tutup aurat dengan sempurna (insyaAllah) jadi boleh laa dibawa solat :)) yang penting jangan ketat


4) Apabila kita melihat seseorang dalam kesusahan yang sama kita lalui, tak salah sampaikan apa yang baru kita pelajari (nak dapat pahala berpanjangan kan? berkat ilmu :) )


Tambahan....

5) Islam itu amat indah bila kita tahu cara mengerjanya dan tahu serba sedikit hukumnya, itulah pentingnya menuntut ilmu

Pakcik saya ada bagitau saya, walaupun apa pun jadi ilmu itu penting..
soal pandai tak pandai, gagal tak gagal itu semua soal nombor dua :3
Ilmu itu akan menaikkan darjat seseorang di mata Allah dan masyarakat
Tengoklah ustaz-ustaz yang bagi ceramah ituu
Selain diorang dapat duit , diorang disanjung tinggi..dikenali orang.. dihormati ... kerana apa? kerana ilmunyaa


Diam ada makna :')

Assalamualaikum warahmatullahi

Hari ini nak cakap pasal seorang yang pendiam dan yang 'tiba-tiba diam' :D

Saya tak pasti kalau yang suka berdiam diri ini tapi bagi saya
dia diam maknanya dia ada cerita

sebab tu laa, bagi kita jenis yang tak reti duk diam nhe kena laa faham okey? :)


Next

bagi yang tertiba diam

selalunya orang akan terdiam bila sesuatu berlaku terutama bila MARAH

ini yang selalu orang tak faham konsep lebih baik senyap bila marah
huuu~
kekadang dia diam sebab nak tahan marah
daa tuu jangan laa dicabar 'api kemarahan' nyaa =___=

diam semasa bertengkar bukan bermakna dia lemah~! tidak sama sekali ;)
dia diam kerana DIA SANGAT KUAT ehemm~ xD