Bismillah.. Dalam kita bersama menghirup setiap desiran nafas yang dikurniakan Allah. Telah mewujudkan ikatan kita sebagai hamba-Nya. Sumpah setia kita untuk sentiasa taat dan beiman dengan enam rukun-Nya. Kita hidup tak pernah sendiri, walaupun kita sedaya upaya tidak mahu pertolongan dari yang lain. Jangan lupa mungkin itu juga merupakan bentuk bantuan dari Allah Yang Esa. Jadi siapa kita nak menolak, betul tak? Namun sahabat sekalian, selagi kita tidak merasakan kita mampu untuk hadapi... kita hadapi. Sesuai kan dengan firman Allah dalam ayat surah Al-Baqarah ? “ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286) Jika seseorang itu ikhlas. Terima jer lah. Tapi ehem~ beringat lah jugak ye (^^)\/ Topik sesungguhnya.. hahaha Apa beza sahabat dan rakan? Luahan Sahabat - Kenapa kau panggil aku sebagai sahabat? Sebab kau selalu ada dalam jatuh dan bangun aku. kau tak pernah muak nak tegur aku, walaupun aku selalu bagitau kau, aku terasa dengan apa yang kau cuba nak sampaikan. Kau tak pernah tipu dengan aku. Kau selalu tegur sikap aku. Dan kau faham perasaan aku. Suka ke sedih ke. Aku tak pernah ada sahabat, yang aku ada cumalah kawan dan lawan. Janji aku nak sama-sama ke syurga dengan kau nanti okey? :') Sahabat ungkapan yang sangat indah dan rare. Bukan calang calang manusia yang boleh digelar sahabat. Cari~ jangan tak cari :') Tugasnya sebagai pembimbing dan tukang support dalam semua benda yang kita buat bukanlah satu lakonan. Di depan bagaikan malaikat tapi di belakang jadi 'syaitan'. UIsh. Macam pedih. Macam biadab. Sebenarnya 'syaitan' bukanlah seperti makhluk ghaib seperti jin dan iblis. Syaitan itu lahir dari hati ibarat iman yang tak dibuat buat tapi terzahir scara perbuatan. Syaitan lebih kepada perbuatan mungkar yang dilakukan. Iman berbunga maka berseri lah insan yang memilikinya. Syaitan berasal dari perkataan 'ba'uda (jauh, yakni yang selalu menjauhkan manusia dari kebenaran) digunakan untuk setiap makhluk berakal yang derhaka dan membangkang. Tidak semua jin itu syaitan, kerana ada jin yang soleh :D Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (Al-Jin 72:11) ............................................... Kenapa aku hanya layak bergelar kawan? Sebab kau belum puas jatuhkan dan gelakkan aku, Kau berpura baik hakikatnya di belakang kau fitnah dan umpat aku. Bukak aib aku dan rabak lagi teruk dari realiti. Orang pandang aku hina macam aku 'jual diri' aku, Aku tak pernah anggap kau sahabat. Sebab yang kau kisah hanya cerita teruk aku. Tegur tapi niat menyindir aku.. Kawan taklah teruk mana. Cuma mereka ini less caring pasal diri kau. Boleh jadi lawan dan boleh jadi kawan. Pernah dengar? friend for benefit? Rilek bukan kejam mana pon. Cuma dia kurang nilai dan sweetnye dari kisah sahabat tadi :') Takpe. tak semua kawan tuu teruk. Cuma dunia ni memang macam ni ='= manusia makin matang dan dewasa makin kurang menghargai dan dihargai. Ambik semua benda kisah tak kisah. 'Bukan life aku pun nak kisah pasal dia. Kubur masing masing' Wohaaa~ Buat salah, kena sindir. Buat salah kena ejek. Bila susah bukan tolong tapi huru harakan lagi. Payah kan cari insan yang bertuah. Ukhwah till jannah :') Sehingga dalam surah Al-Furqan 25:29 : "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (AlQuran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah SYAITAN itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya) " ........................................... Kata kata akhir. Terima kasih jadi kawan dan sahabat. Moga kita fikirkan hadirnya syurga dan neraka. Berteman biar ikhlas sehingga kita membimbing. Tak rugi kerana Allah redha biar kita hanya 'ter'bimbing 'ter'ikut 'ter'sayang 'ter'tegur sampai 'ter'asa. |
Blog Archive
Popular Posts
-
Girls yang dedah aurat (source from facebook) AJNABI :- cantik nya awak pakai cekci macam nhee >:3 SI CEKCI ...
-
Cuba kita fikir balik. Semua teknologi yang dicipta oleh para saintis dan engineer adalah sebenarnya mengambil contoh dan konsep dari cipta...
-
Assalamualaikum sahabat semuanya Fuh seharian tuu penuh jer aktivitinya HAHAH Nak kata aktif tak laa Cuma sekadar nak 'tolong' a...
-
Bismillah Apa punca ada yang suka bersangka buruk. Ye laa.. kalau betul lah nak bersuudzon pon takyah lah tunjuk depan depan *biarlah asa...
-
Bismillah Motivasi satu perkara yang amat berkait rapat dengan diri kita insan. Manusia perlu motivasi untuk terinspirasi.melakukan sesua...
-
Assalamualaikum kepada semua Nhe merupakan blog pengkongsian ilmu-ilmu yang mungkin kita masih tahu tidak tahu Tapi bukanlah segalanya...
-
(Published by - Tanta Medical Daei Production- May 8, 2015) MasyaAllah, hari niee saya macam biasa explore kat youtube Tup tup. jumpa...
-
Assalamualaikum para sahabat Ini dikirakan hari kedua saya tersentap :'D Saya baru belajar main gitarrrr~! yeayyyy saya suka lagu a...
-
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan,...
Powered by Blogger.