Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas yak tak reti flush :v , baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang. Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time live happily ever after. Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu? Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan. Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah? Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin? Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak, mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak, makan sahaja di luar? Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar ,lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.. Apabila kamu membentak marahkan orang tua kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga, ibu rumahtangga itu tidak mudah! Bukan sedikit rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM , TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam. Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan, disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut. Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup" |
Tuesday, December 22, 2015
Friday, December 11, 2015
Alat muzik HARAM??
Adakah alatan muzik diharamkan oleh Islam - Dr Zakir Naik
Permainan alat muzik membuat kita jauh dari Allah (MUZIK) Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pengharaman alat muzik bertali dan ditiup dengan mulut kerana ia menjadi simbol kepada golongan peminum arak pada masa itu. See more at: http://mynewsterkini.blogspot.my/2012/11/hujjah-hukum-alat-muzik-bertali-dan.html#sthash.mirSMhD1.dpuf |
Sunday, December 6, 2015
Mudahkan, jangan susahkan
(Sumber Youtuber : Siti Hazirah Zaini) MasyaAllah bagus laa buat video macam nhee.. Boleh laa amek teladan :D Islam itu mudah tapi JANGAN AMIK MUDAH :)) Apa yang saya peroleh... saya random jer laa k xD berdasarkan sekali imbas 1) Bila orang daa mula berminat dengan apa yang kita pakai, kemungkinan kedainya dekat jer dengan kita. Jadi tak salah tolong belikan walaupun dia sekadar bertanya (dia malu-malu tuuu xD ) 2) Aurat itu bukan untuk 'dibalut' tetapi 'diselindung' <3 3) Apabila berpakaian yang kita yakin kita telah tutup aurat dengan sempurna (insyaAllah) jadi boleh laa dibawa solat :)) yang penting jangan ketat 4) Apabila kita melihat seseorang dalam kesusahan yang sama kita lalui, tak salah sampaikan apa yang baru kita pelajari (nak dapat pahala berpanjangan kan? berkat ilmu :) ) Tambahan....
5) Islam itu amat indah bila kita tahu cara mengerjanya dan tahu serba sedikit hukumnya, itulah pentingnya menuntut ilmu
Pakcik saya ada bagitau saya, walaupun apa pun jadi ilmu itu penting..
soal pandai tak pandai, gagal tak gagal itu semua soal nombor dua :3
Ilmu itu akan menaikkan darjat seseorang di mata Allah dan masyarakat
Tengoklah ustaz-ustaz yang bagi ceramah ituu
Selain diorang dapat duit , diorang disanjung tinggi..dikenali orang.. dihormati ... kerana apa? kerana ilmunyaa
|
Diam ada makna :')
Assalamualaikum warahmatullahi Hari ini nak cakap pasal seorang yang pendiam dan yang 'tiba-tiba diam' :D Saya tak pasti kalau yang suka berdiam diri ini tapi bagi saya dia diam maknanya dia ada cerita sebab tu laa, bagi kita jenis yang tak reti duk diam nhe kena laa faham okey? :) Next
bagi yang tertiba diam
selalunya orang akan terdiam bila sesuatu berlaku terutama bila MARAH
ini yang selalu orang tak faham konsep lebih baik senyap bila marah
huuu~ kekadang dia diam sebab nak tahan marah daa tuu jangan laa dicabar 'api kemarahan' nyaa =___= diam semasa bertengkar bukan bermakna dia lemah~! tidak sama sekali ;) dia diam kerana DIA SANGAT KUAT ehemm~ xD |
Wednesday, November 11, 2015
HARGAI ILMU
Kenapa orang zaman sekarang tak menghargai ilmu ? .Kenapa?
Kadang-kadang ada orang belajar pandai2 , tapi akhirnya CUMA NAK MUNTAHKAN DI ATAS KERTAS PEPERIKSAAN dan tak manfaat kan ilmunya. Kenapa? kenapa kita tidak berfikiran seperti orang lain contohnya saintis Sir Isaac Newton , apabila buah epel jatuh , dia terfikir kenapa epel tu turun ke tanah , kenapa dia jatuh ? cuba kita jadi dia . bila buah jatuh , apa yang kita fikir ? MAKAN? bawak balik rumah? Kita semua sebenarnya terperangkap dibawah Sistem BARAT yang mana kita menganggap sijil itu sangat bermakna bagi kehidupan . dan cara untuk mendapatkan sijil itu dengan peperiksaan yang cemerlang , untuk mendapatkan peperiksaan yang cemerlang , perlu belajar bersungguh-sungguh . jadi kita ni sebenarnya belajar kerana nak dapat sijil supaya boleh ditunjuk dimana-mana syarikat untuk mendapatkan kerja , peta minda nya macam ni . Belajar Sungguh2 --> Exam Cemerlang --> Sijil --> Kerja . Kenapa saya kata "Terperangkap"? Ya kita memang terperangkap sebenarnya. Nak ke tak nak ke , kena hadap jugak sistem ni. mana boleh lari dah . kita duduk bawah negara yang ada pemerintahan dan ada sistem . Bila result tak bagus , mindset manusia akan menganggap budak itu budak "TAK PANDAI,BUDAK TAK CERDIK" . dan secara automatiknya budak tu terus down,Moody , dan berasa dirinya tak pandai . dan budak tu akan ditempatkan di kelas last. dan otak budak tu akan generate "aku kelas bodoh, maknanya aku bodoh,tak ada masa depan". Jarang sekali ada orang berfikiran "Aku boleh buat, walaupun aku kelas last , aku boleh buat , aku yakin ". Dalam buku teks kata Rokok adalah merbahaya . Di Dalam peperiksaan Yang Manakah bahan merbahaya? A. Daun B. Pisang C. Durian D. Rokok Sudah tentu Anda Pilih Rokok . perokok pun akan pilih rokok sebab dia tahu benda tu merbahaya . tapi perokok tetap terus menghisap rokok . Kesimpulannya , Dia belajar ke tidak ? atau kata lain "Belajar sebab exam". kalau dia betul2 belajar , dia akan berhenti terus merokok Peta minda yang sebenar : Belajar Sungguh2 --> Manfaatkan Ilmu --> Gunakanya Pernah terfikir tak macam mana Jabatan polis dibina? ingat polis mesti dalam otak ingat "pistol" kan ? orang yang reka pistol ni sangat cerdik kerana dia berjaya memanfaatkan dan menggunakan ilmunya dengan betul . sehingga kini disebabkan pistol lah , telah terbinanya jawatan2 seperti Commander,Cheif,Seargant. Orang yang paling saya respek ialah pencipta pistol. Dan yang keduanya ialah pekerja2 yang guna pistol itu. Pernah terfikir tak macam mana jawatan Pilot,Pramugari,Pramugara dibina? dengan ada nya kapal terbang , wujudlah jawatan2 seperti itu . respek 1x kali kat pencipta kapal terbang sebb telah memanfaatkan dan menggunakan ilmunya dengan betul. Kereta? kalau ditakdirkan tak ada orang cipta kereta , sudah pasti Tol,Road Tax,Stesen Minyak,Jalan Tar,Traffik Light,Kamera AES,Polis Trafik,Kedai Workshop Kereta,Kedai Tayar Tak WUJUD! apa yang saya nak tekan kan ialah ,KELUAR DARI MINDSET "Kami belajar sebab nak kerja tinggi2 supaya dapat gaji tinggi ". MANFAATKANLAH ILMU DAN GUNAKANYA . KELUARKAN IDEA DALAM OTAK KAMU TU. ALLAH KURNIAKAN OTAK MANUSIA SEMUA SAMA . YANG BUAT IA JADI LAIN IALAH LIFESTYLE KAMU & SUASANA SEKELILING KAMU. TAPI kalau kamu Rasa lifestyle dan suasana tak effect dekat otak kamu (iaitu mindset) alhamdulillah saya ucapakan :) Kesimpulannya , Ya. tak salah nak jadi pekerja. Cuma keluar dari mindset camtu :) DAN INI SEMUA TELAH DI MINDSETKAN OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA! HAKIKAT INI TIDAK BOLEH DITOLAK DAN TIDAK BOLEH DIELAK . DAN IA AKAN BERTERUSAN SAMPAI AKHIR KEHIDUPAN BUMI . Sekian Terima Kasih :) |
Sunday, November 8, 2015
Bila hanya mengejar nama
Huuu~ Benda ini memang akan terjadi bila niat kita sering terpesong dari apa yang kita mahukan *hanyalah sekadar survey sekeliling* tak salah bila nak pandai berbicara soal agama ^^ yang salahnya apabila diri dikuasai dengan sifat riak dan ingin dilihat hebat dengan ilmu agama Apabila telah menyampaikan kata-kata hebat sehingga insan yang mendengar mengulangi dan berkata seolah-olah kata-kata itu datang dari dirinya sendiri Start laa rasa cemburu apabila orang lain memuji dia kann daa salah tuuu :( banyaklah beristigfar dan beringatlah segala kata-kata berhikmah datangnya dari Allah tak perlu kot sampai nak tarik muka dan mula berkata buruk dengan niat ingin memalukan insan yang mendengar itu tadi Cuba fikir dua tiga ratus ribu kali sebelum kita mula tenggelam dengan dasyatnya sifat riak Adakah Allah redha dengan ilmu yang kita sampaikan? Adalah aku ini hanya ingin dilihat hebat di mata orang ramai? Adakah aku ini hanya ingin mengejar popularity? Adakah kata-kata atau perbuatan aku ini akan menyakiti hati sahabat kita? okey?? faham?? hehehe cuba senyum :) kan comel tuu ahahhaha xD |
Hati-hati dengan aib sendiri
Bismillahhirahmannirrahim Fuh~ bila memalam jer datangg lah ilham nak tulis blog Bukan ape, kadang-kadang malam laa macam emosi boleh terhasil xD *atau mungkin sebab baru lepas sihat dari demam terus emo* hahhaha xD pelbagai cara boleh terbukanya aib diri kita based on what happening tonight everything just happen at one night 1- dari sahabat kita 2- dari Allah 3- dari diri sendiri PERTAMA :- DARI SAHABAT bagaimana? bila sahabat yang kita percaya boleh 'simpan rahsia' Sebab tuu laa kawan-kawan kadang-kadang tak semua benda kita nak kena luahkan Mana lah tau bila daa 'tak kawan' boleh terbongkarlahh segalanya KEDUA :- DARI ALLAH senang jer nak explain nii insyaAllah minah comel : wei kau tahu tak ....bla...bla....bla... minah kiut : laaa ye ke? asal aku tak tau nhee minah comel : macamana kau nak tau ,mana dia nak kecoh nanti tanggung malu ! Haaa.. daa nampak daa?? bagaimana Allah buka aib kita on the spot jugakk ~! ke tak perasan? hahaha meh saya terangkan bila minah comel beritahu aib hamba Allah yang lain Automatic kat situ jugak terdedahnya aib dia Allah dah tunjukkan minah comel yang suka membuka aib orang (keburukan) itu juga merupakan aib diri sendiri :)) KETIGA :- DARI DIRI SENDIRI bila diri sibuk untuk menagih simpati sahabat lain sedang dia melakukan kemungkaran sama ada dia sedar atau tidak contoh menghantar gambar berdua dengan ajnabi yang dibenci ke 'whatssap group' sedang dengan alasan bahawa dia terpaksa kerana 'sahabat baik' tinggalkan berdua kerana hendak ke tandas *yang tak keluar-2 dari tadi* Ingat ini program mencari jodoh ke ape? daa tuu nape tak ikut jer sahabat baik kau tuu?? perlu ke saling gambar menggambar dengan dia kata benci? sweet sangat laa tuu , tak maluu.. haaa kan daa kena pelbagai tohmahan =_____= lain kali hati-hati laa ye huihui~ :') .......... HR Imam At Tirmidzi No : 1425
"Dan barangsiapa yang menutupi (aib) orang Muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan di akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya (sesama Islam)."
Akhirulkalam,
Semoga Allah sentiasa menutup aib-aib kita dan keturunan kita dan semoga Allah mengampuni seluruh aib, dosa dan kesalahan kita dan keturunan kita.
Dan
Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita mampu menjaga lisan, lidah & tulisan kita dari membicaralan hal-hal yang mengaibkan, menggantikannya dengan ucapan yang membawa kebaikan dan keredhaanNya.
Amin Hirobbil Alamin
Diri ini pun ada kekurangan yang baik datang dari Allah, segala kelemahan ada pada diri sendiri
awak baik laa tak... mana ada ehh, saya siyes arr :D awak... kalau lah Allah bukak aib saya maka semua orang taknak kawan saya termasuk awak sendiri wallahualam *senyum* |
Saturday, October 31, 2015
Fitrah Manusia
Sunday, October 25, 2015
Ayat Deep Bagi Yang 'Cekci Mekci'
Girls yang dedah aurat
(source from facebook)
AJNABI :- cantik nya awak pakai cekci macam nhee >:3SI CEKCI :- oh really ? Thanksssss :* MISS PRIHATIN :- ILYSM SI CEKCI :- I love you so much ?? :D MISS PRIHATIN :- eh NO ! xD SI CEKCI :- so what do you mean ? :/ MISS PRIHATIN :- I mean 'Insaf Lah You Sebelum Mati' SI CEKCI :- deep (T^T)
PERHATIAN !
Gunalah sebaik-baik ayat untuk 'memberi tarbiyyah'
Sentap sikit-sikit bukan terus bash xD
Sebijak-bijak orang berdakwah adalah berdakwah dengan kata-kata yang lembut dan berhikmah
InsyaAllah sama-samalah kita menegur dan doa yang terbaik
^^\/ pissss |
Hebatnya insan bernama wanita
Assalamualaikum kepada semua
Nhe merupakan blog pengkongsian ilmu-ilmu yang mungkin kita masih tahu tidak tahu Tapi bukanlah segalanya akan 'dicurahkan' di sini ..BUKAN tetapi insyaAllah sedikit sebanyak dapatlah dimanfaatkan Learn from seeing :)
Saya juga merupakan seorang yang belajar,
Belajar dari kata-kata,
Belajar dari melihat,
Belajar dari mendengar
okeyyy berbalik pada topik
(hebatnya insan bernama wanita)
Nampak gaya macam saya nak 'menang'kan pihak perempuan
ehh~ tidak sama sekali hahah mungkin sedikit xD
Ada sebuah kata-kata dari
[ Sheikh Akram Nadawi ]
"When she is a daughter, she opens a door of Jannah for her father,
when she is a wife, she completes half of the deen of her husband,
when she is a mother, Jannah lies under her feet"
"If everyone knew the true status of a muslim woman in Islam, even the men would want to be women"
MasyaAllah bila kita 'dok perati' ayat nhe betul-betul
Baru kita sedar betapa Islam amat menghormati muslimah
Betapa 'TINGGINYA NILAI SEORANG MUSLIMAH'
Persoalannya sekarang kenapa masih ade yang tak reti nak sedar =_______= Malah makin menjadi-jadi lahaiii~ nauzubillah OK tu jer kot kali ini Lain kali nak korek lagi pasal gejala sosial yang terlebih insyaAllah ada masa saya update lagi, jangan lupa survey-survey laa lagi blog nhe ^^ |