Wednesday, November 11, 2015

HARGAI ILMU

Wednesday, November 11, 2015
Kenapa orang zaman sekarang tak menghargai ilmu ?  .Kenapa?

Kadang-kadang ada orang belajar pandai2 , tapi akhirnya CUMA NAK MUNTAHKAN DI ATAS KERTAS PEPERIKSAAN  dan tak manfaat kan ilmunya. Kenapa? kenapa kita tidak berfikiran seperti orang lain contohnya saintis Sir Isaac Newton , apabila buah epel jatuh , dia terfikir kenapa epel tu turun ke tanah , kenapa dia jatuh ? cuba kita jadi dia . bila buah jatuh , apa yang kita fikir ? MAKAN? bawak balik rumah? Kita semua  sebenarnya terperangkap dibawah Sistem BARAT yang mana kita menganggap sijil itu sangat bermakna bagi kehidupan . dan cara untuk mendapatkan sijil itu dengan peperiksaan yang cemerlang , untuk mendapatkan peperiksaan yang cemerlang , perlu belajar bersungguh-sungguh . jadi kita ni sebenarnya belajar kerana nak dapat sijil supaya boleh ditunjuk dimana-mana syarikat untuk mendapatkan kerja , peta minda nya macam ni .

Belajar Sungguh2 --> Exam Cemerlang --> Sijil --> Kerja .

Kenapa saya kata "Terperangkap"? Ya kita memang terperangkap sebenarnya. Nak ke tak nak ke , kena hadap jugak sistem ni. mana boleh lari dah . kita duduk bawah negara yang ada pemerintahan dan ada sistem .  Bila result tak bagus , mindset manusia akan menganggap budak itu budak "TAK PANDAI,BUDAK TAK CERDIK" . dan secara automatiknya budak tu terus down,Moody , dan berasa dirinya tak pandai . dan budak tu akan ditempatkan di kelas last. dan otak budak tu akan generate "aku kelas bodoh, maknanya aku bodoh,tak ada masa depan". Jarang sekali ada orang berfikiran "Aku boleh buat, walaupun aku kelas last , aku boleh buat , aku yakin ".


Dalam buku teks kata Rokok  adalah merbahaya  . Di Dalam peperiksaan

Yang Manakah bahan merbahaya?
A. Daun
B. Pisang
C. Durian
D. Rokok

Sudah tentu Anda Pilih Rokok . perokok pun akan pilih rokok sebab dia tahu benda tu merbahaya . tapi perokok tetap terus menghisap rokok . Kesimpulannya , Dia belajar ke tidak ? atau kata lain "Belajar sebab exam". kalau dia betul2 belajar , dia akan berhenti terus merokok

Peta minda yang sebenar :

Belajar Sungguh2 --> Manfaatkan Ilmu --> Gunakanya

Pernah terfikir tak macam mana Jabatan polis dibina?  ingat polis mesti dalam otak ingat "pistol" kan ? orang yang reka pistol ni sangat cerdik kerana dia berjaya memanfaatkan dan menggunakan ilmunya dengan betul . sehingga kini disebabkan pistol lah , telah terbinanya jawatan2 seperti Commander,Cheif,Seargant. Orang yang paling saya respek ialah pencipta pistol. Dan yang keduanya ialah pekerja2 yang guna pistol itu.

Pernah terfikir tak macam mana jawatan Pilot,Pramugari,Pramugara  dibina? dengan ada nya kapal terbang , wujudlah jawatan2 seperti itu . respek  1x kali kat pencipta kapal terbang sebb telah memanfaatkan dan menggunakan ilmunya dengan betul.

Kereta? kalau ditakdirkan tak ada orang cipta kereta , sudah pasti Tol,Road Tax,Stesen Minyak,Jalan Tar,Traffik Light,Kamera AES,Polis Trafik,Kedai Workshop Kereta,Kedai Tayar Tak WUJUD!

apa yang saya nak tekan kan ialah ,KELUAR DARI MINDSET "Kami belajar sebab nak kerja tinggi2 supaya dapat gaji tinggi ". MANFAATKANLAH ILMU DAN GUNAKANYA . KELUARKAN IDEA DALAM OTAK KAMU TU. ALLAH KURNIAKAN OTAK MANUSIA SEMUA SAMA . YANG BUAT IA JADI LAIN IALAH LIFESTYLE KAMU & SUASANA SEKELILING KAMU. TAPI kalau kamu  Rasa lifestyle dan suasana tak effect dekat otak kamu (iaitu mindset) alhamdulillah saya ucapakan :)

 Kesimpulannya , Ya. tak salah nak jadi pekerja. Cuma keluar dari mindset camtu :)


DAN INI SEMUA TELAH DI MINDSETKAN OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA! HAKIKAT INI TIDAK BOLEH DITOLAK DAN TIDAK BOLEH DIELAK . DAN IA AKAN BERTERUSAN SAMPAI AKHIR KEHIDUPAN BUMI .


Sekian Terima Kasih :)