Wednesday, November 11, 2015

HARGAI ILMU

Wednesday, November 11, 2015
Kenapa orang zaman sekarang tak menghargai ilmu ?  .Kenapa?

Kadang-kadang ada orang belajar pandai2 , tapi akhirnya CUMA NAK MUNTAHKAN DI ATAS KERTAS PEPERIKSAAN  dan tak manfaat kan ilmunya. Kenapa? kenapa kita tidak berfikiran seperti orang lain contohnya saintis Sir Isaac Newton , apabila buah epel jatuh , dia terfikir kenapa epel tu turun ke tanah , kenapa dia jatuh ? cuba kita jadi dia . bila buah jatuh , apa yang kita fikir ? MAKAN? bawak balik rumah? Kita semua  sebenarnya terperangkap dibawah Sistem BARAT yang mana kita menganggap sijil itu sangat bermakna bagi kehidupan . dan cara untuk mendapatkan sijil itu dengan peperiksaan yang cemerlang , untuk mendapatkan peperiksaan yang cemerlang , perlu belajar bersungguh-sungguh . jadi kita ni sebenarnya belajar kerana nak dapat sijil supaya boleh ditunjuk dimana-mana syarikat untuk mendapatkan kerja , peta minda nya macam ni .

Belajar Sungguh2 --> Exam Cemerlang --> Sijil --> Kerja .

Kenapa saya kata "Terperangkap"? Ya kita memang terperangkap sebenarnya. Nak ke tak nak ke , kena hadap jugak sistem ni. mana boleh lari dah . kita duduk bawah negara yang ada pemerintahan dan ada sistem .  Bila result tak bagus , mindset manusia akan menganggap budak itu budak "TAK PANDAI,BUDAK TAK CERDIK" . dan secara automatiknya budak tu terus down,Moody , dan berasa dirinya tak pandai . dan budak tu akan ditempatkan di kelas last. dan otak budak tu akan generate "aku kelas bodoh, maknanya aku bodoh,tak ada masa depan". Jarang sekali ada orang berfikiran "Aku boleh buat, walaupun aku kelas last , aku boleh buat , aku yakin ".


Dalam buku teks kata Rokok  adalah merbahaya  . Di Dalam peperiksaan

Yang Manakah bahan merbahaya?
A. Daun
B. Pisang
C. Durian
D. Rokok

Sudah tentu Anda Pilih Rokok . perokok pun akan pilih rokok sebab dia tahu benda tu merbahaya . tapi perokok tetap terus menghisap rokok . Kesimpulannya , Dia belajar ke tidak ? atau kata lain "Belajar sebab exam". kalau dia betul2 belajar , dia akan berhenti terus merokok

Peta minda yang sebenar :

Belajar Sungguh2 --> Manfaatkan Ilmu --> Gunakanya

Pernah terfikir tak macam mana Jabatan polis dibina?  ingat polis mesti dalam otak ingat "pistol" kan ? orang yang reka pistol ni sangat cerdik kerana dia berjaya memanfaatkan dan menggunakan ilmunya dengan betul . sehingga kini disebabkan pistol lah , telah terbinanya jawatan2 seperti Commander,Cheif,Seargant. Orang yang paling saya respek ialah pencipta pistol. Dan yang keduanya ialah pekerja2 yang guna pistol itu.

Pernah terfikir tak macam mana jawatan Pilot,Pramugari,Pramugara  dibina? dengan ada nya kapal terbang , wujudlah jawatan2 seperti itu . respek  1x kali kat pencipta kapal terbang sebb telah memanfaatkan dan menggunakan ilmunya dengan betul.

Kereta? kalau ditakdirkan tak ada orang cipta kereta , sudah pasti Tol,Road Tax,Stesen Minyak,Jalan Tar,Traffik Light,Kamera AES,Polis Trafik,Kedai Workshop Kereta,Kedai Tayar Tak WUJUD!

apa yang saya nak tekan kan ialah ,KELUAR DARI MINDSET "Kami belajar sebab nak kerja tinggi2 supaya dapat gaji tinggi ". MANFAATKANLAH ILMU DAN GUNAKANYA . KELUARKAN IDEA DALAM OTAK KAMU TU. ALLAH KURNIAKAN OTAK MANUSIA SEMUA SAMA . YANG BUAT IA JADI LAIN IALAH LIFESTYLE KAMU & SUASANA SEKELILING KAMU. TAPI kalau kamu  Rasa lifestyle dan suasana tak effect dekat otak kamu (iaitu mindset) alhamdulillah saya ucapakan :)

 Kesimpulannya , Ya. tak salah nak jadi pekerja. Cuma keluar dari mindset camtu :)


DAN INI SEMUA TELAH DI MINDSETKAN OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA! HAKIKAT INI TIDAK BOLEH DITOLAK DAN TIDAK BOLEH DIELAK . DAN IA AKAN BERTERUSAN SAMPAI AKHIR KEHIDUPAN BUMI .


Sekian Terima Kasih :)

Sunday, November 8, 2015

Bila hanya mengejar nama

Sunday, November 8, 2015
Huuu~

Benda ini memang akan terjadi bila niat kita sering terpesong dari apa yang kita mahukan

*hanyalah sekadar survey sekeliling*

tak salah bila nak pandai berbicara soal agama ^^
yang salahnya
apabila diri dikuasai dengan sifat riak dan ingin dilihat hebat dengan ilmu agama

Apabila telah menyampaikan kata-kata hebat sehingga insan yang mendengar mengulangi dan berkata seolah-olah kata-kata itu datang dari dirinya sendiri

Start laa rasa cemburu apabila orang lain memuji dia

kann daa salah tuuu :(

banyaklah beristigfar dan beringatlah segala kata-kata berhikmah datangnya dari Allah

tak perlu kot sampai nak tarik muka dan mula berkata buruk dengan niat ingin memalukan insan yang mendengar itu tadi

Cuba fikir dua tiga ratus ribu kali sebelum kita mula tenggelam dengan dasyatnya sifat riak

Adakah Allah redha dengan ilmu yang kita sampaikan?
Adalah aku ini hanya ingin dilihat hebat di mata orang ramai?
Adakah aku ini hanya ingin mengejar popularity?
Adakah kata-kata atau perbuatan aku ini akan menyakiti hati sahabat kita?

okey?? faham??

 hehehe cuba senyum :) kan comel tuu

ahahhaha xD

Hati-hati dengan aib sendiri

Bismillahhirahmannirrahim

Fuh~ bila memalam jer datangg lah ilham nak tulis blog
Bukan ape,
kadang-kadang malam laa macam emosi boleh terhasil xD

*atau mungkin sebab baru lepas sihat dari demam terus emo*
hahhaha xD


pelbagai cara boleh terbukanya aib diri kita

based on what happening tonight
everything just happen at one night

1- dari sahabat kita
2- dari Allah
3- dari diri sendiri


PERTAMA :- DARI SAHABAT
bagaimana?

bila sahabat yang kita percaya boleh 'simpan rahsia'

Sebab tuu laa kawan-kawan
kadang-kadang tak semua benda kita nak kena luahkan

Mana lah tau bila daa 'tak kawan' boleh terbongkarlahh segalanya

KEDUA :- DARI ALLAH

senang jer nak explain nii insyaAllah

minah comel : wei kau tahu tak ....bla...bla....bla...
minah kiut     : laaa ye ke? asal aku tak tau nhee
minah comel : macamana kau nak tau ,mana dia nak kecoh nanti tanggung malu !

Haaa.. daa nampak daa?? bagaimana Allah buka aib kita on the spot jugakk ~!

ke tak perasan?
hahaha
meh saya terangkan

bila minah comel beritahu aib hamba Allah yang lain
Automatic kat situ jugak terdedahnya aib dia

Allah dah tunjukkan minah comel yang suka membuka aib orang (keburukan) itu juga merupakan aib diri sendiri :))

KETIGA :- DARI DIRI SENDIRI
bila diri sibuk untuk menagih simpati sahabat lain
sedang dia melakukan kemungkaran sama ada dia sedar atau tidak

contoh

menghantar gambar berdua dengan ajnabi yang dibenci
ke 'whatssap group'

sedang dengan alasan bahawa dia  terpaksa kerana 'sahabat baik' tinggalkan berdua kerana hendak ke tandas *yang tak keluar-2 dari tadi*

Ingat ini program mencari jodoh ke ape?
daa tuu nape tak ikut jer sahabat baik kau tuu??
perlu ke saling gambar menggambar dengan dia kata benci?
sweet sangat laa tuu , tak maluu..

haaa kan daa kena pelbagai tohmahan =_____=

lain kali hati-hati laa ye huihui~ :')

..........

HR Imam At Tirmidzi No : 1425

"Dan barangsiapa yang menutupi (aib) orang Muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan di akhirat.  Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya (sesama Islam)."

Akhirulkalam,

Semoga Allah sentiasa menutup aib-aib kita dan keturunan kita dan semoga Allah mengampuni seluruh aib, dosa dan kesalahan kita dan keturunan kita.
Dan
Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita mampu menjaga lisan, lidah & tulisan kita dari membicaralan hal-hal yang mengaibkan, menggantikannya dengan ucapan yang membawa kebaikan dan keredhaanNya.

Amin Hirobbil Alamin

Diri ini pun ada kekurangan
yang baik datang dari Allah, segala kelemahan ada pada diri sendiri

Tersingkap kisah sendiri xD

awak baik laa
tak... mana ada
ehh, saya siyes arr :D
awak... kalau lah Allah bukak aib saya maka semua orang taknak kawan saya termasuk awak sendiri

wallahualam *senyum*