Astagfirullah HAHAHAH kelako pun kelako gak bila angka umur daa bertambah nie bukan main lagi kawan sebaya tak sebaya sume sibuk fikir 'jeles tengok orang bernikah la' Allah~ tak salah fikir soal cinta tapi... diorang cakap gitu, diorang tak fikir ke tanggungjawab sebenarnya? takpe la kalau daa betul-betul mampu nak galas tanggungjawab teruskan jer usaha bukan minta-minta kat facebook pastu bubuh ayat klishe nak 'minta belas kasihan'dari perempuan ingat dapat? uhukhuk "terimalah seseorang yang bersungguh-sungguh mendapatkan kamu bukan seseorang yang kamu sungguh-sungguhkan" (bagi wanita) "nikahilah dengan seseorang yang apabila kamu melihatnya, kamu berasa tenang (ingat Allah)" (bagi lelaki) Ini haa satu lagi =________= Mempergunakan agama untuk pancing hati seseorang. Kalau betul lah dia betul-betul siyes, dia takkan 'gunakan ayat agama' yang berbunga. ('-') Maksud ayat berbunga agama itu macam ini "Weh, jom lah keluar dengan aku hari rabu ini :) " "Ohh? kita berdua aje ke?" "Yela kita berdua jer laaa" "Takpe laa, kang timbul fitnah. Lagipun aku tak selesa doe" "Alaaa wehh, kau ajak laa member kau sorang" "Takpelaa aku tak nak.. Kang tak pasal-pasal kang member aku awkward ditambah dengan aku nanti" "Tolong laa" *haa belum lagi sampai ayat berbunga agama itu* *selang beberapa minit* "Weh asal kau diam, marah aku ke? Aku mintak maaf. Aku merapu tadi." "Umm" "Tapi aku nak sangat jumpa kau, banyak benda pasal agama aku nak belajar dari kau. Please weh" "Jadah nye, kau tengok kat rak buku kau. Ada tak Al-Quran. Rujuk sendiri, tak paham. tanya ustaz ke yang lagi tinggi ilmu dari aku. Senang jer nak belajar agama ini" "Tapi aku nak jumpa kau, boleh kau ajar aku." "Takpe laa, apa guna member kau, banyak jer yang kau boleh pilih nak jumpa" "Kau memang kuat iman kan?" "Takde makna, aku pun iman goyah." "Betul laa, iman kau kuat. Itu yang aku suka pasal kau" "Iman aku ini senang jer lebur. Goyah. Sebab itu lah gunanya aku jauh lagi dari timbul fitnah gitu. Kang tak pasal-pasal gugur iman aku yang nipis ni" "Payah nak ajak kau keluar. Sorry tauu. Aku cuba nasib jer." "...." See? ahuuu~ sabar jer laa kaum hawa. Tapi tak semua macam ini. Selagi boleh nak bertalu tolak pelawaan, tolak lah. Bagi bertubi-tubi alasan yang zapppp sikit. hehe :D Pengajaran Kalau kalian bijak, Kalian takkan termakan pujuk rayu. Ingat satu perkara ini 'Bila sedang ingin melakukan kemungkaran, tetiba ada yang membisik 'jangan'. Ketahuilah itu adalah IMAN kalian yang berbicara" Wallahualam :)) |
Wednesday, March 16, 2016
Tuesday, March 15, 2016
Emo xD
Bismillah
Rasanya saya boleh gunakan teori saya sendiri iaitu
life is like a game
Kita ada limit untuk gembira, sedih, lapar dan bertenaga.
Semua benda itu ada bar dia tersendiri xD
Percayalah bila kita sedang bergembira dan aktif. Keesokan harinya semua bar akan berkurang dan bersilih ganti dengan sedih dan lemah. Sebab? kita dah puas gembira. Bar sedih masih belum kita guna. So waktu tu lah hari untuk kita sedih, emo, lemah tak bertenaga kan??
-HHAHAH
its just a joke. No offense
Cuma terfikir jer, macam biasa selalu bermonolog :)
tak sah kalau tak share story xD
Ada seorang budak lelaki ini. Dia seorang yang sangat penyabar tetapi takde laa sehebat akhlak Nabi SAW. Allahu Akhbar~ jauh pangkal dari lengan :') Nak dijadikan cerita. Ibu dia ajak tengok wayang. Hati dia bermonolog "Fuhh, okey gak keluar waktu cuti gini ni. Takde laa mereput sangat. Babai game ku yang tersayang, kali ini aku pilih untuk keluar jejalan dengan bonda tercinta dari berdua dengan kau. hehe" Bahagia tak bahagia waktu tu. Siap sempat ucap selamat tinggal pada 'rakan karib' dia yang dari dulu selalu berada di sisi siang dan lewat malam. Pergi memane mesti fikir pasal game dia. Sesampai jer di GSC IoiCity Mall. Mak aii~ panjang betul beraturnya. Nak dijadikan cerita beratur bukan main panjang. Iman dia tercabar tapi masih setia menunggu. Puas dia melayan henpon dia. Sempat update status Sempat mesej ibu dia. *yang ntah kemana* Tak sampai separuh, dia dah berdiri selama sejam. "Hari minggu, biasa laa ann" Bisikan memujuk hati dia. Dia asyik perati jer board senarai tayangan. Sempat berbalas dengan ibu. Tengok mana paling best.
"Miss, bagi saya yang belum full tapi tak lama dari sekarang masanya." "Ohh adik, pukul 7mlm nanti baru ade" Ya Allah~ sekarang baru pukul 4ptg. Aku beratur dari kul 2:15pm tadi.....! *telefon ibu* "Ibu, macamana sekarang?" "Cancel la. Balik jer laa" "Ibuuu? =________________=" Sepanjang perjalanan nak balik itu, rabak tak rabak hati dia. Berdiri dan beratur berjam. Last-last tak jadi. Ya Allah, ampun dosaku. Tebalkan rasa sabar dalam diri aku. Izinkan aku untuk terus bersabar dan redha atas apa yang jadi "Abang, ibu dah beli popcorn dengan air strawberri" Aku diam, hanya senyum tawar mampu diberikan "Abang, tadi masa abang beratur sempat ibu dengan adik bergambar dengan maskot, tengok nie" Aku terus diam kaku "emm.." "Abang, rasa sekarang nak pergi mana?" Takde respon yang aku berikan. "Abang?? Abang okey tak?" Aku diam..terus diam dan......DIAM SAMPAI JER KAT R'UMAH Sakit nya hati aku ini, Ya Allah tolong sejukkan hati aku. Jauhkan aku dari bisikan syaitan yang nak barakan lagi rasa marah dalam hati aku ini. Ampunkan aku ya Allah. Bukan niat nak sakitkan hati ibu. Tapi AKU TAKUT. Takut kalau rasa marah aku beri kesan pada setiap perkataan yang aku ucapkan. Aku hanya mampu berdiam dan berusaha bertahan. Tolong bagi aku kekuatan. Panasnya hati ini, bagus aku potong buah epal untuk ibu. Walaupun aku masih tak rasa nak cakap apa-apa. Sekurangnya ibu taklah terasa sangat InsyaAllah. *tangan memegang pisau hiris.* "Heh rasa macam nak jer potong tangan ini. Bunuh diri mungkin :'D " *terhiris jari* "Ouchhh~!! Astagfirullah. Pedihnyaaaa.. Allah...." "Abang~! abang okey tak?? Astagfirullah, hati-hati laaa" "Abang tak apa-apa ibu :') jangan laa risau. sakit sikit jer." *zappppp terdetik di hati dia Allah bagi amaran dekat aku. Takat benda gini, aku nak putus asa dengan nikmat Allah dan sanggup buat begitu dekat ibu. Semua benda jadi ada sebab. Perit terhiris dengan pisau hiris pun aku takleh tahan, lagi-lagi bila potong urat tangan. Perit lagi sakaratul maut. Sedang Rasul kekasih Allah pun, pedih meronta walaupun ditarik selembutnya roh dari jasadnya yang mulia. Ya Allah terima kasih bagi peringatan dekat diri aku yang naif ini. Ibu maafkan abang ibuuu T____T -TAMAT |