Bismillah
Rasanya saya boleh gunakan teori saya sendiri iaitu
life is like a game
Kita ada limit untuk gembira, sedih, lapar dan bertenaga.
Semua benda itu ada bar dia tersendiri xD
Percayalah bila kita sedang bergembira dan aktif. Keesokan harinya semua bar akan berkurang dan bersilih ganti dengan sedih dan lemah. Sebab? kita dah puas gembira. Bar sedih masih belum kita guna. So waktu tu lah hari untuk kita sedih, emo, lemah tak bertenaga kan??
-HHAHAH
its just a joke. No offense
Cuma terfikir jer, macam biasa selalu bermonolog :)
tak sah kalau tak share story xD
Ada seorang budak lelaki ini. Dia seorang yang sangat penyabar tetapi takde laa sehebat akhlak Nabi SAW. Allahu Akhbar~ jauh pangkal dari lengan :') Nak dijadikan cerita. Ibu dia ajak tengok wayang. Hati dia bermonolog "Fuhh, okey gak keluar waktu cuti gini ni. Takde laa mereput sangat. Babai game ku yang tersayang, kali ini aku pilih untuk keluar jejalan dengan bonda tercinta dari berdua dengan kau. hehe" Bahagia tak bahagia waktu tu. Siap sempat ucap selamat tinggal pada 'rakan karib' dia yang dari dulu selalu berada di sisi siang dan lewat malam. Pergi memane mesti fikir pasal game dia. Sesampai jer di GSC IoiCity Mall. Mak aii~ panjang betul beraturnya. Nak dijadikan cerita beratur bukan main panjang. Iman dia tercabar tapi masih setia menunggu. Puas dia melayan henpon dia. Sempat update status Sempat mesej ibu dia. *yang ntah kemana* Tak sampai separuh, dia dah berdiri selama sejam. "Hari minggu, biasa laa ann" Bisikan memujuk hati dia. Dia asyik perati jer board senarai tayangan. Sempat berbalas dengan ibu. Tengok mana paling best.
"Miss, bagi saya yang belum full tapi tak lama dari sekarang masanya." "Ohh adik, pukul 7mlm nanti baru ade" Ya Allah~ sekarang baru pukul 4ptg. Aku beratur dari kul 2:15pm tadi.....! *telefon ibu* "Ibu, macamana sekarang?" "Cancel la. Balik jer laa" "Ibuuu? =________________=" Sepanjang perjalanan nak balik itu, rabak tak rabak hati dia. Berdiri dan beratur berjam. Last-last tak jadi. Ya Allah, ampun dosaku. Tebalkan rasa sabar dalam diri aku. Izinkan aku untuk terus bersabar dan redha atas apa yang jadi "Abang, ibu dah beli popcorn dengan air strawberri" Aku diam, hanya senyum tawar mampu diberikan "Abang, tadi masa abang beratur sempat ibu dengan adik bergambar dengan maskot, tengok nie" Aku terus diam kaku "emm.." "Abang, rasa sekarang nak pergi mana?" Takde respon yang aku berikan. "Abang?? Abang okey tak?" Aku diam..terus diam dan......DIAM SAMPAI JER KAT R'UMAH Sakit nya hati aku ini, Ya Allah tolong sejukkan hati aku. Jauhkan aku dari bisikan syaitan yang nak barakan lagi rasa marah dalam hati aku ini. Ampunkan aku ya Allah. Bukan niat nak sakitkan hati ibu. Tapi AKU TAKUT. Takut kalau rasa marah aku beri kesan pada setiap perkataan yang aku ucapkan. Aku hanya mampu berdiam dan berusaha bertahan. Tolong bagi aku kekuatan. Panasnya hati ini, bagus aku potong buah epal untuk ibu. Walaupun aku masih tak rasa nak cakap apa-apa. Sekurangnya ibu taklah terasa sangat InsyaAllah. *tangan memegang pisau hiris.* "Heh rasa macam nak jer potong tangan ini. Bunuh diri mungkin :'D " *terhiris jari* "Ouchhh~!! Astagfirullah. Pedihnyaaaa.. Allah...." "Abang~! abang okey tak?? Astagfirullah, hati-hati laaa" "Abang tak apa-apa ibu :') jangan laa risau. sakit sikit jer." *zappppp terdetik di hati dia Allah bagi amaran dekat aku. Takat benda gini, aku nak putus asa dengan nikmat Allah dan sanggup buat begitu dekat ibu. Semua benda jadi ada sebab. Perit terhiris dengan pisau hiris pun aku takleh tahan, lagi-lagi bila potong urat tangan. Perit lagi sakaratul maut. Sedang Rasul kekasih Allah pun, pedih meronta walaupun ditarik selembutnya roh dari jasadnya yang mulia. Ya Allah terima kasih bagi peringatan dekat diri aku yang naif ini. Ibu maafkan abang ibuuu T____T -TAMAT |
Blog Archive
Popular Posts
-
Girls yang dedah aurat (source from facebook) AJNABI :- cantik nya awak pakai cekci macam nhee >:3 SI CEKCI ...
-
Cuba kita fikir balik. Semua teknologi yang dicipta oleh para saintis dan engineer adalah sebenarnya mengambil contoh dan konsep dari cipta...
-
Assalamualaikum sahabat semuanya Fuh seharian tuu penuh jer aktivitinya HAHAH Nak kata aktif tak laa Cuma sekadar nak 'tolong' a...
-
Bismillah Apa punca ada yang suka bersangka buruk. Ye laa.. kalau betul lah nak bersuudzon pon takyah lah tunjuk depan depan *biarlah asa...
-
Bismillah Motivasi satu perkara yang amat berkait rapat dengan diri kita insan. Manusia perlu motivasi untuk terinspirasi.melakukan sesua...
-
Assalamualaikum kepada semua Nhe merupakan blog pengkongsian ilmu-ilmu yang mungkin kita masih tahu tidak tahu Tapi bukanlah segalanya...
-
(Published by - Tanta Medical Daei Production- May 8, 2015) MasyaAllah, hari niee saya macam biasa explore kat youtube Tup tup. jumpa...
-
Assalamualaikum para sahabat Ini dikirakan hari kedua saya tersentap :'D Saya baru belajar main gitarrrr~! yeayyyy saya suka lagu a...
-
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan,...
Powered by Blogger.