Friday, February 26, 2016

Si Tudung Labuh

Friday, February 26, 2016
Kesian si pemakai tudung labuh apatah lagi yang mengenakan 'pakaian sampingan penambah pahala' (purdah,niqab) :')

Bila bertudung labuh dilabel 'alim' 'warak' padahal ia sekadar peselindung diri yang dipakai untuk melindungi diri dari mendedahkan aurat.  Ya, memang tak dinafikan sesetengah dari mereka mempunyai ilmu mendalam mengenai ISLAM. 

Tapi chop !

Tak semua okey, mana kita tahu dia berilmu tinggi atau dia baru sahaja 'berhijrah' ?? tudung itu hanya pakaian bukan sebagai alat untuk 'mengukur keimanan' seseorang. 

Ada kisah yang nak saya ceritakan, baru best ann bila kita kongsi cerita seseorang :)

Ada laa seorang hamba Allah ini, masih lagi seorang pelajar.  Dia telah menetapkan matlamat untuk berubah kepada lebih baik.  Bukannya dulu dia seorang yang bertudung pendek tahap gaban atau free hair no no no.

Dia hanya lah gadis biasa :) tetapi tergerak hati mahu berubah setelah sekian lama 'tergantung' seorang diri tanpa ada yang membimbing seteguhnya, dia hanya berpegang dengan pendirian dengan ilmu agama apa yang dia miliki.

Dia perati lah sekeliling,
"uish labuhnya tudung dia. Apa perasan dia pakai tuu ea, nampak selesa jer dia pakai"
Dia selalu bermonolog dengan dirinya 

*Weh tak layak lah kau nak pakai cam diorang. Ilmu agama pun kau lemah lagi.  Orang pakai gitu tuu, yang hebat jer.  Pandai bercakap pasal agama, orang respect ilmu diorang*


"Umm betul gak ann siapa lah aku nak dibandingkan dengan diorang hee :') "
Sampai satu masa dia beritahu kawan-kawan rapat dia.

"Weh korang aku rasa ann aku ada idola kat sekolah ni, dia daa laa hebat kat depan.  Tegas, hebat. aku pandang dia tinggi wei"
"Kau daa pahal, kau pun boleh jadi cam dia apa.  Jangan lah kau sanjung tinggi sangat dia itu"

Dia ni pun selalu lah bercerita dengan excitednya bila si idola buat sesuatu walhal dia tak pernah bercakap sepatah pun dengan si idola tuu.  Dia akan jadi lagi teruja bila dia bertegur dengan dirinya.

"kenapa kau bangga pasal dia sedangkan kau sendiri boleh lawan dengan dia? lawan secara sihat"
"Agaklaa wei, aku bukan tinggi ilmu cam dia"
"Ya memang tapi kau sendiri ada kelebihan dalam diri kau yang mungkin dia takde.  Just be yourself and build your own name"
"Siyes ke nie?"
"InsyaAllah boleh wei. Kitaorang sendiri akan selalu support kau k sahabat?"

Waktu tu bergelora hati dia, kata salah seorang sahabat dia sampai tersentuh perasaan dia. *Aku nak berusaha jadi muslimah yang berjaya.  Kalau bukan aku yang nak mula dulu siapa lagi nak ubah aku* 

Mula lah matlamat dia dengan mengumpul dan pelajari sebanyak mungkin ilmu pasal agama, dia lancarkan bacaan Al-Quran dia.  Dan Alhamdullilah pada tahun itu jugak dia khatam Al-Quran :') 

Dia masih lagi mengejar dan terus mengejar walaupun dia tahu mungkin mustahil tapi sampai bila nak hidup dengan expectation diri yang lemah? cabar diri, sampai bila dia nak berdiam diri.  Sampai bila nak bangga dengan kejayaan orang lain.  Kenapa dia sendiri yang tak bangga dengan kejayaan sendiri.  Lama-lama dia makin berubah :)

Satu hari....

"Weh nak try tudung labuh kau, boleh tak? sekejap jer"
"Ehh apa yang tak bolehnya. Hahahah"
"Nak try pakai pergi keluar"
"Haa bawak bawak. Aku okey jer"
 *pakai buat kali pertama*
"Uihhh selesa nya, takyah lah risau pasal tudung terselak ke tak"
"Wehhh comel ar kau pakai *ayat pancing tagune xD* kan nampak ayu tuu"
"haaa ayu?? taknak taknak :< haiyaaa~ *aksi silat buatan sendiri siap dengan kekuda*"
"amboi terus bersilat hengkooo"
"nampak jer ayu ann tapi perangai still same hahahah"
"ngek~ hahahah"

Keesokannya..

Bersiap ke kelas, dan terasa satu benda yang kurang.
"Aih apa yang kurang ni, handsock aku pakai dedua, jam ada, bedak jangan cakap wangi daa.  Tapi apa yang kurang.  Kenapa aku rasa tudung ni pendek semacam jer"

Dia pun pergi mendapatkan sahabat nya sebab dia tumpang sekali basuh di mesin basuh.
"wehh kau ada terambik tudung aku eh?"
"mana da betul laa tudung aku, siap ada tanda lagi hihi"
"tapi..... umm takde pape laa"
"WEHH~! ASAL WEH? *dia sudah berlalu pergi*"

Sesampai jer di sekolah, dia betul-betul rasa tak selesa boleh dikatakan low confident lah.  Dia asyik dok tarik-tarik tudung dia.  Dia rasa dia pakai tudung orang lain yang pendek padahal takde laa pendek sangat. 

"Wehh tengok aku, ade apa-apa yang pelik tak dengan aku?"
"Umm takde pape punn. Biasa jer"
"Tak.. tengok tudung aku"
"Nape ngan tudung kau, cuba pusing. Umm takde pape pun"
"Kau tak rasa tudung aku pendek?"
"Lawak ke. Tutup kan aurat semua.  Dah-dah takyah tetiba nak jadi pelik"
"Umm perasaan aku jer kot hahahhah"

Abis jer satu hari memenatkan dia pun macam biasa bersiap untuk bersukan.  Mak aii~! lagi bak hang pendek tudung niee.. jadi betul lah selama ni tu tudung aku ( sebab tudung dia untuk bersukan lagi pendek dari tudung ke sekolah)

AKU DAH KENAPA....

Time sukan itu lahh moment paling teruk dia.  Dah laa bercampur dengan ajnabi bila mula perlawanan game.  Waktu tuu bertambah teruk perasaan dia.  Rasa tak selesa teramat.  Rasa sayu nak nangis bila tengok diri dia dengan tudung sukan dia.  Macam dia rasa diri dia diperhati dari setiap sudut.  Terselak sikit memang nahas calar maruah :')

Bila habis jer sukan semua. Malam seperti kebiasaan, dia akan mula termenung.  Kenapa Allah uji dia hari ini.  Kenapa dia rasa berbeza.  Kenapa pasal tadi bukan main dia malu dan selalu risau macam ada orang yang baham dia.

Dan dari situ, dia mula betudung labuh :))

"Wehh~ labuhnya tudung kau.  Asal?"
"Haaa sekarang baru aku selesa.  Takde laa aku rasa macam nak kena baham"
"Acah-acah jer, kau nie pemalu sebenarnya padahal takde sape yang nak pandang kau pun :P "
"Heiii mana ada aku pemaluuu xP siyes arr? ada jer orang pandang, kau mana tau"
"Eleh pemalu laa dia .. pemalu. pemalu macam kucing"
"oittt~! jangan arrr"

*the end*

Kesimpulanya : walau bagaimana pun rupa gaya kita.  Bila Allah dah mula ketuk hati untuk berubah, terpulang pada kita nak terima dan hadam ATAU acah-acah tak kisah.  Lagipun labuh ke tidak tudungnya itu bukan ukuran keimanan kita tapi keyakinan kita pada Allah untuk lindungi kita dan sedarkan kita tentang dunia ini. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH SWT <3

Wallahualam

Saturday, February 13, 2016

agungkan sains berbanding ilmu agama?

Saturday, February 13, 2016
Cuba kita fikir balik. Semua teknologi yang dicipta oleh para saintis dan engineer adalah sebenarnya mengambil contoh dan konsep dari ciptaan allah. "eleh iyer2 je kau ni" tak caya? Mari kita lihat

1. Orang yang pertama sekali terfikir nak buat kapal terbang adalah Leonardo DaVinci. Dia meletakkan sayap kiri dan kanan dekat plane dia. See? Kenapa "sayap"?  sebab dia amik konsep dari burung ciptaan Allah. Burung ada sayap dan boleh terbang.





2.camera stablizer dan kereta kebal. Konsepnya dari kepala ayam. Kalau kita pegang ayam,  dan gerak-gerakkan ia, kepala ayam tu akan stay 1 tempat. SEE? Teknologi yg berkonsepkan ciptaan allah lagi.

                                                                 
Konsep Kepala ayam

Hasil ciptaan manusia

gif menunjukkan segelas arak diletakkan diatas tempat tembak kereta kebal, untuk membuktikan stabilizer tank nya.

3. zaman dulu kenderaan hanyalah kuda. Kuda yang mempunyai 4 kaki. Sekarang ni baru tercipta kenderaan yang ada 4 roda.



4. Burung ababil menurunkan batu dari api neraka. Sekarang dah ada kapal terbang yg boleh turunkan bomb.




so nak ceritanya ,

Saintis hanya boleh mengkaji benda yang dah sedia ada yang dicipta oleh Allah .

Kesimpulannya?

Kita patut bersyukur kerana Allah cipta bermacam-macam perkara supaya kita dapat belajar dan mendalami sesuatu perkara tersebut . Athiest ni baik sebenarnya. berilmu , kaki belajar kaki buku . Tapi silap dia ialah apabila dia dah mengangungkan ilmu duniawi yang  dicipta oleh Allah berbanding Allah S.W.T sendiri. Jadi apa perlu kita buat ? Seimbangkan ilmu duniawi dan ilmu agama :) . Nak ke belajar dengan allah tak redha? tak nak kan? jadi seimbangkan ilmunya :)

Sampai situ sahajalah penyampaian saya :) sekian Assalamualaikum :)



Saya pun ciptaan allah :3 , ciptaan allah yang paling comel hihi :3

Friday, February 12, 2016

Kedai buku

Friday, February 12, 2016
Hari ini saya berkesempatan nak pergi 'melawat' sebuah kedai buku kegemaran saya MPH di NU Sentral xD  macam biasa jer an tempatnya TAPI walaupun saya bukan lah penggemar buku @ulatbuku.  Tempat itu lah menjadi tempat persinggahan paling best :)

Apa yang bestnya kat sana?
wai wai rugi lah kalau tak rasa nikmat pergi sana
tak laa gurau jer
Mungkin sebab itu jer kedai buku yang senang nak pergi dan senang nak cari xD

laa tu jer ke?
okey macam ini buku kat sana semua terbaik
tempat dia selesa sangat dan luas
*promote ke kak? hahaha*

FOKUS KISAH INI..

Saya pun macam biasa berlegar-legar kat sana
bila tengok semua buku kat situ, rasa macam nak beli jer, nak jer baca semuanya *tamak* hahahah
tuu yang berjam-jam pun tak kisah tuu sebab belek-belek jer xD

Bila saya dok belek-belek buku best sellers saya pun jumpa banyak buku islamik
MasyaAllah terus rambang mata o.O tapi takde la nak beli semua sebab ye laa takkan nak guna duit mama jer so saya pilih satu jer laa

Daa amik daa nie buku #henshin by aiman banna tapi tergerak hati nak cari bahagian rujukan agama.  Saya pun terus target nak singgah situ.  Boleh tahan di penghujung laa jugak bersebelahan dengan bahagian novel.  Erk ramai gak duduk lepak baca novel kat situ.  Melayan perasaan ler tuu -_____-

Tetiba terserempak dengan sorang mamat nii, dia terkejut tengok saya macam nampak hantu jerr.  Segan 'bak hang' saya pun buat de' jer laa ann.  Tetiba saya perasan ada seorang kakak berniqab ikut jer saya dari belakang. Saya pun apalagi acah-acah nak gerak ke rak buku lain.  Dia ikut jer, waktu itu biar jer laa, mungkin dia tertarik nak ambik buku yang saya ambik tadi.

Sampai satu peringkat itu. Tinggallah saya dan dia kat ruangan itu. Mamat tadi, heh daa chaw daa mungkin sebab malu tengok adegan saya dan kakak ini berkejar-kejar anak hahah  xD

Nak dijadikan cerita, kakak itu selalu curi-curi pandang saya.  Saya tahu laa sebab saya pun curi pandang dia hahahah dia senyum jer walaupun dia berniqab.  Bila seorang seperti dia senyum pasti kita akan rasa kemanisan senyuman itu walaupun tak tahu macamana rupa dia.  we feel the sincere in smile  :D

*dialog antara saya dan dia*

"adik minat eh buku-buku macam ni?"
"aaa? ye minat sangat"
"tak semua minat buku macam ni lagi-lagi macam buku yang adik pegang tuu"
"ni? *sambil tunjuk buku #henshin* buku ni kan daa ramai yang daa baca :)"
"ye laa, adik tadi akak tengok jer adik belek-belek buku lain"
"hahah sebab rasa macam nak beli jer semua buku kat sini"
"kan???  akak pun, akak selalu pergi sini, kalau boleh nak jer beli semua buku kat sini.  Tamak en :P"
"kalau macam tuu sama-sama laa kita tamak hahah"
"hahahha"

*terdiam sejenak saya pun terus mencari buku yang betul-betul saya nak beli senang citer 'the only one'*

"umur berapa?"
"*censored* tahun "
"woahhh *membulatkan mata*"
"nape kak?"
"adik nampak matang, gaya adik matang "
"aaa yeke? hahah best ar kena cakap matang hokhokhok *dalam hati (gemapak siaa kena cakap matang, akak taktau lagi perangai sebenar saya macamana hihihi) "
"teka umur akak berapa hehe"
"umm 21 tahun?"
"erkk bijak. Bijak laa adik"
"aaa betul ke ? hahah"
"betul bijak betul hhahah ye akak 21 tahun"

-----lalu mulalah perkenalan diri memasing-------

"adik, bagus laa daa start minat baca buku cenggini, daa pakai pakaian macam ni tutup aurat cantik adik ni sebenarnya. Ada mix apa-apa ke? "
"*malu bukan kepalang lagi-lagi dipuji dengan kenalan baru* abah orang sabah, kira half de mix sana"
"Oo gitu, adik memang minat bisnes ke?"
"Minat itu minat laa tapi tak sure nanti nak jadi apa"
"Ehhh~ jangan cakap gitu dik. Adik sekarang zaman akhir zaman, Adik jangan macam itu, adik kena ada pendirian.  Satu jer akak pesan, jadilah seperti Saiditina Khadijah dalam meniaga.  Adik kena berdiri atas kaki sendiri, jangan jadi 'orang bawahan'. Yela dengan ekonomi sekarang yang makin teruk.  Adik, akak nak adik jadi seorang peniaga yang berjaya okey dik?"
"InsyaAllah akak,  *idola wuuuuu*"

Kali ni kitaorang diam lagi, saya usha jer akak itu sebab dari tadi dia follow saya.  Demi Allah, saya rasa beruntung sangat akak ni sudi tegur saya.  Kalau boleh nak kenal lagi rapat sebab akak ni pun start berniaga dengan usaha sendiri selepas dia tamat belajar di UiTM :))

Tapi ye laa.  Orang kata kita sendiri ego nak cakap gitu sebab mesti kita rasa pelik an dah la baru kenal, kot-kot dia pun busy urus dunia dia :')

"Adik, akak suka sembang dengan adik hihi :D best arr sembang dengan adik.  Tak rasa kekok rasa macam sembang dah lama kenal.  Kalau boleh kan adik, kita selalu laa bersembang cenggini, akak suka :)) adik ni ade potensi ni bila tengok gaya adik."
"Ehh, maseh akak boleh jer akak.  Akak der no tepon saya ann.  Kita boleh chat lama-lama, sembang-sembang hohoho"
"hahaha semestinyaa, kalau boleh lagi kita lepak-lepak laa, jejalan ke lagi best (y)"
"Boleh jer insyaAllah akak. Untuk akak pape pun okey hahah :D "

YA ALLAH
dalam hati ini Engkau jer tahu.
Bahagia sangat ! ^^ bukan mudah dapat jalin ukhwah 'tiba-tiba' sebegini <3

Terima kasih atas jodoh pertemuan macam ni, saya harap dapat belajar banyak benda dengan beliau :)  Nak jadi macam dia, dia idola saya huihui~

Low your gaze and may Allah blessed you always
Miauu pun pandai tunduk pandangan hahah xD

Akak tadi menghilang masa saya sibuk mencari buku yang dianjurkan olehnya.  Pasal hati dan akidah seorang muslimah.  Kata-kata dia mengiang-giang di setiap sudut fikiran xD
Berharga sungguh kata-kata dia ^^

"Adik, kalau akak laa akak cadang adik ambik buku yang kena-mengena dengan HATI dan AKIDAH dulu  buku bahagian tarbiyah sentap, henshin nie semua perkara biasa yang kita dengar TAPI 'pokok utama' dia ialah hati kita, akhlak kita jadi muslimah terbaik <3 adik belajar 'urus hati' dulu yang lain akan menyusul sendiri. Percaya cakap akak "" -akak tika-

MasyaAllah susun cantik jer ayat dia :)

Lepas saya mencapai satu buku ini bertajuk 'WANITA SOLEHAH by Hikmatul Islam' sesuai dengan situasi kini.  Layak ke saya bergelar 'perempuan mukminah'.  Apa konsep utama bergelar begitu? Apa tetapan mindset yang perlu kita ubah TENTANG SOLEHAH.  InsyaAllah bermanfaat >:D (y)

Wallahualam

Itu jer yang nak dikongsikan, ilmu yang kita dapat akan lebih 'berharga' jika kita selalu berkongsi.
Takkan nak rasa manis itu sorang-sorang kan :)

Bittaufiq Wannajah ! 
Dengan kekuatan dan kejayaan !
Good luck !

Monday, February 8, 2016

Are You A Cinderella Or A Khaulah?

Monday, February 8, 2016


(Published by - Tanta Medical Daei Production- May 8, 2015)

MasyaAllah, hari niee saya macam biasa explore kat youtube 
Tup tup. jumpa video nie , siyes best

Mana lagi gempak

DISELAMATKAN ATAU MENYELAMATKAN?

nak tunggu prince charming datang ke? nak sendiri jadi 'pembakar semangat jihad'?
ya masyaAllah3 :D

ofkos laa, kalau saya, saya taknak laa jadi semurah cinderella HAHAHAH
astagfirullah maaf3 saya bergurau jer
tapi betul laa ann

masakan kita nak sesenang jatuh hati dengan seseorang yang baru kita jumpa ?
sedangkan kita sendiri pun tak usaha untuk 'selamatkan diri'
ada apa dengan cinta first sight


ahahha xD

jadilah seperti Khaulah al-Azwar (bidadari besi) yang mahal tidak mahu dikenali, tidak perlukan pujian dan seorang wanita yang rendah diri malahan seorang yang pemalu

wallahualam *just sharing*



#supportvideodakwah #supporttarbiyah #khaulahalazwar

Friday, February 5, 2016

Qudwah Qabla Ukhwah

Friday, February 5, 2016
(Esc. by Budak Tomato)

Maksudnya -- > Contoh Sebelum Ajakan

"Kalau nak cari sahabat, cari manusia yang apabila kamu tengok dia, kita ingat Allah. Kalau tak da, kitalah yang kena jadi pemulanya."

Ulasan dia senang jer, sahabat kita boleh jadi murabbi kita :) (pendidik) atau kita sendiri jadi orang yang starter dalam menyampaikan kepada MADU' kita (orang yang didakwahkan)

"Sahabat yang soleh ini susah untuk dijumpai maka dalam usaha mencari, usaha juga untuk MENJADI"

Berlapang dada laa dengan semua orang.
Sebab?
Allah takkan cipta kelemahan sahabat kita melainkan untuk tampalkan dengan kebaikan



Novel Cinta

Assalamualaikum sahabat semuanya

Fuh seharian tuu penuh jer aktivitinya HAHAH
Nak kata aktif tak laa
Cuma sekadar nak 'tolong' apa yang mampu  xD

Okey focus

Hari nhe ada laa saya dapat satu novel nhe
"ESC. by Budak Tomato"

Allahu~ ada gak teringin nak beli dulu tapi batalkan niat sebab nak beli 'senjata' baru untuk tahun baru nhe.

Senjata?
ha'ah, yelaa senjata
nak gi berperang di medan ilmu (ececeh~ xD)
Sekali Allah nhe sweet jer :3
buku tu sendiri datang kat saya (pinjam dari member) yang sebelum nhe saya tak tau pun dia ada bukunya.

Saya. Aku. Ana Bukan Peminat Novel cintan cintun
Tapi...
Ada satu novel cinta jenis ini yang paling saya melting hahah
Cinta yang sepatutnya iaitu tarbiyah hati nak cari cinta Allah
Allahu~ manisnya bila baca novel macam nhe
Mungkin ini lah kot yang dirasai oleh segelintir penggemar novel kisah cinta.

Cuma bezanya..
Cinta kepada manusia dan cinta kepada agama Tuhan

uih biar laa tuu

Novel cinta berlambak kat bilik, 2 daripada 16 gitu jer yang sempat habis =_____="
Tak faham belah mana yang bestnya lagi-lagi ia boleh mempengaruhi untuk ikut budaya tak sepatutnya. Bukan saya benci kisah cinta tapi kisah dia kekadang susah nak terima xD

nak sedih tu memang sedih tapi bila dah sentuh isu sensitif, rasa macam tinggi lagi rasa geram itu dari kesian kat watak tu. tuu yang kekadang baru tak sampai suku berhenti jap dari baca sebab rasa nak jer buang buku tu. HAHHAAH

Dulu pernah try nak suka novel cinta nhe tapi mak aii susah benor
Ayat clishe' budak lelaki kat saya.

"Bukan dak pompuan minat ke novel cinta?"

Tak kurang hebatnya budak sejantina dengan saya...

"Kau nhe, aku baca pun sedih gak doe, kau baca macam takde perasaan"
"Oit~ berabad aku tengok kat pegang buku nhe, tak sampai setengah lagi??"
"Kau paksa laa diri tu baca, mesti kau minat lama-lama nhe"

Aaaaaaaaaaaaaaa~ daaa laaa @__________@

saya CUBA tau tapi tak sampai ke hati citernya =..=
TAPI~
Hakikatnya hati saya takde la sampai tahap takde perasaan cinta tu
itu kan lumrah manusia DAN AKU BUKAN ZOMBIE xD

Saya ingat lagi
Novel pertama yang pecah rekod iaitu saya hampir fall in love dengan watak dia
"Kuntum Cinta Di Taman Syurga" watak utama nama Fidaei Al-Humaidi



PEMUDA YANG SEDAR AKAN KECUAIAN GOLONGAN TENTANG SINAR ISLAM :))

Kisah seorang pemuda dan pemudi letakkan cinta Allah yang utama dan Allah 'hadiah'kan mereka berdua bersama. Mujahadah (berusaha untuk melawan hawa nafsu)

Hah~ first time in my life yeahhhhh~! xD
Masa tu Form #3 dan hampir berapa kali saya baca HAHAHAH