Friday, February 12, 2016

Kedai buku

Friday, February 12, 2016
Hari ini saya berkesempatan nak pergi 'melawat' sebuah kedai buku kegemaran saya MPH di NU Sentral xD  macam biasa jer an tempatnya TAPI walaupun saya bukan lah penggemar buku @ulatbuku.  Tempat itu lah menjadi tempat persinggahan paling best :)

Apa yang bestnya kat sana?
wai wai rugi lah kalau tak rasa nikmat pergi sana
tak laa gurau jer
Mungkin sebab itu jer kedai buku yang senang nak pergi dan senang nak cari xD

laa tu jer ke?
okey macam ini buku kat sana semua terbaik
tempat dia selesa sangat dan luas
*promote ke kak? hahaha*

FOKUS KISAH INI..

Saya pun macam biasa berlegar-legar kat sana
bila tengok semua buku kat situ, rasa macam nak beli jer, nak jer baca semuanya *tamak* hahahah
tuu yang berjam-jam pun tak kisah tuu sebab belek-belek jer xD

Bila saya dok belek-belek buku best sellers saya pun jumpa banyak buku islamik
MasyaAllah terus rambang mata o.O tapi takde la nak beli semua sebab ye laa takkan nak guna duit mama jer so saya pilih satu jer laa

Daa amik daa nie buku #henshin by aiman banna tapi tergerak hati nak cari bahagian rujukan agama.  Saya pun terus target nak singgah situ.  Boleh tahan di penghujung laa jugak bersebelahan dengan bahagian novel.  Erk ramai gak duduk lepak baca novel kat situ.  Melayan perasaan ler tuu -_____-

Tetiba terserempak dengan sorang mamat nii, dia terkejut tengok saya macam nampak hantu jerr.  Segan 'bak hang' saya pun buat de' jer laa ann.  Tetiba saya perasan ada seorang kakak berniqab ikut jer saya dari belakang. Saya pun apalagi acah-acah nak gerak ke rak buku lain.  Dia ikut jer, waktu itu biar jer laa, mungkin dia tertarik nak ambik buku yang saya ambik tadi.

Sampai satu peringkat itu. Tinggallah saya dan dia kat ruangan itu. Mamat tadi, heh daa chaw daa mungkin sebab malu tengok adegan saya dan kakak ini berkejar-kejar anak hahah  xD

Nak dijadikan cerita, kakak itu selalu curi-curi pandang saya.  Saya tahu laa sebab saya pun curi pandang dia hahahah dia senyum jer walaupun dia berniqab.  Bila seorang seperti dia senyum pasti kita akan rasa kemanisan senyuman itu walaupun tak tahu macamana rupa dia.  we feel the sincere in smile  :D

*dialog antara saya dan dia*

"adik minat eh buku-buku macam ni?"
"aaa? ye minat sangat"
"tak semua minat buku macam ni lagi-lagi macam buku yang adik pegang tuu"
"ni? *sambil tunjuk buku #henshin* buku ni kan daa ramai yang daa baca :)"
"ye laa, adik tadi akak tengok jer adik belek-belek buku lain"
"hahah sebab rasa macam nak beli jer semua buku kat sini"
"kan???  akak pun, akak selalu pergi sini, kalau boleh nak jer beli semua buku kat sini.  Tamak en :P"
"kalau macam tuu sama-sama laa kita tamak hahah"
"hahahha"

*terdiam sejenak saya pun terus mencari buku yang betul-betul saya nak beli senang citer 'the only one'*

"umur berapa?"
"*censored* tahun "
"woahhh *membulatkan mata*"
"nape kak?"
"adik nampak matang, gaya adik matang "
"aaa yeke? hahah best ar kena cakap matang hokhokhok *dalam hati (gemapak siaa kena cakap matang, akak taktau lagi perangai sebenar saya macamana hihihi) "
"teka umur akak berapa hehe"
"umm 21 tahun?"
"erkk bijak. Bijak laa adik"
"aaa betul ke ? hahah"
"betul bijak betul hhahah ye akak 21 tahun"

-----lalu mulalah perkenalan diri memasing-------

"adik, bagus laa daa start minat baca buku cenggini, daa pakai pakaian macam ni tutup aurat cantik adik ni sebenarnya. Ada mix apa-apa ke? "
"*malu bukan kepalang lagi-lagi dipuji dengan kenalan baru* abah orang sabah, kira half de mix sana"
"Oo gitu, adik memang minat bisnes ke?"
"Minat itu minat laa tapi tak sure nanti nak jadi apa"
"Ehhh~ jangan cakap gitu dik. Adik sekarang zaman akhir zaman, Adik jangan macam itu, adik kena ada pendirian.  Satu jer akak pesan, jadilah seperti Saiditina Khadijah dalam meniaga.  Adik kena berdiri atas kaki sendiri, jangan jadi 'orang bawahan'. Yela dengan ekonomi sekarang yang makin teruk.  Adik, akak nak adik jadi seorang peniaga yang berjaya okey dik?"
"InsyaAllah akak,  *idola wuuuuu*"

Kali ni kitaorang diam lagi, saya usha jer akak itu sebab dari tadi dia follow saya.  Demi Allah, saya rasa beruntung sangat akak ni sudi tegur saya.  Kalau boleh nak kenal lagi rapat sebab akak ni pun start berniaga dengan usaha sendiri selepas dia tamat belajar di UiTM :))

Tapi ye laa.  Orang kata kita sendiri ego nak cakap gitu sebab mesti kita rasa pelik an dah la baru kenal, kot-kot dia pun busy urus dunia dia :')

"Adik, akak suka sembang dengan adik hihi :D best arr sembang dengan adik.  Tak rasa kekok rasa macam sembang dah lama kenal.  Kalau boleh kan adik, kita selalu laa bersembang cenggini, akak suka :)) adik ni ade potensi ni bila tengok gaya adik."
"Ehh, maseh akak boleh jer akak.  Akak der no tepon saya ann.  Kita boleh chat lama-lama, sembang-sembang hohoho"
"hahaha semestinyaa, kalau boleh lagi kita lepak-lepak laa, jejalan ke lagi best (y)"
"Boleh jer insyaAllah akak. Untuk akak pape pun okey hahah :D "

YA ALLAH
dalam hati ini Engkau jer tahu.
Bahagia sangat ! ^^ bukan mudah dapat jalin ukhwah 'tiba-tiba' sebegini <3

Terima kasih atas jodoh pertemuan macam ni, saya harap dapat belajar banyak benda dengan beliau :)  Nak jadi macam dia, dia idola saya huihui~

Low your gaze and may Allah blessed you always
Miauu pun pandai tunduk pandangan hahah xD

Akak tadi menghilang masa saya sibuk mencari buku yang dianjurkan olehnya.  Pasal hati dan akidah seorang muslimah.  Kata-kata dia mengiang-giang di setiap sudut fikiran xD
Berharga sungguh kata-kata dia ^^

"Adik, kalau akak laa akak cadang adik ambik buku yang kena-mengena dengan HATI dan AKIDAH dulu  buku bahagian tarbiyah sentap, henshin nie semua perkara biasa yang kita dengar TAPI 'pokok utama' dia ialah hati kita, akhlak kita jadi muslimah terbaik <3 adik belajar 'urus hati' dulu yang lain akan menyusul sendiri. Percaya cakap akak "" -akak tika-

MasyaAllah susun cantik jer ayat dia :)

Lepas saya mencapai satu buku ini bertajuk 'WANITA SOLEHAH by Hikmatul Islam' sesuai dengan situasi kini.  Layak ke saya bergelar 'perempuan mukminah'.  Apa konsep utama bergelar begitu? Apa tetapan mindset yang perlu kita ubah TENTANG SOLEHAH.  InsyaAllah bermanfaat >:D (y)

Wallahualam

Itu jer yang nak dikongsikan, ilmu yang kita dapat akan lebih 'berharga' jika kita selalu berkongsi.
Takkan nak rasa manis itu sorang-sorang kan :)

Bittaufiq Wannajah ! 
Dengan kekuatan dan kejayaan !
Good luck !