Friday, February 26, 2016

Si Tudung Labuh

Friday, February 26, 2016
Kesian si pemakai tudung labuh apatah lagi yang mengenakan 'pakaian sampingan penambah pahala' (purdah,niqab) :')

Bila bertudung labuh dilabel 'alim' 'warak' padahal ia sekadar peselindung diri yang dipakai untuk melindungi diri dari mendedahkan aurat.  Ya, memang tak dinafikan sesetengah dari mereka mempunyai ilmu mendalam mengenai ISLAM. 

Tapi chop !

Tak semua okey, mana kita tahu dia berilmu tinggi atau dia baru sahaja 'berhijrah' ?? tudung itu hanya pakaian bukan sebagai alat untuk 'mengukur keimanan' seseorang. 

Ada kisah yang nak saya ceritakan, baru best ann bila kita kongsi cerita seseorang :)

Ada laa seorang hamba Allah ini, masih lagi seorang pelajar.  Dia telah menetapkan matlamat untuk berubah kepada lebih baik.  Bukannya dulu dia seorang yang bertudung pendek tahap gaban atau free hair no no no.

Dia hanya lah gadis biasa :) tetapi tergerak hati mahu berubah setelah sekian lama 'tergantung' seorang diri tanpa ada yang membimbing seteguhnya, dia hanya berpegang dengan pendirian dengan ilmu agama apa yang dia miliki.

Dia perati lah sekeliling,
"uish labuhnya tudung dia. Apa perasan dia pakai tuu ea, nampak selesa jer dia pakai"
Dia selalu bermonolog dengan dirinya 

*Weh tak layak lah kau nak pakai cam diorang. Ilmu agama pun kau lemah lagi.  Orang pakai gitu tuu, yang hebat jer.  Pandai bercakap pasal agama, orang respect ilmu diorang*


"Umm betul gak ann siapa lah aku nak dibandingkan dengan diorang hee :') "
Sampai satu masa dia beritahu kawan-kawan rapat dia.

"Weh korang aku rasa ann aku ada idola kat sekolah ni, dia daa laa hebat kat depan.  Tegas, hebat. aku pandang dia tinggi wei"
"Kau daa pahal, kau pun boleh jadi cam dia apa.  Jangan lah kau sanjung tinggi sangat dia itu"

Dia ni pun selalu lah bercerita dengan excitednya bila si idola buat sesuatu walhal dia tak pernah bercakap sepatah pun dengan si idola tuu.  Dia akan jadi lagi teruja bila dia bertegur dengan dirinya.

"kenapa kau bangga pasal dia sedangkan kau sendiri boleh lawan dengan dia? lawan secara sihat"
"Agaklaa wei, aku bukan tinggi ilmu cam dia"
"Ya memang tapi kau sendiri ada kelebihan dalam diri kau yang mungkin dia takde.  Just be yourself and build your own name"
"Siyes ke nie?"
"InsyaAllah boleh wei. Kitaorang sendiri akan selalu support kau k sahabat?"

Waktu tu bergelora hati dia, kata salah seorang sahabat dia sampai tersentuh perasaan dia. *Aku nak berusaha jadi muslimah yang berjaya.  Kalau bukan aku yang nak mula dulu siapa lagi nak ubah aku* 

Mula lah matlamat dia dengan mengumpul dan pelajari sebanyak mungkin ilmu pasal agama, dia lancarkan bacaan Al-Quran dia.  Dan Alhamdullilah pada tahun itu jugak dia khatam Al-Quran :') 

Dia masih lagi mengejar dan terus mengejar walaupun dia tahu mungkin mustahil tapi sampai bila nak hidup dengan expectation diri yang lemah? cabar diri, sampai bila dia nak berdiam diri.  Sampai bila nak bangga dengan kejayaan orang lain.  Kenapa dia sendiri yang tak bangga dengan kejayaan sendiri.  Lama-lama dia makin berubah :)

Satu hari....

"Weh nak try tudung labuh kau, boleh tak? sekejap jer"
"Ehh apa yang tak bolehnya. Hahahah"
"Nak try pakai pergi keluar"
"Haa bawak bawak. Aku okey jer"
 *pakai buat kali pertama*
"Uihhh selesa nya, takyah lah risau pasal tudung terselak ke tak"
"Wehhh comel ar kau pakai *ayat pancing tagune xD* kan nampak ayu tuu"
"haaa ayu?? taknak taknak :< haiyaaa~ *aksi silat buatan sendiri siap dengan kekuda*"
"amboi terus bersilat hengkooo"
"nampak jer ayu ann tapi perangai still same hahahah"
"ngek~ hahahah"

Keesokannya..

Bersiap ke kelas, dan terasa satu benda yang kurang.
"Aih apa yang kurang ni, handsock aku pakai dedua, jam ada, bedak jangan cakap wangi daa.  Tapi apa yang kurang.  Kenapa aku rasa tudung ni pendek semacam jer"

Dia pun pergi mendapatkan sahabat nya sebab dia tumpang sekali basuh di mesin basuh.
"wehh kau ada terambik tudung aku eh?"
"mana da betul laa tudung aku, siap ada tanda lagi hihi"
"tapi..... umm takde pape laa"
"WEHH~! ASAL WEH? *dia sudah berlalu pergi*"

Sesampai jer di sekolah, dia betul-betul rasa tak selesa boleh dikatakan low confident lah.  Dia asyik dok tarik-tarik tudung dia.  Dia rasa dia pakai tudung orang lain yang pendek padahal takde laa pendek sangat. 

"Wehh tengok aku, ade apa-apa yang pelik tak dengan aku?"
"Umm takde pape punn. Biasa jer"
"Tak.. tengok tudung aku"
"Nape ngan tudung kau, cuba pusing. Umm takde pape pun"
"Kau tak rasa tudung aku pendek?"
"Lawak ke. Tutup kan aurat semua.  Dah-dah takyah tetiba nak jadi pelik"
"Umm perasaan aku jer kot hahahhah"

Abis jer satu hari memenatkan dia pun macam biasa bersiap untuk bersukan.  Mak aii~! lagi bak hang pendek tudung niee.. jadi betul lah selama ni tu tudung aku ( sebab tudung dia untuk bersukan lagi pendek dari tudung ke sekolah)

AKU DAH KENAPA....

Time sukan itu lahh moment paling teruk dia.  Dah laa bercampur dengan ajnabi bila mula perlawanan game.  Waktu tuu bertambah teruk perasaan dia.  Rasa tak selesa teramat.  Rasa sayu nak nangis bila tengok diri dia dengan tudung sukan dia.  Macam dia rasa diri dia diperhati dari setiap sudut.  Terselak sikit memang nahas calar maruah :')

Bila habis jer sukan semua. Malam seperti kebiasaan, dia akan mula termenung.  Kenapa Allah uji dia hari ini.  Kenapa dia rasa berbeza.  Kenapa pasal tadi bukan main dia malu dan selalu risau macam ada orang yang baham dia.

Dan dari situ, dia mula betudung labuh :))

"Wehh~ labuhnya tudung kau.  Asal?"
"Haaa sekarang baru aku selesa.  Takde laa aku rasa macam nak kena baham"
"Acah-acah jer, kau nie pemalu sebenarnya padahal takde sape yang nak pandang kau pun :P "
"Heiii mana ada aku pemaluuu xP siyes arr? ada jer orang pandang, kau mana tau"
"Eleh pemalu laa dia .. pemalu. pemalu macam kucing"
"oittt~! jangan arrr"

*the end*

Kesimpulanya : walau bagaimana pun rupa gaya kita.  Bila Allah dah mula ketuk hati untuk berubah, terpulang pada kita nak terima dan hadam ATAU acah-acah tak kisah.  Lagipun labuh ke tidak tudungnya itu bukan ukuran keimanan kita tapi keyakinan kita pada Allah untuk lindungi kita dan sedarkan kita tentang dunia ini. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH SWT <3

Wallahualam