Monday, March 6, 2017

Sahabat Atau Kawan?

Monday, March 6, 2017
Bismillah..

Dalam kita bersama menghirup setiap desiran nafas yang dikurniakan Allah.  Telah mewujudkan ikatan kita sebagai hamba-Nya.  Sumpah setia kita untuk sentiasa taat dan beiman dengan enam rukun-Nya.

Kita hidup tak pernah sendiri, walaupun kita sedaya upaya tidak mahu pertolongan dari yang lain.  Jangan lupa mungkin itu juga merupakan bentuk bantuan dari Allah Yang Esa.  Jadi siapa kita nak menolak, betul tak?  Namun sahabat sekalian,  selagi kita tidak merasakan kita mampu untuk hadapi... kita hadapi.  Sesuai kan dengan firman Allah dalam ayat surah Al-Baqarah ?

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Jika seseorang itu ikhlas.  Terima jer lah. Tapi ehem~ beringat lah jugak ye (^^)\/

Topik sesungguhnya.. hahaha

Apa beza sahabat dan rakan?

Luahan Sahabat -

Kenapa kau panggil aku sebagai sahabat?

Sebab kau selalu ada dalam jatuh dan bangun aku.
kau tak pernah muak nak tegur aku, walaupun aku selalu bagitau kau, aku terasa dengan apa yang kau cuba nak sampaikan.  Kau tak pernah tipu dengan aku.  Kau selalu tegur sikap aku.  Dan kau faham perasaan aku. Suka ke sedih ke.

Aku tak pernah ada sahabat, yang aku ada cumalah kawan dan lawan. Janji aku nak sama-sama ke syurga dengan kau nanti okey? :') 

Sahabat ungkapan yang sangat indah dan rare.  Bukan calang calang manusia yang boleh digelar sahabat.  Cari~ jangan tak cari :') Tugasnya sebagai pembimbing dan tukang support  dalam semua benda yang kita buat bukanlah satu lakonan.  Di depan bagaikan malaikat tapi di belakang jadi 'syaitan'.

UIsh.
Macam pedih.
Macam biadab.

Sebenarnya 'syaitan' bukanlah seperti makhluk ghaib seperti jin dan iblis.  Syaitan itu lahir dari hati ibarat iman yang tak dibuat buat tapi terzahir scara perbuatan.  Syaitan lebih kepada perbuatan mungkar yang dilakukan. Iman berbunga maka berseri lah insan yang memilikinya.  Syaitan berasal dari perkataan 'ba'uda (jauh, yakni yang selalu menjauhkan manusia dari kebenaran) digunakan untuk setiap makhluk berakal yang derhaka dan membangkang.

Tidak semua jin itu syaitan, kerana ada jin yang soleh :D

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (Al-Jin 72:11)

...............................................

Kenapa aku hanya layak bergelar kawan?

Sebab kau belum puas jatuhkan dan gelakkan aku,
Kau berpura baik hakikatnya di belakang kau fitnah dan umpat aku.
Bukak aib aku dan rabak lagi teruk dari realiti.
Orang pandang aku hina macam aku 'jual diri' aku,

Aku tak pernah anggap kau sahabat. Sebab yang kau kisah hanya cerita teruk aku. 
Tegur tapi niat menyindir aku..

Kawan taklah teruk mana.  Cuma mereka ini less caring  pasal diri kau.  Boleh jadi lawan dan boleh jadi kawan.  Pernah dengar? friend for benefit? Rilek bukan kejam mana pon.  Cuma dia kurang nilai dan sweetnye dari kisah sahabat tadi :')

Takpe. tak semua kawan tuu teruk.  Cuma dunia ni memang macam ni ='= manusia makin matang dan dewasa makin kurang menghargai dan dihargai.  Ambik semua benda kisah tak kisah.  'Bukan life aku pun nak kisah pasal dia.  Kubur masing masing'  Wohaaa~

Buat salah, kena sindir.  Buat salah kena ejek.  Bila susah bukan tolong tapi huru harakan lagi.  Payah kan cari insan yang bertuah.  Ukhwah till jannah :') 
Sehingga dalam surah Al-Furqan 25:29 :

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (AlQuran) setelah ia disampaikan kepadaku.  Dan adalah SYAITAN itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya) "


...........................................
Kata kata akhir.



Terima kasih jadi kawan dan sahabat.  Moga kita fikirkan hadirnya syurga dan neraka.  Berteman biar ikhlas sehingga kita membimbing.  Tak rugi kerana Allah redha biar kita hanya 'ter'bimbing 'ter'ikut 'ter'sayang 'ter'tegur sampai 'ter'asa.


Thursday, December 15, 2016

Suudzon

Thursday, December 15, 2016
Bismillah

Apa punca ada yang suka bersangka buruk.  Ye laa.. kalau betul lah nak bersuudzon pon takyah lah tunjuk depan depan *biarlah asalkan tak hipokrit* epppp chop~~ (-__-) tu yang salah tuu.  Dah buruk perangai lagi ditunjuk tunjuk.

Sahabat, tak semua benda dalam dunia ini nak kena nampak sempurna dan beranggapan apa yang kau teka itu betul yang peliknya bukan difikir benda baik tapi benda buruk.

contoh k contoh

LIBRARY
*nak amek buku jatuh kat lantai kebetulan ada crush tengok
*si suudzon " wei mesti kau acah acah tak nampak kan crush kau tengok"
"haaa..? aku amek buku tuu pun sebab nak susun balik kat rak nii.  Ada ke dia tadi?"
"eleh kura kura dalam perahu"
"astagfirullah"

see? tang mana tah dia nak bajet baik padahal dia niat baik nak tolong susun buku tuu kat rak.

*tepuk dahi
sampai satu tahap tuu memang dah melampau sangat.  Ia jadi serius bila kau start nak menfitnah tanpa sengaja sama ada sedar atau tak jer..Nauzubillah

Bila hadir rasa TAWADUK dalam diri seseorang maka terpadamlah segala syak wasangka yang buruk buruk.  Datangnya tawaduk bila kita sedar Allah masih menutup dan menjaga aib kita dari orang lain untuk mengetahuinya. Sedar diri bahawa kita  mungkin si penderhaka pada Allah.  Mana jer yang sempurna kita buat begitu jugaklah orang lain.

Mereka juga bukan malaikat, rasul atau nabi yang tiada langsung keburukan.  Walhal dikau seorang yang tinggi ilmu pengetahuan.

Bila timbul kesedaran bahawa semua datang dari Allah.  Itu laa tawaduk.  Terpadamlah segala buruk sangka dan dengki mendengki. Wallahualam.

Sunday, September 11, 2016

Motivasi

Sunday, September 11, 2016
Bismillah

Motivasi satu perkara yang amat berkait rapat dengan diri kita insan.  Manusia perlu motivasi untuk terinspirasi.melakukan sesuatu CUMA.. lalui cabang ter'inprirasi' yang berbeza :'D

Okey tuu ayat skema dia laa. hahah tapi main point dia kat sini ialah...
Lain orang lain cara, Senang citer macam hidayah. Allah bagi hidayah dengan cara yang unik dan agak mustahil untuk capai persen sama dengan cara kenalan kita dapat hidayah.

Ada yang termotivate bila daa lepas timpa bencana dan tup tup~ ada dapat hidayah dari tengok orang lain dapat hidayah.  Pada masa yang sama, ada yang tertarik dengan cara orang si pelihat tadi dengan cara memerhati lalu terinspirasi untuk lakukan benda yang sama.  Everything connected together? but isnt in the same way of getting hidayah? nooo...  (^^)\/

Senang jer en nak paham.

 Image result for looking out the window gif

Ada yang suka tengok orang warm up untuk inprirasi orang lain contoh dia -video motivation

Tak kisah dalam bentuk apa pun. getting inpriration and motivation is important.  Manatau ada yang dok perati blog ini pon terinprirasi insyaALLAH hahahah

Saturday, July 23, 2016

Jaga hati orang

Saturday, July 23, 2016
Bismillah

Ujian datang macam badai. Datang sekali. Habis semua punah waktu tu jugak. Siapa jer mampu nak halang selagi yang 'berkuasa' mengizinkan? Kita? berlari ketakutan. Ada yang redha apa terjadi. Ada yang cuba melawan takdir. Ada yang menyalahkan apa yang tercatat di luh mahfuz.

Begitulah asal perasaan manusia bila harus memilih antara hidup dan mati, antara perjuangan atau penyerahan. Lutut memang bergetar getar. Hati meronta meronta.

Yang tinggal hanya akal memilih keputusan untuk diri. Akal kenalah waras dan jauh dari segala permainan psychology. Terpulang kat akal nak susun strategi.

.....................................................................................

Balik pada tajuk.

Waktu ini lah akal kena pandai kawal hati. Lagi lagi melibatkan orang lain.  Hari sendiri kalau sakit boleh rawat sendiri.  Tapi orang lain? time ni laa dah blank mana priority dulu. aih~ ntah lah.nak mengeluh nak marah pon tak boleh sebabkan libatkan orang kedua, Ending dia terdiam dan pendam sendiri.

Teringat kata kata Habib Ali Zaenal yang sangat kita pandang tinggi dengan ilmu dan penyampaian beliau yang sangat tenang.

'Nilai kesabaran yang sebenar terletak pada awal sentakan pertama benda yang menguji hati kita.  Bukan selepas melepaskan kemarahan baru berkata kau sedang bersabar . BUKAN~'

Emm terima kasih, InsyaAllah :'>

Friday, July 15, 2016

Mudah terfitnah

Friday, July 15, 2016
Bismillah

Alala~ maaf sahabat sekalian alam maya yang tak pernah bersua secara face to face atau sebalik tabir.xD tahun ini agak nya tahun tough sikit hahaha.

Jangan risau, saya ini sang penullis pena maya dari hati ke blog *boom~! xD

.......................................................................
Tajuk kali ini perit sikit tapi masih nak kongsi.
 Dasar kisah ini dari seseorang tak cakap dari siapa berkemungkinan dari sesiapa sahaja. hohoho

Bermulalah perjalanan seorang gadis yang takde lah tinggi mana sifat malu dalam diri dia. Dia asal melibat percakapan public insyaAllah mungkin boleh.  Her desire mosly dont want to get involve in any fitnah tceymen~~ hahah terutama dengan lelaki.

Takut haa tuu sebab utama dia TAKUT

Satu masa dia sukarela utnuk tolong seorang rakan lelaki dia yang bukan lah dikira sebagai seorang yang sebaya dengan dia pun. Mungkin dia anggap lelaki itu sebagai 'budak' lagi hahha itu taktau kenapa lah walaupun apa lah sangat perbezaan umur diorang.

Nak dijadikan cerita.
Dia bawak lah hampir 3 ke 4 orang sahabat sejantina lagi lagi nak jumpa dengan laki yang tak rapat dan risiko besar boleh kena fitnah.... haa gituhh

Satu nasihat jer lah. Tak kira laki atau perempuan.  Tapis berkali kali.  Apa orang umum atau sekeliling akan pandang.  Bayangkan korang berada dalam sudut cara orang sekeliling akan judge  .korang berjumpa dengan bukan sejantina.

Kuat tak instict korang cakap.  Korang berjumpa ini macam dating. atau paling mudah.
'aku buat macam ini, orang fikir aku ngan dia ini ada pape tak.?'
Kalau jawapan dia 'ya'. Maka undurlah diri cepat-cepat kecuali korang yakin korang boleh tepis semua orang yang suka menfitnah atau salah faham ini. Takpe. Hati kena sado gaiss~

Bila kita yakin boleh tepis dan ada backup tuu bukti korang bukan sengaja nak bercerekarama aksi bollywood.kat situ. Boleh fikir logik kot.

*taking fire . need assistant . cover me*

Lainlah kau nak dating panggil member suh 'jadi orang ketiga' semata nak kaburkan mata orang sekeliling. Tak jadi laa geng. Gentle tak jadi.Nampak sangat ketara 'tukang cover' tuu macam muka toye macam ni (=_=) lagak macam diri tak wujud.   Muka pun tahan menyampah jer.
Budak dua tuu bergelak sakan. 'Tukang cover' macam takde respon still muka (=_=) jadahnye.  Nak kata dia tuu hambar atau tak faham lawak korang pun tak logik gak. ahahah

Tapi benda tuu tak kelakar. Tuu bukan nak elak fitnah sebab takut bermaksiat tapi tuu takut kena FITNAH terangan kau tengah bermaksiat. Wohaaa *confused o..O

sambung balik pasal gadis tak berapa pemalu tadi....

boleh pulak masa nak berjumpa boleh terpisah dengan kumpulan dia atas alasan kengkawan dia taknak ikut shortcut sebab takut nak langkah longkang.  Gadis itu tadi terkejut beruk bila dia sampai dulu dari kengkawan lain.  Cepat-cepat hayun tangan panggil member tadi.

Settle pasal berjumpa itu.

Keesokan harinya..

Datang sang gadis pemuda awal umur jumpa gadis itu dengan muka tegang ketat semacam.

"Akak, nak tanya laa"
"Ye dik. Macam misteri jer muka nye"
"Petang semalam en..."
 *dup dap dup dap*  semacam feel dia macam tuu. AWKWARD
"Gapo dio tuu?"
"Akak ade jumpa dia ehh.  Waktu tuu saya kat belakang akak ngan kengkawan akak. Tetiba akak jumpa dia sorang sorang. Kengkawan akak belok. Akak sorang jer straight jumpa dia."
"Lepas tuu adik buat pe? tengok tak apa jadi lepas tuu?"
"Tak.. sebab saya jeles masa tuu.  Tak sangka akak dating dengan dia huhu T^T "
"*budak kang aku pecepuk kang. hahahha* laaa asal tak tengok abis babak tuu. waktu tuu daa nak klimaks daa dik. Akak watak highlight dia"
"Sampai hati akak.... taknak arr kawan cenni"
"Sempat tak nampak akak hayun tangan 180 darjah dari atas ke bawah"
"Aaaa?"
"Akak panggil kengkawan akak jer bukan ape. Kitaorang ade bisnes ngan dia. hahaha"
"Laaaaaa~ T//T"

.................................................................
Ish ish. baru konar sikit *corner dah jadi isu salah faham.  Nampak tak? Sape jer tak terlepas dari 'mudah terfitnah' lagi lagi situasi cenggini.

Sebab tuu laa sebagai kesaksian sesuatu tuu. Husnuzon *sangka baik* tuu lebih baik. Tapi yang ' 'sedang' jangan sengaja nak diri tuu TERFITNAH.

"Setiap insan ada maruah. Pertahankan. Jaga baik, Setiap insan juga ada AGAMA itu paling penting "

-WALAHUALAM BISOWAR-

Friday, April 29, 2016

Mehnah

Friday, April 29, 2016
Bismillah

Dalam banyak urusan dunia, kita tak pernah lari dari mehnah (ujian) dariNya. Sama ada sedar atau tak jer..  Masa ketawa kita diuji, masa berduka pun kita masih diuji, apatah lagi bila kita sedang bahagia melayan perasaan.  Sebenarnya sekeliling kita adalah UJIAN ~!

Setiap orang berlainan ujiannya.  Jangan nak tuding jari bahawa ujian dia atau dia itu kecil sahaja.  Dah tu jer yang mungkin dia mampu untuk hadapi. Ingat~ Allah tak pernah nak uji seorang hamba itu dengan ujian yang hebat andai sahaja dia mampu insyaAllah semuanya baik-baik sahaja

Allah sayang kita. Percayalah

Sedarkan diri, Munasabah diri. Rileks. Chill. Tenang.

Bila diuji bertubi-tubi, nak kata kononnya ujian itu paling DASYAT lah~ meh nak bagi tepukan sikit. Tahniah kerana diuji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kau sahabat.

........................................

Teringat dahulu.
Seorang murabbi mithali (pendidik yang baik) bertanyakan soalan yang kitaorang pun gagap nak jawab. Bayangkan umur hanyalah setahun jagung haha

"kenapa orang kafir, apa jer dia hajatkan akan tercapai sedangkan kita nie nak kena berdoa bersungguh-sungguh sedangkan belum tentu doa kita terjawab"
".....?"

"hahah terpinga-pinga nak jawab.  Sebab dia ialah...

1) Allah benci nak dengar diorang merayu-rayu dengan Allah.  Tu yang Allah tunaikan cepat doa mereka.  Benci dengar rintihan mereka sedang mereka kufur kepada Allah.  Tuu yang asal bijak diorang, asal sihat mesti diorang, asal teknologi moden MESTI DIORANG LAH~ MENYAMPAH ahahah...

2) Kita? kenapa kita orang Islam lambat sangat nak termakbul doanya..
kadang itu sampai kita menangis, merayu, berharap Allah tunaikan, siang dan malam tak putus berdoa. Asbabnya, Allah suka kita berdoa.  Allah rindu dengar rintihan kita. Kita dah lama lari dari Allah dan sekarang Allah nak dekatkan diri kita padaNya.
Allahu rabbi~ sweet nya Allah.  Saysng tak kat Allah?

"SAYANGGGG~~~"

"Oleh sebab itu para murid ku.  Jangan lah futur (putus asa)  untuk berdoa.  Kalau boleh setiap hati dan setiap masa kita nak luah dekat Allah.  Walaupun kita tahu Allah itu  Maha Mengetahui, takpe lah.  

Kadang Allah balas dengan benda yang lain.
Boleh jadi apa yang kita doa 'mungkin' buruk untuk kita. contoh...

'Ya Allah jika dia jodoh ku.  Rapatkan lah aku padanya. Jika aku bukan jodoh dia dan dia berjodoh dengan orang lain .Maka jadikan aku jodoh itu'

*tepuk dahi*
kecik lagi tu tapi dah pandai daaa.."
"HHAHAHA"

..................................

Suasana ketika di sekolah rendah.  Sampai sekarang tabik dengan ilmu beliau :) rindu cikgu itu uhuk uhuk.

okey carry on

Bila diuji kadang tu kita sendiri tak sedar atau tak ingat apa motivasi untuk diri. kita lost . Sebab itu lah pentingnya kita berpesan-pesan dengan hak kebenaran.

Sesuai dengan maksud dalam surah Al-Asr (103:3)

".....kecuali orang-orang yagn beriman dan mengerjakan kebaikanserta menasihati dengan KEBENARAN dan saling menasihati dengan KESABARAN"

Dalam surah inipun sedang Allah bersumpah dengan masa! Allah SWT ingin menyedarkan kita hakikatnya hidup ini perlunya saling menasihati bukan sahaja dengan kebenaran tetapi dengan penuh rasa sabar.

~sabarmu pasti berbunga~

Dalam menghadapinya mesti ada yang akan datang perlahan-lahan sedang cuba memberikan tiupan kesabaran dan semangat ^//^

Contoh macam bila diri kita sedang mood down . tetiba datanglah seorang hamba kriman Allah akan berikan kata-kata yang pernah kita berikan pada dia dulu saat dia pun tengah dalam ujian Allah.  Alhamdullilah, dia dah selesai dengan ujian dia, kini TIBA GILIRAN kita.

Antara kata-kata yang paling buat sayalah kan, tersentap dan terharu :')

"Allah uji kau sebab Allah nak naikkan darjat kau disisi Nya"
"Ujian itu tanda Allah sayang dekat kita"
"Ujian ini datang sekejap jer, itu pun kita yang buat pilihan (betul/salah) jer"

kelakar. Macam sedang berbicara dengan diri sendiri.  MasyaAllah semoga dapat menjadi qudwah (ikutan) dan uswah (contoh) untuk menjadi islah (perbaiki) caca cela amalan kita dan sentiasa tajdid (perbaharui) diri .

Amin hirabbil alamin :)

Tuesday, April 26, 2016

Penjihad ilmu

Tuesday, April 26, 2016
Gelaran fisabillliah adalah suatu gelaran yang amat saya pandang tinggi.  Sedang saya yang berpengetahuan cetek mengenai ilmu agama tidak mengetahui selama ini kita telah lama ‘memegang’ gelaran ini.  Saya telah buka mata seluasnya apabila hati saya terjentik dengan kisah peperangan pada zaman jahiliyah juga pada zaman kini.  

Semangat jihad untuk mempertahankan itu lah yang membuat hati ini cair jer dalam diam membara sebara baranya. hahaha. Nak dijadikan suatu kisah apabila ada penceramah atau pengkongsian ilmu oleh seorang siswazah dari luar yang sudi bercerita atau berkongsi kisah mengenai sahabatnya yang telah pergi menghadap Illahi

“Akak dulu ada ‘geng’ yang kitaorang buat semua benda bersama.  Kitaorang hafaz AlQuran sesame.  Nak dijadikan cerita kitaorang bertul-betul menuntut ilmu agama.  Akak dan kengkawan ini amik kos bahagian hafalan hadis.  Tapi akak ini biasa-biasa jer takde apa yang istimewa. hehe.  Sampai satu masa tu tetiba akak perasan semua menangis teresak-esak.  Akak pun rilek jer tanya laa an,  mana si fulan.  Semua masa itu diam lepas itu sambil cakap yang salah seorang sahabat kami telah pergi.

Masa itu Allah jer tahu perasaan akak. Dah macam drama melayu sambil kaki akak jatuh ke lantai.  Lutut ini gugur tetiba jer.  Bayangkan adik-adik semua..

ibarat semua berpegang tangan dan berjihad untuk mengejar kejayaan dan insyaAllah bakal menjadi pembangun agama, tetiba salah seorang (semasa dalam pegangan tangan) melepaskan genggaman tangan ini lantas mengatakan dalam keadaan senyum tangis berkata ‘wahai sahabat ku. aku terpaksa melepaskan genggaman ini.  Maaf jika aku tidak dapat bersama kalian kerana Allah telah memanggilku, insyaAllah kita bertemu lagi di syurga nanti.  Teruskan jihad dan jadilah penjihad sebenar sebagai jihad fisabillilah !!’

Allahu akhbar adik.. bercucuran airmata kami waktu tuu, kami redha dan kami rindu pada dia. Sedar satu benda, kalian adalah penjihad sebenar bukan hanya pelajar tapi penjihad. Tuntut ilmu banyak-banyak sebab kita tak tahu bila kita akan ‘gugur dalam medan pertempuran’ kita tak tahu semua itu, kita memang tak tahu..”

Allah waktu itu hati saya sebak sangat . Rata-rata daripada yang mendengar berkemunginan tidak menitis airmata seperti saya =_= memang emo sangat ah.  Waktu tu saya membayangkan itu berlaku pada sahabat saya. 

Saya tak sanggup



Serius saya tak sanggup…...