Saturday, July 23, 2016

Jaga hati orang

Saturday, July 23, 2016
Bismillah

Ujian datang macam badai. Datang sekali. Habis semua punah waktu tu jugak. Siapa jer mampu nak halang selagi yang 'berkuasa' mengizinkan? Kita? berlari ketakutan. Ada yang redha apa terjadi. Ada yang cuba melawan takdir. Ada yang menyalahkan apa yang tercatat di luh mahfuz.

Begitulah asal perasaan manusia bila harus memilih antara hidup dan mati, antara perjuangan atau penyerahan. Lutut memang bergetar getar. Hati meronta meronta.

Yang tinggal hanya akal memilih keputusan untuk diri. Akal kenalah waras dan jauh dari segala permainan psychology. Terpulang kat akal nak susun strategi.

.....................................................................................

Balik pada tajuk.

Waktu ini lah akal kena pandai kawal hati. Lagi lagi melibatkan orang lain.  Hari sendiri kalau sakit boleh rawat sendiri.  Tapi orang lain? time ni laa dah blank mana priority dulu. aih~ ntah lah.nak mengeluh nak marah pon tak boleh sebabkan libatkan orang kedua, Ending dia terdiam dan pendam sendiri.

Teringat kata kata Habib Ali Zaenal yang sangat kita pandang tinggi dengan ilmu dan penyampaian beliau yang sangat tenang.

'Nilai kesabaran yang sebenar terletak pada awal sentakan pertama benda yang menguji hati kita.  Bukan selepas melepaskan kemarahan baru berkata kau sedang bersabar . BUKAN~'

Emm terima kasih, InsyaAllah :'>