Tuesday, April 26, 2016

Penjihad ilmu

Tuesday, April 26, 2016
Gelaran fisabillliah adalah suatu gelaran yang amat saya pandang tinggi.  Sedang saya yang berpengetahuan cetek mengenai ilmu agama tidak mengetahui selama ini kita telah lama ‘memegang’ gelaran ini.  Saya telah buka mata seluasnya apabila hati saya terjentik dengan kisah peperangan pada zaman jahiliyah juga pada zaman kini.  

Semangat jihad untuk mempertahankan itu lah yang membuat hati ini cair jer dalam diam membara sebara baranya. hahaha. Nak dijadikan suatu kisah apabila ada penceramah atau pengkongsian ilmu oleh seorang siswazah dari luar yang sudi bercerita atau berkongsi kisah mengenai sahabatnya yang telah pergi menghadap Illahi

“Akak dulu ada ‘geng’ yang kitaorang buat semua benda bersama.  Kitaorang hafaz AlQuran sesame.  Nak dijadikan cerita kitaorang bertul-betul menuntut ilmu agama.  Akak dan kengkawan ini amik kos bahagian hafalan hadis.  Tapi akak ini biasa-biasa jer takde apa yang istimewa. hehe.  Sampai satu masa tu tetiba akak perasan semua menangis teresak-esak.  Akak pun rilek jer tanya laa an,  mana si fulan.  Semua masa itu diam lepas itu sambil cakap yang salah seorang sahabat kami telah pergi.

Masa itu Allah jer tahu perasaan akak. Dah macam drama melayu sambil kaki akak jatuh ke lantai.  Lutut ini gugur tetiba jer.  Bayangkan adik-adik semua..

ibarat semua berpegang tangan dan berjihad untuk mengejar kejayaan dan insyaAllah bakal menjadi pembangun agama, tetiba salah seorang (semasa dalam pegangan tangan) melepaskan genggaman tangan ini lantas mengatakan dalam keadaan senyum tangis berkata ‘wahai sahabat ku. aku terpaksa melepaskan genggaman ini.  Maaf jika aku tidak dapat bersama kalian kerana Allah telah memanggilku, insyaAllah kita bertemu lagi di syurga nanti.  Teruskan jihad dan jadilah penjihad sebenar sebagai jihad fisabillilah !!’

Allahu akhbar adik.. bercucuran airmata kami waktu tuu, kami redha dan kami rindu pada dia. Sedar satu benda, kalian adalah penjihad sebenar bukan hanya pelajar tapi penjihad. Tuntut ilmu banyak-banyak sebab kita tak tahu bila kita akan ‘gugur dalam medan pertempuran’ kita tak tahu semua itu, kita memang tak tahu..”

Allah waktu itu hati saya sebak sangat . Rata-rata daripada yang mendengar berkemunginan tidak menitis airmata seperti saya =_= memang emo sangat ah.  Waktu tu saya membayangkan itu berlaku pada sahabat saya. 

Saya tak sanggup



Serius saya tak sanggup…...