Friday, April 29, 2016

Mehnah

Friday, April 29, 2016
Bismillah

Dalam banyak urusan dunia, kita tak pernah lari dari mehnah (ujian) dariNya. Sama ada sedar atau tak jer..  Masa ketawa kita diuji, masa berduka pun kita masih diuji, apatah lagi bila kita sedang bahagia melayan perasaan.  Sebenarnya sekeliling kita adalah UJIAN ~!

Setiap orang berlainan ujiannya.  Jangan nak tuding jari bahawa ujian dia atau dia itu kecil sahaja.  Dah tu jer yang mungkin dia mampu untuk hadapi. Ingat~ Allah tak pernah nak uji seorang hamba itu dengan ujian yang hebat andai sahaja dia mampu insyaAllah semuanya baik-baik sahaja

Allah sayang kita. Percayalah

Sedarkan diri, Munasabah diri. Rileks. Chill. Tenang.

Bila diuji bertubi-tubi, nak kata kononnya ujian itu paling DASYAT lah~ meh nak bagi tepukan sikit. Tahniah kerana diuji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kau sahabat.

........................................

Teringat dahulu.
Seorang murabbi mithali (pendidik yang baik) bertanyakan soalan yang kitaorang pun gagap nak jawab. Bayangkan umur hanyalah setahun jagung haha

"kenapa orang kafir, apa jer dia hajatkan akan tercapai sedangkan kita nie nak kena berdoa bersungguh-sungguh sedangkan belum tentu doa kita terjawab"
".....?"

"hahah terpinga-pinga nak jawab.  Sebab dia ialah...

1) Allah benci nak dengar diorang merayu-rayu dengan Allah.  Tu yang Allah tunaikan cepat doa mereka.  Benci dengar rintihan mereka sedang mereka kufur kepada Allah.  Tuu yang asal bijak diorang, asal sihat mesti diorang, asal teknologi moden MESTI DIORANG LAH~ MENYAMPAH ahahah...

2) Kita? kenapa kita orang Islam lambat sangat nak termakbul doanya..
kadang itu sampai kita menangis, merayu, berharap Allah tunaikan, siang dan malam tak putus berdoa. Asbabnya, Allah suka kita berdoa.  Allah rindu dengar rintihan kita. Kita dah lama lari dari Allah dan sekarang Allah nak dekatkan diri kita padaNya.
Allahu rabbi~ sweet nya Allah.  Saysng tak kat Allah?

"SAYANGGGG~~~"

"Oleh sebab itu para murid ku.  Jangan lah futur (putus asa)  untuk berdoa.  Kalau boleh setiap hati dan setiap masa kita nak luah dekat Allah.  Walaupun kita tahu Allah itu  Maha Mengetahui, takpe lah.  

Kadang Allah balas dengan benda yang lain.
Boleh jadi apa yang kita doa 'mungkin' buruk untuk kita. contoh...

'Ya Allah jika dia jodoh ku.  Rapatkan lah aku padanya. Jika aku bukan jodoh dia dan dia berjodoh dengan orang lain .Maka jadikan aku jodoh itu'

*tepuk dahi*
kecik lagi tu tapi dah pandai daaa.."
"HHAHAHA"

..................................

Suasana ketika di sekolah rendah.  Sampai sekarang tabik dengan ilmu beliau :) rindu cikgu itu uhuk uhuk.

okey carry on

Bila diuji kadang tu kita sendiri tak sedar atau tak ingat apa motivasi untuk diri. kita lost . Sebab itu lah pentingnya kita berpesan-pesan dengan hak kebenaran.

Sesuai dengan maksud dalam surah Al-Asr (103:3)

".....kecuali orang-orang yagn beriman dan mengerjakan kebaikanserta menasihati dengan KEBENARAN dan saling menasihati dengan KESABARAN"

Dalam surah inipun sedang Allah bersumpah dengan masa! Allah SWT ingin menyedarkan kita hakikatnya hidup ini perlunya saling menasihati bukan sahaja dengan kebenaran tetapi dengan penuh rasa sabar.

~sabarmu pasti berbunga~

Dalam menghadapinya mesti ada yang akan datang perlahan-lahan sedang cuba memberikan tiupan kesabaran dan semangat ^//^

Contoh macam bila diri kita sedang mood down . tetiba datanglah seorang hamba kriman Allah akan berikan kata-kata yang pernah kita berikan pada dia dulu saat dia pun tengah dalam ujian Allah.  Alhamdullilah, dia dah selesai dengan ujian dia, kini TIBA GILIRAN kita.

Antara kata-kata yang paling buat sayalah kan, tersentap dan terharu :')

"Allah uji kau sebab Allah nak naikkan darjat kau disisi Nya"
"Ujian itu tanda Allah sayang dekat kita"
"Ujian ini datang sekejap jer, itu pun kita yang buat pilihan (betul/salah) jer"

kelakar. Macam sedang berbicara dengan diri sendiri.  MasyaAllah semoga dapat menjadi qudwah (ikutan) dan uswah (contoh) untuk menjadi islah (perbaiki) caca cela amalan kita dan sentiasa tajdid (perbaharui) diri .

Amin hirabbil alamin :)