Bismillah
Dalam banyak urusan dunia, kita tak pernah lari dari mehnah (ujian) dariNya. Sama ada sedar atau tak jer.. Masa ketawa kita diuji, masa berduka pun kita masih diuji, apatah lagi bila kita sedang bahagia melayan perasaan. Sebenarnya sekeliling kita adalah UJIAN ~!
Setiap orang berlainan ujiannya. Jangan nak tuding jari bahawa ujian dia atau dia itu kecil sahaja. Dah tu jer yang mungkin dia mampu untuk hadapi. Ingat~ Allah tak pernah nak uji seorang hamba itu dengan ujian yang hebat andai sahaja dia mampu insyaAllah semuanya baik-baik sahaja
Allah sayang kita. Percayalah
Sedarkan diri, Munasabah diri. Rileks. Chill. Tenang.
Bila diuji bertubi-tubi, nak kata kononnya ujian itu paling DASYAT lah~ meh nak bagi tepukan sikit. Tahniah kerana diuji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kau sahabat.
........................................
Teringat dahulu.
Seorang murabbi mithali (pendidik yang baik) bertanyakan soalan yang kitaorang pun gagap nak jawab. Bayangkan umur hanyalah setahun jagung haha
"kenapa orang kafir, apa jer dia hajatkan akan tercapai sedangkan kita nie nak kena berdoa bersungguh-sungguh sedangkan belum tentu doa kita terjawab"
".....?" "hahah terpinga-pinga nak jawab. Sebab dia ialah...
1) Allah benci nak dengar diorang merayu-rayu dengan Allah. Tu yang Allah tunaikan cepat doa mereka. Benci dengar rintihan mereka sedang mereka kufur kepada Allah. Tuu yang asal bijak diorang, asal sihat mesti diorang, asal teknologi moden MESTI DIORANG LAH~ MENYAMPAH ahahah...
2) Kita? kenapa kita orang Islam lambat sangat nak termakbul doanya..
kadang itu sampai kita menangis, merayu, berharap Allah tunaikan, siang dan malam tak putus berdoa. Asbabnya, Allah suka kita berdoa. Allah rindu dengar rintihan kita. Kita dah lama lari dari Allah dan sekarang Allah nak dekatkan diri kita padaNya.
Allahu rabbi~ sweet nya Allah. Saysng tak kat Allah?
"SAYANGGGG~~~"
"Oleh sebab itu para murid ku. Jangan lah futur (putus asa) untuk berdoa. Kalau boleh setiap hati dan setiap masa kita nak luah dekat Allah. Walaupun kita tahu Allah itu Maha Mengetahui, takpe lah.
Kadang Allah balas dengan benda yang lain.
Boleh jadi apa yang kita doa 'mungkin' buruk untuk kita. contoh...
'Ya Allah jika dia jodoh ku. Rapatkan lah aku padanya. Jika aku bukan jodoh dia dan dia berjodoh dengan orang lain .Maka jadikan aku jodoh itu'
*tepuk dahi*
kecik lagi tu tapi dah pandai daaa.."
"HHAHAHA"
..................................
Suasana ketika di sekolah rendah. Sampai sekarang tabik dengan ilmu beliau :) rindu cikgu itu uhuk uhuk.
okey carry on
Bila diuji kadang tu kita sendiri tak sedar atau tak ingat apa motivasi untuk diri. kita lost . Sebab itu lah pentingnya kita berpesan-pesan dengan hak kebenaran.
Sesuai dengan maksud dalam surah Al-Asr (103:3)
".....kecuali orang-orang yagn beriman dan mengerjakan kebaikanserta menasihati dengan KEBENARAN dan saling menasihati dengan KESABARAN"
Dalam surah inipun sedang Allah bersumpah dengan masa! Allah SWT ingin menyedarkan kita hakikatnya hidup ini perlunya saling menasihati bukan sahaja dengan kebenaran tetapi dengan penuh rasa sabar.
~sabarmu pasti berbunga~
Dalam menghadapinya mesti ada yang akan datang perlahan-lahan sedang cuba memberikan tiupan kesabaran dan semangat ^//^
Contoh macam bila diri kita sedang mood down . tetiba datanglah seorang hamba kriman Allah akan berikan kata-kata yang pernah kita berikan pada dia dulu saat dia pun tengah dalam ujian Allah. Alhamdullilah, dia dah selesai dengan ujian dia, kini TIBA GILIRAN kita.
Antara kata-kata yang paling buat sayalah kan, tersentap dan terharu :')
"Allah uji kau sebab Allah nak naikkan darjat kau disisi Nya"
"Ujian itu tanda Allah sayang dekat kita" "Ujian ini datang sekejap jer, itu pun kita yang buat pilihan (betul/salah) jer"
kelakar. Macam sedang berbicara dengan diri sendiri. MasyaAllah semoga dapat menjadi qudwah (ikutan) dan uswah (contoh) untuk menjadi islah (perbaiki) caca cela amalan kita dan sentiasa tajdid (perbaharui) diri .
Amin hirabbil alamin :)
|
Friday, April 29, 2016
Tuesday, April 26, 2016
Penjihad ilmu
Gelaran fisabillliah adalah suatu gelaran yang amat saya
pandang tinggi. Sedang saya yang
berpengetahuan cetek mengenai ilmu agama tidak mengetahui selama ini kita telah
lama ‘memegang’ gelaran ini. Saya telah
buka mata seluasnya apabila hati saya terjentik dengan kisah peperangan pada
zaman jahiliyah juga pada zaman kini.
Semangat jihad untuk mempertahankan itu lah yang membuat hati ini cair
jer dalam diam membara sebara baranya. hahaha. Nak dijadikan suatu kisah
apabila ada penceramah atau pengkongsian ilmu oleh seorang siswazah dari luar
yang sudi bercerita atau berkongsi kisah mengenai sahabatnya yang telah pergi
menghadap Illahi
“Akak dulu ada ‘geng’ yang kitaorang buat semua benda
bersama. Kitaorang hafaz AlQuran
sesame. Nak dijadikan cerita kitaorang
bertul-betul menuntut ilmu agama. Akak
dan kengkawan ini amik kos bahagian hafalan hadis. Tapi akak ini biasa-biasa jer takde apa yang
istimewa. hehe. Sampai satu masa tu
tetiba akak perasan semua menangis teresak-esak. Akak pun rilek jer tanya laa an, mana si fulan. Semua masa itu diam lepas itu sambil cakap
yang salah seorang sahabat kami telah pergi.
Masa itu Allah jer tahu perasaan akak. Dah macam drama melayu
sambil kaki akak jatuh ke lantai. Lutut
ini gugur tetiba jer. Bayangkan adik-adik
semua..
“ibarat semua
berpegang tangan dan berjihad untuk mengejar kejayaan dan insyaAllah bakal
menjadi pembangun agama, tetiba salah seorang (semasa dalam pegangan tangan)
melepaskan genggaman tangan ini lantas mengatakan dalam keadaan senyum tangis
berkata ‘wahai sahabat ku. aku terpaksa melepaskan genggaman ini. Maaf jika aku tidak dapat bersama kalian
kerana Allah telah memanggilku, insyaAllah kita bertemu lagi di syurga nanti. Teruskan jihad dan jadilah penjihad sebenar
sebagai jihad fisabillilah !!’
Allahu akhbar adik.. bercucuran airmata kami waktu tuu, kami
redha dan kami rindu pada dia. Sedar satu benda, kalian adalah penjihad sebenar
bukan hanya pelajar tapi penjihad. Tuntut ilmu banyak-banyak sebab kita tak
tahu bila kita akan ‘gugur dalam medan pertempuran’ kita tak tahu semua itu,
kita memang tak tahu…..”
Allah waktu itu hati saya sebak sangat . Rata-rata daripada
yang mendengar berkemunginan tidak menitis airmata seperti saya =_= memang emo
sangat ah. Waktu tu saya membayangkan itu
berlaku pada sahabat saya.
Saya
tak sanggup…
Serius
saya tak sanggup…...
|
Thursday, April 7, 2016
Couple kapel kapela
Bismillah. Masa cuti ini saya telah diizinkan Allah untuk menziarahi dengan kata lain bermalam di rumah si sahabat. Apa yang bermain di fikiran ialah jangan menilai seseorang dari rupa Pening bila difikirkan. Sebab tak pandai nak kawal nafsu dan fitrah itulah yang akan jadi :(( walau macamana sekali pun kau mengamalkan sunnah dan beribadat kepada Allah. Satu benda jer yang dapat menumpaskan si hati si pemandu diri. Teringat masa kuliah subuh hari tu "Hati ini ibarat pemandu. Akal ibarat konduktor. Nafsu pula ibarat penumpang" Kenapa hati ini pemandu? kenapa pula akal konduktor sedang nafsu ini penumpang? First question. Akal terletak pada mana? Masing-masing akan jawab otak malah ada yang jawab KEPALA xD kan? kan..? Jawapannya ialah HATI <3 okey bayangkan dan hadam perlahan-lahan. Hati ini ada dua peranan nak diikuti: 1) Akal 2) Nafsu Hati ini dia akan dengar kata antara dua. Nafsu ini pula ada pelbagai macam ragam, same jer macam dalam bas. Pernah tengok tak gelagat penumpang tak? Ada yang bising. Ada yang tidur. ada yang dok usya-usya awek mata itu kalau boleh nak jer meliar. peh peh peh.=___= Sekarang ini yang berkuasa dalam bas itu ialah konduktor Dalam hal ini adalah akal. Akal inilah kena bijak mengawal dan mamainkan peranan. Nak bijak macamana? rebus buku kawalan penumpang pastu minum sehari semalam. Okey okey.. okey hambar hambar xD tak. nak bijak, akal kena ada ILMU :)) haa dengar tuu.. ilmu ilmu ilmuuu ~~~~ mun~~ timun~~*echo* xD aaaa maaf gurau jer. okey sambung.. Pemandu ini pula, ( Hati ) dia ini sibuk jer nak fokus pada jalan. Mana sempat nak tengok belakang tanya konduktor. Kalau akal tak boleh nak kawal nafsu. Alamat dia chaos laa bas itu. Waktu itu, hati akan dengar apa yang pertama dan paling lantang berkata. Sebab itulah akal kena bijak mengawal nafsu. ............................................................... Pernah ada kisah antara nafsu dan akal. Allah bertanya kepada kedua makhluk ini apa yang menjadi sembahan mereka dan siapa mereka. Walhal Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa sudah tahu segala kebenarannya. Lalu akal berkata :Aku adalah hamba dan Allah adalah Tuhan ku" betapa akal ini amat bijak dan mampu memberikan jawapan yang tepat. Sedang nafsu pula berkata "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau" Ssesungguhnya Allah amat murka lalu Allah mencampakkan nafsu ke neraka. Ditanya lagi kepada nafsu "Apa engkau dan siapa Aku?" Jawapannya tetap sama " aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau" Allah pun mencampakkan nafsu ke neraka selama bertahun lamanya. Masih lagi nafsu menjawap jawapan yang sama dan tidak mengubah ayat dan pegangan dia walau sikit pun. "Oleh kerana kedegilan engkau wahai nafsu. Masuklah kamu ke neraka di mana kamu tidak akan diberi makan dan minum walau sedikit pun" Setelah lama nafsu tidak diberi makan dan minum lalu nafsu menghadap Allah azza waljala. Allah bertanyakan persoalan yang sama dengan sebelum ini. "Siapa engkau dan siapa Aku?" Nafsu.... " Aku adalah hamba dan Engkau adalah Tuhanku" MasyaAllah dasyatnya kedegilan nafsu untuk mengaku siapa dirinya. Dengan lata lain ia adalah BERPUASA. Puasa dapat menumpaskan nafsu ................................................... Seseorang ini. lagi-lagi yang mengamalkan sunnah Nabi Allah. Lagilah akan dihormati dan insyaAllah boleh menjadi ikutan. Tapi kalau tak boleh nak kawal nafsu. Sama jer macam kita tewas dengan syaitan dan tunduk pada nafsu. JANGAN MENILAI LUARAN DAN BUKAN CARA BERFIKIR lagipun apa yang seronok sangat dengan berkapel jadah ini. kapel tak kapel bukan menjadi isu seseorang itu setia ke..? Hakikatnya melalui kapel lah kita sekadar melihat LAKONAN BABAK ROMANTIK yang dilakon hebat walaupun tak pernah ikut shooting . Saya banyak kali mempersoalkan dalam diri. Dan secara tak sengaja telah melepaskan kepada seseorang :| bertubi-tubi jugak lah sampai orang itu terkelu. "emm kau bagi aku 10 tahun pun aku takleh jawap" Suka betul dia ye. Ingat berkapel ini sesenang jer? Takde istilah kapel selepas berkahwin. KAPEL itu sendiri menunjukkan cinta tak halal sebelum ada ikatan. Expect kapel ini apa?
Supaya tunjuk yang kau bangga mendapat seseorang yang kau suka sebagai girlfriend haraming kapeling?
Supaya si dia selalu bermanja-manja. tergedik-gedik dengan kau sorang?
Sebab nak cop yang si dia ini kau punya seorang?
Sebagai platform untuk kau melepaskan nafsu?
uish dasyat bila sentuh isu nafsu~~~
Abis tu? apa? mengapa? kebaikan? tolonglah tak menjamin langsung. Dia kata kapel islamik jer dan dia akan jaga batas, taknak jumpa langsung kat tempat kuliah lepas tu kata dia akan beribadat lebih nak lawan nafsu tolong laaaaa~ abis tu apa function kapel kalau gitu? serupa jer macam takyah kapel jer. kawal fitrah. kawal nafsu. jaga iman. jaga mata. tolong laaa Kekadang rasa bersalah itu lahir pada diri sendiri. Punca dia saya ke/ saya ke penyebab awak lemah longlai dengan nafsu. Punca dia adalah hati. Salah kan akal sebab kurang ilmu mengawal nafsu >:( Bila dah gitu. Berani kan diri mengatakan "Kalau macam itulah, jangan cari aku sebab nak merayu-rayu macam ini. Pergi lah cari wali aku. Pergi kumpul ilmu bebanyak. yang penting kau yakin boleh bimbing aku nanti. Aku taknak kau akan jaga batas segala jadah semata supaya hati aku ini cair dan percaya kau. Kau belum kenal dunia dengan cara kau nampak sangat tak boleh nak bimbing aku sebenarnya. Cara kau minta dengan cara yang tak halal ini. Buat aku lagi hilang dan tawar hati. Kalau kau betul bijak kawal nafsu, kau takkan macam ni. Dulu aku respect kau. Sayang sangat kau rayu macam ini buat aku yakin punca utama dia ialah hati kau tak ikhlas melainkan nafsu semata." "Aku nak ingatkan mungkin kau rasa kau berjaya lawan godaan syaitan tapi bukan godaan wanita. Sebab apa? sedasyat-dasyat godaan adalah GODAAN WANITA sebenarnya. Check balik hubungan kau dengan Allah. Kalau kau jaga kau takkan minta sesuatu yang jauhkan diri kau dari Allah." Lepas tu mulalah dengan ayat bunga dia. "Kau tunggu lah aku. Selama dua tahun ini kalau kau rasa sunyi. kau cari lah aku. Aku setia tunggu kau. Kalau aku nak jodoh, aku harap berjodoh dengan kau jer". peh peh peh ayat nak lawan tauke. Standard laa tuu, dialog tanpa skrip TERUNGGULLL~~ bravooo *tepuk tangan* TAPI tindakan?? action speak louder than words :) Bertawakallah. Berserah pada Allah. Berusaha yang terbaik. check diri suka sebab apa? nafsu? ilmu? Bukan nak salah kan sape-sape tapi pokok utama dia COUPLE KAPEL KAPELA istilah kapel islamik pun tak pernah wujud kot =__________= wallahualam
Pegang hati ke jalan Allah. Minta petunjuk dariNya. Jangan gelojoh, Tenangkan hati dan diri. Lawan selagi mampu. Moga Allah redha dan permudahkan segalanya.
InsyaAllah *senyum* |