Bismillah. Masa cuti ini saya telah diizinkan Allah untuk menziarahi dengan kata lain bermalam di rumah si sahabat. Apa yang bermain di fikiran ialah jangan menilai seseorang dari rupa Pening bila difikirkan. Sebab tak pandai nak kawal nafsu dan fitrah itulah yang akan jadi :(( walau macamana sekali pun kau mengamalkan sunnah dan beribadat kepada Allah. Satu benda jer yang dapat menumpaskan si hati si pemandu diri. Teringat masa kuliah subuh hari tu "Hati ini ibarat pemandu. Akal ibarat konduktor. Nafsu pula ibarat penumpang" Kenapa hati ini pemandu? kenapa pula akal konduktor sedang nafsu ini penumpang? First question. Akal terletak pada mana? Masing-masing akan jawab otak malah ada yang jawab KEPALA xD kan? kan..? Jawapannya ialah HATI <3 okey bayangkan dan hadam perlahan-lahan. Hati ini ada dua peranan nak diikuti: 1) Akal 2) Nafsu Hati ini dia akan dengar kata antara dua. Nafsu ini pula ada pelbagai macam ragam, same jer macam dalam bas. Pernah tengok tak gelagat penumpang tak? Ada yang bising. Ada yang tidur. ada yang dok usya-usya awek mata itu kalau boleh nak jer meliar. peh peh peh.=___= Sekarang ini yang berkuasa dalam bas itu ialah konduktor Dalam hal ini adalah akal. Akal inilah kena bijak mengawal dan mamainkan peranan. Nak bijak macamana? rebus buku kawalan penumpang pastu minum sehari semalam. Okey okey.. okey hambar hambar xD tak. nak bijak, akal kena ada ILMU :)) haa dengar tuu.. ilmu ilmu ilmuuu ~~~~ mun~~ timun~~*echo* xD aaaa maaf gurau jer. okey sambung.. Pemandu ini pula, ( Hati ) dia ini sibuk jer nak fokus pada jalan. Mana sempat nak tengok belakang tanya konduktor. Kalau akal tak boleh nak kawal nafsu. Alamat dia chaos laa bas itu. Waktu itu, hati akan dengar apa yang pertama dan paling lantang berkata. Sebab itulah akal kena bijak mengawal nafsu. ............................................................... Pernah ada kisah antara nafsu dan akal. Allah bertanya kepada kedua makhluk ini apa yang menjadi sembahan mereka dan siapa mereka. Walhal Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa sudah tahu segala kebenarannya. Lalu akal berkata :Aku adalah hamba dan Allah adalah Tuhan ku" betapa akal ini amat bijak dan mampu memberikan jawapan yang tepat. Sedang nafsu pula berkata "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau" Ssesungguhnya Allah amat murka lalu Allah mencampakkan nafsu ke neraka. Ditanya lagi kepada nafsu "Apa engkau dan siapa Aku?" Jawapannya tetap sama " aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau" Allah pun mencampakkan nafsu ke neraka selama bertahun lamanya. Masih lagi nafsu menjawap jawapan yang sama dan tidak mengubah ayat dan pegangan dia walau sikit pun. "Oleh kerana kedegilan engkau wahai nafsu. Masuklah kamu ke neraka di mana kamu tidak akan diberi makan dan minum walau sedikit pun" Setelah lama nafsu tidak diberi makan dan minum lalu nafsu menghadap Allah azza waljala. Allah bertanyakan persoalan yang sama dengan sebelum ini. "Siapa engkau dan siapa Aku?" Nafsu.... " Aku adalah hamba dan Engkau adalah Tuhanku" MasyaAllah dasyatnya kedegilan nafsu untuk mengaku siapa dirinya. Dengan lata lain ia adalah BERPUASA. Puasa dapat menumpaskan nafsu ................................................... Seseorang ini. lagi-lagi yang mengamalkan sunnah Nabi Allah. Lagilah akan dihormati dan insyaAllah boleh menjadi ikutan. Tapi kalau tak boleh nak kawal nafsu. Sama jer macam kita tewas dengan syaitan dan tunduk pada nafsu. JANGAN MENILAI LUARAN DAN BUKAN CARA BERFIKIR lagipun apa yang seronok sangat dengan berkapel jadah ini. kapel tak kapel bukan menjadi isu seseorang itu setia ke..? Hakikatnya melalui kapel lah kita sekadar melihat LAKONAN BABAK ROMANTIK yang dilakon hebat walaupun tak pernah ikut shooting . Saya banyak kali mempersoalkan dalam diri. Dan secara tak sengaja telah melepaskan kepada seseorang :| bertubi-tubi jugak lah sampai orang itu terkelu. "emm kau bagi aku 10 tahun pun aku takleh jawap" Suka betul dia ye. Ingat berkapel ini sesenang jer? Takde istilah kapel selepas berkahwin. KAPEL itu sendiri menunjukkan cinta tak halal sebelum ada ikatan. Expect kapel ini apa?
Supaya tunjuk yang kau bangga mendapat seseorang yang kau suka sebagai girlfriend haraming kapeling?
Supaya si dia selalu bermanja-manja. tergedik-gedik dengan kau sorang?
Sebab nak cop yang si dia ini kau punya seorang?
Sebagai platform untuk kau melepaskan nafsu?
uish dasyat bila sentuh isu nafsu~~~
Abis tu? apa? mengapa? kebaikan? tolonglah tak menjamin langsung. Dia kata kapel islamik jer dan dia akan jaga batas, taknak jumpa langsung kat tempat kuliah lepas tu kata dia akan beribadat lebih nak lawan nafsu tolong laaaaa~ abis tu apa function kapel kalau gitu? serupa jer macam takyah kapel jer. kawal fitrah. kawal nafsu. jaga iman. jaga mata. tolong laaa Kekadang rasa bersalah itu lahir pada diri sendiri. Punca dia saya ke/ saya ke penyebab awak lemah longlai dengan nafsu. Punca dia adalah hati. Salah kan akal sebab kurang ilmu mengawal nafsu >:( Bila dah gitu. Berani kan diri mengatakan "Kalau macam itulah, jangan cari aku sebab nak merayu-rayu macam ini. Pergi lah cari wali aku. Pergi kumpul ilmu bebanyak. yang penting kau yakin boleh bimbing aku nanti. Aku taknak kau akan jaga batas segala jadah semata supaya hati aku ini cair dan percaya kau. Kau belum kenal dunia dengan cara kau nampak sangat tak boleh nak bimbing aku sebenarnya. Cara kau minta dengan cara yang tak halal ini. Buat aku lagi hilang dan tawar hati. Kalau kau betul bijak kawal nafsu, kau takkan macam ni. Dulu aku respect kau. Sayang sangat kau rayu macam ini buat aku yakin punca utama dia ialah hati kau tak ikhlas melainkan nafsu semata." "Aku nak ingatkan mungkin kau rasa kau berjaya lawan godaan syaitan tapi bukan godaan wanita. Sebab apa? sedasyat-dasyat godaan adalah GODAAN WANITA sebenarnya. Check balik hubungan kau dengan Allah. Kalau kau jaga kau takkan minta sesuatu yang jauhkan diri kau dari Allah." Lepas tu mulalah dengan ayat bunga dia. "Kau tunggu lah aku. Selama dua tahun ini kalau kau rasa sunyi. kau cari lah aku. Aku setia tunggu kau. Kalau aku nak jodoh, aku harap berjodoh dengan kau jer". peh peh peh ayat nak lawan tauke. Standard laa tuu, dialog tanpa skrip TERUNGGULLL~~ bravooo *tepuk tangan* TAPI tindakan?? action speak louder than words :) Bertawakallah. Berserah pada Allah. Berusaha yang terbaik. check diri suka sebab apa? nafsu? ilmu? Bukan nak salah kan sape-sape tapi pokok utama dia COUPLE KAPEL KAPELA istilah kapel islamik pun tak pernah wujud kot =__________= wallahualam
Pegang hati ke jalan Allah. Minta petunjuk dariNya. Jangan gelojoh, Tenangkan hati dan diri. Lawan selagi mampu. Moga Allah redha dan permudahkan segalanya.
InsyaAllah *senyum* |
Blog Archive
Popular Posts
-
Girls yang dedah aurat (source from facebook) AJNABI :- cantik nya awak pakai cekci macam nhee >:3 SI CEKCI ...
-
Cuba kita fikir balik. Semua teknologi yang dicipta oleh para saintis dan engineer adalah sebenarnya mengambil contoh dan konsep dari cipta...
-
Assalamualaikum sahabat semuanya Fuh seharian tuu penuh jer aktivitinya HAHAH Nak kata aktif tak laa Cuma sekadar nak 'tolong' a...
-
Bismillah Apa punca ada yang suka bersangka buruk. Ye laa.. kalau betul lah nak bersuudzon pon takyah lah tunjuk depan depan *biarlah asa...
-
Bismillah Motivasi satu perkara yang amat berkait rapat dengan diri kita insan. Manusia perlu motivasi untuk terinspirasi.melakukan sesua...
-
Assalamualaikum kepada semua Nhe merupakan blog pengkongsian ilmu-ilmu yang mungkin kita masih tahu tidak tahu Tapi bukanlah segalanya...
-
(Published by - Tanta Medical Daei Production- May 8, 2015) MasyaAllah, hari niee saya macam biasa explore kat youtube Tup tup. jumpa...
-
Assalamualaikum para sahabat Ini dikirakan hari kedua saya tersentap :'D Saya baru belajar main gitarrrr~! yeayyyy saya suka lagu a...
-
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan,...
Powered by Blogger.