Thursday, December 15, 2016

Suudzon

Thursday, December 15, 2016
Bismillah

Apa punca ada yang suka bersangka buruk.  Ye laa.. kalau betul lah nak bersuudzon pon takyah lah tunjuk depan depan *biarlah asalkan tak hipokrit* epppp chop~~ (-__-) tu yang salah tuu.  Dah buruk perangai lagi ditunjuk tunjuk.

Sahabat, tak semua benda dalam dunia ini nak kena nampak sempurna dan beranggapan apa yang kau teka itu betul yang peliknya bukan difikir benda baik tapi benda buruk.

contoh k contoh

LIBRARY
*nak amek buku jatuh kat lantai kebetulan ada crush tengok
*si suudzon " wei mesti kau acah acah tak nampak kan crush kau tengok"
"haaa..? aku amek buku tuu pun sebab nak susun balik kat rak nii.  Ada ke dia tadi?"
"eleh kura kura dalam perahu"
"astagfirullah"

see? tang mana tah dia nak bajet baik padahal dia niat baik nak tolong susun buku tuu kat rak.

*tepuk dahi
sampai satu tahap tuu memang dah melampau sangat.  Ia jadi serius bila kau start nak menfitnah tanpa sengaja sama ada sedar atau tak jer..Nauzubillah

Bila hadir rasa TAWADUK dalam diri seseorang maka terpadamlah segala syak wasangka yang buruk buruk.  Datangnya tawaduk bila kita sedar Allah masih menutup dan menjaga aib kita dari orang lain untuk mengetahuinya. Sedar diri bahawa kita  mungkin si penderhaka pada Allah.  Mana jer yang sempurna kita buat begitu jugaklah orang lain.

Mereka juga bukan malaikat, rasul atau nabi yang tiada langsung keburukan.  Walhal dikau seorang yang tinggi ilmu pengetahuan.

Bila timbul kesedaran bahawa semua datang dari Allah.  Itu laa tawaduk.  Terpadamlah segala buruk sangka dan dengki mendengki. Wallahualam.

Sunday, September 11, 2016

Motivasi

Sunday, September 11, 2016
Bismillah

Motivasi satu perkara yang amat berkait rapat dengan diri kita insan.  Manusia perlu motivasi untuk terinspirasi.melakukan sesuatu CUMA.. lalui cabang ter'inprirasi' yang berbeza :'D

Okey tuu ayat skema dia laa. hahah tapi main point dia kat sini ialah...
Lain orang lain cara, Senang citer macam hidayah. Allah bagi hidayah dengan cara yang unik dan agak mustahil untuk capai persen sama dengan cara kenalan kita dapat hidayah.

Ada yang termotivate bila daa lepas timpa bencana dan tup tup~ ada dapat hidayah dari tengok orang lain dapat hidayah.  Pada masa yang sama, ada yang tertarik dengan cara orang si pelihat tadi dengan cara memerhati lalu terinspirasi untuk lakukan benda yang sama.  Everything connected together? but isnt in the same way of getting hidayah? nooo...  (^^)\/

Senang jer en nak paham.

 Image result for looking out the window gif

Ada yang suka tengok orang warm up untuk inprirasi orang lain contoh dia -video motivation

Tak kisah dalam bentuk apa pun. getting inpriration and motivation is important.  Manatau ada yang dok perati blog ini pon terinprirasi insyaALLAH hahahah

Saturday, July 23, 2016

Jaga hati orang

Saturday, July 23, 2016
Bismillah

Ujian datang macam badai. Datang sekali. Habis semua punah waktu tu jugak. Siapa jer mampu nak halang selagi yang 'berkuasa' mengizinkan? Kita? berlari ketakutan. Ada yang redha apa terjadi. Ada yang cuba melawan takdir. Ada yang menyalahkan apa yang tercatat di luh mahfuz.

Begitulah asal perasaan manusia bila harus memilih antara hidup dan mati, antara perjuangan atau penyerahan. Lutut memang bergetar getar. Hati meronta meronta.

Yang tinggal hanya akal memilih keputusan untuk diri. Akal kenalah waras dan jauh dari segala permainan psychology. Terpulang kat akal nak susun strategi.

.....................................................................................

Balik pada tajuk.

Waktu ini lah akal kena pandai kawal hati. Lagi lagi melibatkan orang lain.  Hari sendiri kalau sakit boleh rawat sendiri.  Tapi orang lain? time ni laa dah blank mana priority dulu. aih~ ntah lah.nak mengeluh nak marah pon tak boleh sebabkan libatkan orang kedua, Ending dia terdiam dan pendam sendiri.

Teringat kata kata Habib Ali Zaenal yang sangat kita pandang tinggi dengan ilmu dan penyampaian beliau yang sangat tenang.

'Nilai kesabaran yang sebenar terletak pada awal sentakan pertama benda yang menguji hati kita.  Bukan selepas melepaskan kemarahan baru berkata kau sedang bersabar . BUKAN~'

Emm terima kasih, InsyaAllah :'>

Friday, July 15, 2016

Mudah terfitnah

Friday, July 15, 2016
Bismillah

Alala~ maaf sahabat sekalian alam maya yang tak pernah bersua secara face to face atau sebalik tabir.xD tahun ini agak nya tahun tough sikit hahaha.

Jangan risau, saya ini sang penullis pena maya dari hati ke blog *boom~! xD

.......................................................................
Tajuk kali ini perit sikit tapi masih nak kongsi.
 Dasar kisah ini dari seseorang tak cakap dari siapa berkemungkinan dari sesiapa sahaja. hohoho

Bermulalah perjalanan seorang gadis yang takde lah tinggi mana sifat malu dalam diri dia. Dia asal melibat percakapan public insyaAllah mungkin boleh.  Her desire mosly dont want to get involve in any fitnah tceymen~~ hahah terutama dengan lelaki.

Takut haa tuu sebab utama dia TAKUT

Satu masa dia sukarela utnuk tolong seorang rakan lelaki dia yang bukan lah dikira sebagai seorang yang sebaya dengan dia pun. Mungkin dia anggap lelaki itu sebagai 'budak' lagi hahha itu taktau kenapa lah walaupun apa lah sangat perbezaan umur diorang.

Nak dijadikan cerita.
Dia bawak lah hampir 3 ke 4 orang sahabat sejantina lagi lagi nak jumpa dengan laki yang tak rapat dan risiko besar boleh kena fitnah.... haa gituhh

Satu nasihat jer lah. Tak kira laki atau perempuan.  Tapis berkali kali.  Apa orang umum atau sekeliling akan pandang.  Bayangkan korang berada dalam sudut cara orang sekeliling akan judge  .korang berjumpa dengan bukan sejantina.

Kuat tak instict korang cakap.  Korang berjumpa ini macam dating. atau paling mudah.
'aku buat macam ini, orang fikir aku ngan dia ini ada pape tak.?'
Kalau jawapan dia 'ya'. Maka undurlah diri cepat-cepat kecuali korang yakin korang boleh tepis semua orang yang suka menfitnah atau salah faham ini. Takpe. Hati kena sado gaiss~

Bila kita yakin boleh tepis dan ada backup tuu bukti korang bukan sengaja nak bercerekarama aksi bollywood.kat situ. Boleh fikir logik kot.

*taking fire . need assistant . cover me*

Lainlah kau nak dating panggil member suh 'jadi orang ketiga' semata nak kaburkan mata orang sekeliling. Tak jadi laa geng. Gentle tak jadi.Nampak sangat ketara 'tukang cover' tuu macam muka toye macam ni (=_=) lagak macam diri tak wujud.   Muka pun tahan menyampah jer.
Budak dua tuu bergelak sakan. 'Tukang cover' macam takde respon still muka (=_=) jadahnye.  Nak kata dia tuu hambar atau tak faham lawak korang pun tak logik gak. ahahah

Tapi benda tuu tak kelakar. Tuu bukan nak elak fitnah sebab takut bermaksiat tapi tuu takut kena FITNAH terangan kau tengah bermaksiat. Wohaaa *confused o..O

sambung balik pasal gadis tak berapa pemalu tadi....

boleh pulak masa nak berjumpa boleh terpisah dengan kumpulan dia atas alasan kengkawan dia taknak ikut shortcut sebab takut nak langkah longkang.  Gadis itu tadi terkejut beruk bila dia sampai dulu dari kengkawan lain.  Cepat-cepat hayun tangan panggil member tadi.

Settle pasal berjumpa itu.

Keesokan harinya..

Datang sang gadis pemuda awal umur jumpa gadis itu dengan muka tegang ketat semacam.

"Akak, nak tanya laa"
"Ye dik. Macam misteri jer muka nye"
"Petang semalam en..."
 *dup dap dup dap*  semacam feel dia macam tuu. AWKWARD
"Gapo dio tuu?"
"Akak ade jumpa dia ehh.  Waktu tuu saya kat belakang akak ngan kengkawan akak. Tetiba akak jumpa dia sorang sorang. Kengkawan akak belok. Akak sorang jer straight jumpa dia."
"Lepas tuu adik buat pe? tengok tak apa jadi lepas tuu?"
"Tak.. sebab saya jeles masa tuu.  Tak sangka akak dating dengan dia huhu T^T "
"*budak kang aku pecepuk kang. hahahha* laaa asal tak tengok abis babak tuu. waktu tuu daa nak klimaks daa dik. Akak watak highlight dia"
"Sampai hati akak.... taknak arr kawan cenni"
"Sempat tak nampak akak hayun tangan 180 darjah dari atas ke bawah"
"Aaaa?"
"Akak panggil kengkawan akak jer bukan ape. Kitaorang ade bisnes ngan dia. hahaha"
"Laaaaaa~ T//T"

.................................................................
Ish ish. baru konar sikit *corner dah jadi isu salah faham.  Nampak tak? Sape jer tak terlepas dari 'mudah terfitnah' lagi lagi situasi cenggini.

Sebab tuu laa sebagai kesaksian sesuatu tuu. Husnuzon *sangka baik* tuu lebih baik. Tapi yang ' 'sedang' jangan sengaja nak diri tuu TERFITNAH.

"Setiap insan ada maruah. Pertahankan. Jaga baik, Setiap insan juga ada AGAMA itu paling penting "

-WALAHUALAM BISOWAR-

Friday, April 29, 2016

Mehnah

Friday, April 29, 2016
Bismillah

Dalam banyak urusan dunia, kita tak pernah lari dari mehnah (ujian) dariNya. Sama ada sedar atau tak jer..  Masa ketawa kita diuji, masa berduka pun kita masih diuji, apatah lagi bila kita sedang bahagia melayan perasaan.  Sebenarnya sekeliling kita adalah UJIAN ~!

Setiap orang berlainan ujiannya.  Jangan nak tuding jari bahawa ujian dia atau dia itu kecil sahaja.  Dah tu jer yang mungkin dia mampu untuk hadapi. Ingat~ Allah tak pernah nak uji seorang hamba itu dengan ujian yang hebat andai sahaja dia mampu insyaAllah semuanya baik-baik sahaja

Allah sayang kita. Percayalah

Sedarkan diri, Munasabah diri. Rileks. Chill. Tenang.

Bila diuji bertubi-tubi, nak kata kononnya ujian itu paling DASYAT lah~ meh nak bagi tepukan sikit. Tahniah kerana diuji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kau sahabat.

........................................

Teringat dahulu.
Seorang murabbi mithali (pendidik yang baik) bertanyakan soalan yang kitaorang pun gagap nak jawab. Bayangkan umur hanyalah setahun jagung haha

"kenapa orang kafir, apa jer dia hajatkan akan tercapai sedangkan kita nie nak kena berdoa bersungguh-sungguh sedangkan belum tentu doa kita terjawab"
".....?"

"hahah terpinga-pinga nak jawab.  Sebab dia ialah...

1) Allah benci nak dengar diorang merayu-rayu dengan Allah.  Tu yang Allah tunaikan cepat doa mereka.  Benci dengar rintihan mereka sedang mereka kufur kepada Allah.  Tuu yang asal bijak diorang, asal sihat mesti diorang, asal teknologi moden MESTI DIORANG LAH~ MENYAMPAH ahahah...

2) Kita? kenapa kita orang Islam lambat sangat nak termakbul doanya..
kadang itu sampai kita menangis, merayu, berharap Allah tunaikan, siang dan malam tak putus berdoa. Asbabnya, Allah suka kita berdoa.  Allah rindu dengar rintihan kita. Kita dah lama lari dari Allah dan sekarang Allah nak dekatkan diri kita padaNya.
Allahu rabbi~ sweet nya Allah.  Saysng tak kat Allah?

"SAYANGGGG~~~"

"Oleh sebab itu para murid ku.  Jangan lah futur (putus asa)  untuk berdoa.  Kalau boleh setiap hati dan setiap masa kita nak luah dekat Allah.  Walaupun kita tahu Allah itu  Maha Mengetahui, takpe lah.  

Kadang Allah balas dengan benda yang lain.
Boleh jadi apa yang kita doa 'mungkin' buruk untuk kita. contoh...

'Ya Allah jika dia jodoh ku.  Rapatkan lah aku padanya. Jika aku bukan jodoh dia dan dia berjodoh dengan orang lain .Maka jadikan aku jodoh itu'

*tepuk dahi*
kecik lagi tu tapi dah pandai daaa.."
"HHAHAHA"

..................................

Suasana ketika di sekolah rendah.  Sampai sekarang tabik dengan ilmu beliau :) rindu cikgu itu uhuk uhuk.

okey carry on

Bila diuji kadang tu kita sendiri tak sedar atau tak ingat apa motivasi untuk diri. kita lost . Sebab itu lah pentingnya kita berpesan-pesan dengan hak kebenaran.

Sesuai dengan maksud dalam surah Al-Asr (103:3)

".....kecuali orang-orang yagn beriman dan mengerjakan kebaikanserta menasihati dengan KEBENARAN dan saling menasihati dengan KESABARAN"

Dalam surah inipun sedang Allah bersumpah dengan masa! Allah SWT ingin menyedarkan kita hakikatnya hidup ini perlunya saling menasihati bukan sahaja dengan kebenaran tetapi dengan penuh rasa sabar.

~sabarmu pasti berbunga~

Dalam menghadapinya mesti ada yang akan datang perlahan-lahan sedang cuba memberikan tiupan kesabaran dan semangat ^//^

Contoh macam bila diri kita sedang mood down . tetiba datanglah seorang hamba kriman Allah akan berikan kata-kata yang pernah kita berikan pada dia dulu saat dia pun tengah dalam ujian Allah.  Alhamdullilah, dia dah selesai dengan ujian dia, kini TIBA GILIRAN kita.

Antara kata-kata yang paling buat sayalah kan, tersentap dan terharu :')

"Allah uji kau sebab Allah nak naikkan darjat kau disisi Nya"
"Ujian itu tanda Allah sayang dekat kita"
"Ujian ini datang sekejap jer, itu pun kita yang buat pilihan (betul/salah) jer"

kelakar. Macam sedang berbicara dengan diri sendiri.  MasyaAllah semoga dapat menjadi qudwah (ikutan) dan uswah (contoh) untuk menjadi islah (perbaiki) caca cela amalan kita dan sentiasa tajdid (perbaharui) diri .

Amin hirabbil alamin :)

Tuesday, April 26, 2016

Penjihad ilmu

Tuesday, April 26, 2016
Gelaran fisabillliah adalah suatu gelaran yang amat saya pandang tinggi.  Sedang saya yang berpengetahuan cetek mengenai ilmu agama tidak mengetahui selama ini kita telah lama ‘memegang’ gelaran ini.  Saya telah buka mata seluasnya apabila hati saya terjentik dengan kisah peperangan pada zaman jahiliyah juga pada zaman kini.  

Semangat jihad untuk mempertahankan itu lah yang membuat hati ini cair jer dalam diam membara sebara baranya. hahaha. Nak dijadikan suatu kisah apabila ada penceramah atau pengkongsian ilmu oleh seorang siswazah dari luar yang sudi bercerita atau berkongsi kisah mengenai sahabatnya yang telah pergi menghadap Illahi

“Akak dulu ada ‘geng’ yang kitaorang buat semua benda bersama.  Kitaorang hafaz AlQuran sesame.  Nak dijadikan cerita kitaorang bertul-betul menuntut ilmu agama.  Akak dan kengkawan ini amik kos bahagian hafalan hadis.  Tapi akak ini biasa-biasa jer takde apa yang istimewa. hehe.  Sampai satu masa tu tetiba akak perasan semua menangis teresak-esak.  Akak pun rilek jer tanya laa an,  mana si fulan.  Semua masa itu diam lepas itu sambil cakap yang salah seorang sahabat kami telah pergi.

Masa itu Allah jer tahu perasaan akak. Dah macam drama melayu sambil kaki akak jatuh ke lantai.  Lutut ini gugur tetiba jer.  Bayangkan adik-adik semua..

ibarat semua berpegang tangan dan berjihad untuk mengejar kejayaan dan insyaAllah bakal menjadi pembangun agama, tetiba salah seorang (semasa dalam pegangan tangan) melepaskan genggaman tangan ini lantas mengatakan dalam keadaan senyum tangis berkata ‘wahai sahabat ku. aku terpaksa melepaskan genggaman ini.  Maaf jika aku tidak dapat bersama kalian kerana Allah telah memanggilku, insyaAllah kita bertemu lagi di syurga nanti.  Teruskan jihad dan jadilah penjihad sebenar sebagai jihad fisabillilah !!’

Allahu akhbar adik.. bercucuran airmata kami waktu tuu, kami redha dan kami rindu pada dia. Sedar satu benda, kalian adalah penjihad sebenar bukan hanya pelajar tapi penjihad. Tuntut ilmu banyak-banyak sebab kita tak tahu bila kita akan ‘gugur dalam medan pertempuran’ kita tak tahu semua itu, kita memang tak tahu..”

Allah waktu itu hati saya sebak sangat . Rata-rata daripada yang mendengar berkemunginan tidak menitis airmata seperti saya =_= memang emo sangat ah.  Waktu tu saya membayangkan itu berlaku pada sahabat saya. 

Saya tak sanggup



Serius saya tak sanggup…...

Thursday, April 7, 2016

Couple kapel kapela

Thursday, April 7, 2016
Bismillah.


Masa cuti ini saya telah diizinkan Allah untuk menziarahi dengan kata lain bermalam di rumah si sahabat.  Apa yang bermain di fikiran ialah jangan menilai seseorang dari rupa

Pening bila difikirkan.  Sebab tak pandai nak kawal nafsu dan fitrah itulah yang akan jadi :(( walau macamana sekali pun kau mengamalkan sunnah dan beribadat kepada Allah.  Satu benda jer yang dapat menumpaskan si hati si pemandu diri.

Teringat masa kuliah subuh hari tu

"Hati ini ibarat pemandu.  Akal ibarat konduktor.  Nafsu pula ibarat penumpang"

Kenapa hati ini pemandu? kenapa pula akal konduktor sedang nafsu ini penumpang?

First question.
Akal terletak pada mana?
Masing-masing akan jawab otak malah ada yang jawab KEPALA xD kan? kan..?

Jawapannya ialah HATI <3

okey bayangkan dan hadam perlahan-lahan.

Hati ini ada dua peranan nak diikuti:
1) Akal
2) Nafsu

Hati ini dia akan dengar kata antara dua.  Nafsu ini pula ada pelbagai macam ragam, same jer macam dalam bas.  Pernah tengok tak gelagat penumpang tak?  Ada yang bising.  Ada yang tidur.  ada yang dok usya-usya awek mata itu kalau boleh nak jer meliar.  peh peh peh.=___=

Sekarang ini yang berkuasa dalam bas itu ialah konduktor
Dalam hal ini adalah akal.  Akal inilah kena bijak mengawal dan mamainkan peranan.  Nak bijak macamana? rebus buku kawalan penumpang pastu minum sehari semalam.

Okey okey.. okey  hambar hambar xD

tak. nak bijak, akal kena ada ILMU :)) haa dengar tuu.. ilmu ilmu ilmuuu ~~~~ mun~~ timun~~*echo* xD aaaa maaf gurau jer.

okey sambung..

Pemandu ini pula, ( Hati ) dia ini sibuk jer nak fokus pada jalan.  Mana sempat nak tengok belakang tanya konduktor.  Kalau akal tak boleh nak kawal nafsu. Alamat dia chaos laa bas itu.  Waktu itu, hati akan dengar apa yang pertama dan paling lantang berkata.

Sebab itulah akal kena bijak mengawal nafsu.


...............................................................

Pernah ada kisah antara nafsu dan akal.

Allah bertanya kepada kedua makhluk ini apa yang menjadi sembahan mereka dan siapa mereka.  Walhal Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa sudah tahu segala kebenarannya.

Lalu akal berkata :Aku adalah hamba dan Allah adalah Tuhan ku" betapa akal ini amat bijak dan mampu memberikan jawapan yang tepat.

Sedang nafsu pula berkata "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau"
Ssesungguhnya Allah amat murka lalu Allah mencampakkan nafsu ke neraka.

Ditanya lagi kepada nafsu
"Apa engkau dan siapa Aku?"

Jawapannya tetap sama " aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau"

Allah pun mencampakkan nafsu ke neraka selama bertahun lamanya.  Masih lagi nafsu menjawap jawapan yang sama dan tidak mengubah ayat dan pegangan dia walau sikit pun.

"Oleh kerana kedegilan engkau wahai nafsu.  Masuklah kamu ke neraka di mana kamu tidak akan diberi makan dan minum walau sedikit pun"

Setelah lama nafsu tidak diberi makan dan minum lalu nafsu menghadap Allah azza waljala.  Allah bertanyakan persoalan yang sama dengan sebelum ini.

"Siapa engkau dan siapa Aku?"

Nafsu....
" Aku adalah hamba dan Engkau adalah Tuhanku"

MasyaAllah dasyatnya kedegilan nafsu untuk mengaku siapa dirinya.

Dengan lata lain ia adalah BERPUASA. Puasa dapat menumpaskan nafsu

...................................................
Seseorang ini. lagi-lagi yang mengamalkan sunnah Nabi Allah.  Lagilah akan dihormati dan insyaAllah boleh menjadi ikutan.  Tapi kalau tak boleh nak kawal nafsu.  Sama jer macam kita tewas dengan syaitan dan tunduk pada nafsu.




JANGAN MENILAI LUARAN DAN BUKAN CARA BERFIKIR

lagipun apa yang seronok sangat dengan berkapel jadah ini.
kapel tak kapel bukan menjadi isu seseorang itu setia ke..?
Hakikatnya melalui kapel lah kita sekadar melihat LAKONAN BABAK ROMANTIK yang dilakon hebat walaupun tak pernah ikut shooting .

Saya banyak kali mempersoalkan dalam diri.  Dan secara tak sengaja telah melepaskan kepada seseorang :| bertubi-tubi jugak lah sampai orang itu terkelu.

"emm kau bagi aku 10 tahun pun aku takleh jawap"

Suka betul dia ye.  Ingat berkapel ini sesenang jer?  Takde istilah kapel selepas berkahwin.  KAPEL itu sendiri menunjukkan cinta tak halal sebelum ada ikatan.

Expect kapel ini apa?


Supaya tunjuk yang kau bangga mendapat seseorang yang kau suka sebagai girlfriend  haraming kapeling?
Supaya si dia selalu bermanja-manja. tergedik-gedik dengan kau sorang?
Sebab nak cop yang si dia ini kau punya seorang?
Sebagai platform untuk kau melepaskan nafsu?
uish dasyat bila sentuh isu nafsu~~~


Abis tu? apa? mengapa? kebaikan?

tolonglah tak menjamin langsung.  Dia kata kapel islamik jer dan dia akan jaga batas, taknak jumpa langsung kat tempat kuliah lepas tu kata dia akan beribadat lebih nak lawan nafsu

tolong laaaaa~

abis tu apa function kapel kalau gitu? serupa jer macam takyah kapel jer.

kawal fitrah. kawal nafsu. jaga iman. jaga mata. tolong laaa

Kekadang rasa bersalah itu lahir pada diri sendiri.  Punca dia saya ke/ saya ke penyebab awak lemah longlai dengan nafsu.  Punca dia adalah hati. Salah kan akal sebab kurang ilmu mengawal nafsu >:(

Bila dah gitu.
Berani kan diri mengatakan

"Kalau macam itulah, jangan cari aku sebab nak merayu-rayu macam ini.  Pergi lah cari wali aku.  Pergi kumpul ilmu bebanyak. yang penting kau yakin boleh bimbing aku nanti.  Aku taknak kau akan jaga batas segala jadah semata supaya hati aku ini cair dan percaya kau.  Kau belum kenal dunia dengan cara kau nampak sangat tak boleh nak bimbing aku sebenarnya.  Cara kau minta dengan cara yang tak halal ini. Buat aku lagi hilang dan tawar hati.  Kalau kau betul bijak kawal nafsu, kau takkan macam ni.  Dulu aku respect kau.  Sayang sangat kau rayu macam ini buat aku yakin punca utama dia ialah hati kau tak ikhlas melainkan nafsu semata."

"Aku nak ingatkan mungkin kau rasa kau berjaya lawan godaan syaitan tapi bukan godaan wanita.  Sebab apa? sedasyat-dasyat godaan adalah GODAAN WANITA sebenarnya.  Check balik hubungan kau dengan Allah.  Kalau kau jaga kau takkan minta sesuatu yang jauhkan diri kau dari Allah."

Lepas tu mulalah dengan ayat bunga dia.

"Kau tunggu lah aku.  Selama dua tahun ini kalau kau rasa sunyi. kau cari lah aku. Aku setia tunggu kau.  Kalau aku nak jodoh, aku harap berjodoh dengan kau jer".

peh peh peh
ayat nak lawan tauke. Standard laa tuu, dialog tanpa skrip TERUNGGULLL~~ bravooo *tepuk tangan*

TAPI tindakan?? action speak louder than words  :)

Bertawakallah. Berserah pada Allah. Berusaha yang terbaik.  check diri suka sebab apa? nafsu? ilmu?

Bukan nak salah kan sape-sape tapi pokok utama dia COUPLE KAPEL KAPELA


istilah kapel islamik pun tak pernah wujud kot =__________=

wallahualam

Pegang hati ke jalan Allah. Minta petunjuk dariNya.  Jangan gelojoh, Tenangkan hati dan diri.  Lawan selagi mampu.  Moga Allah redha dan permudahkan segalanya.

InsyaAllah *senyum*

Wednesday, March 16, 2016

cinta? cinta? cinta?

Wednesday, March 16, 2016
Astagfirullah HAHAHAH

kelako pun kelako gak
bila angka umur daa bertambah nie
bukan main lagi kawan sebaya tak sebaya
sume sibuk fikir 'jeles tengok orang bernikah la'

Allah~ tak salah fikir soal cinta
tapi...
diorang cakap gitu, diorang tak fikir ke tanggungjawab sebenarnya?

takpe la kalau daa betul-betul mampu nak galas tanggungjawab teruskan jer usaha
bukan minta-minta kat facebook
pastu bubuh ayat klishe nak 'minta belas kasihan'dari perempuan
ingat dapat? uhukhuk

"terimalah seseorang yang bersungguh-sungguh mendapatkan kamu bukan seseorang yang kamu sungguh-sungguhkan" (bagi wanita)

"nikahilah dengan seseorang yang apabila kamu melihatnya, kamu berasa tenang (ingat Allah)" (bagi lelaki)

Ini haa satu lagi =________=

Mempergunakan agama untuk pancing hati seseorang.
Kalau betul lah dia betul-betul siyes, dia takkan 'gunakan ayat agama' yang berbunga. ('-')

Maksud ayat berbunga agama itu macam ini

"Weh, jom lah keluar dengan aku hari rabu ini :) "
"Ohh? kita berdua aje ke?"
"Yela kita berdua jer laaa"
"Takpe laa, kang timbul fitnah.  Lagipun aku tak selesa doe"
"Alaaa wehh, kau ajak laa member kau sorang"
"Takpelaa aku tak nak.. Kang tak pasal-pasal kang member aku awkward ditambah dengan aku nanti"
"Tolong laa"

*haa belum lagi sampai ayat berbunga agama itu*
*selang beberapa minit*

"Weh asal kau diam, marah aku ke? Aku mintak maaf. Aku merapu tadi."
"Umm"
"Tapi aku nak sangat jumpa kau, banyak benda pasal agama aku nak belajar dari kau. Please weh"
"Jadah nye, kau tengok kat rak buku kau.  Ada tak Al-Quran.  Rujuk sendiri, tak paham. tanya ustaz ke yang lagi tinggi ilmu dari aku. Senang jer nak belajar agama ini"
"Tapi aku nak jumpa kau, boleh kau ajar aku."
"Takpe laa, apa guna member kau, banyak jer yang kau boleh pilih nak jumpa"

"Kau memang kuat iman kan?"
"Takde makna, aku pun iman goyah."
"Betul laa, iman kau kuat. Itu yang aku suka pasal kau"
"Iman aku ini senang jer lebur. Goyah. Sebab itu lah gunanya aku jauh lagi dari timbul fitnah gitu.  Kang tak pasal-pasal gugur iman aku yang nipis ni"
"Payah nak ajak kau keluar. Sorry tauu. Aku cuba nasib jer."
"...."

See?
ahuuu~ sabar jer laa kaum hawa.  Tapi tak semua macam ini.  Selagi boleh nak bertalu tolak pelawaan, tolak lah.  Bagi bertubi-tubi alasan yang zapppp sikit. hehe :D

Pengajaran
Kalau kalian bijak,  Kalian takkan termakan pujuk rayu.
Ingat satu perkara ini

'Bila sedang ingin melakukan kemungkaran, tetiba ada yang membisik 'jangan'.  Ketahuilah itu adalah IMAN kalian yang berbicara"

Wallahualam :))

Tuesday, March 15, 2016

Emo xD

Tuesday, March 15, 2016
Bismillah

Rasanya saya boleh gunakan teori saya sendiri iaitu 
life is like a game

Kita ada limit untuk gembira, sedih, lapar dan bertenaga.

Semua benda itu ada bar dia tersendiri xD

Percayalah bila kita sedang bergembira dan aktif.  Keesokan harinya semua bar akan berkurang dan bersilih ganti dengan sedih dan lemah.  Sebab? kita dah puas gembira. Bar sedih masih belum kita guna.  So waktu tu lah hari untuk kita sedih, emo, lemah tak bertenaga kan??
-HHAHAH

its just a joke. No offense

Cuma terfikir jer, macam biasa selalu bermonolog :)

tak sah kalau tak share story xD

Ada seorang budak lelaki ini.  Dia seorang yang sangat penyabar tetapi takde laa sehebat akhlak Nabi SAW. Allahu Akhbar~ jauh pangkal dari lengan :')

Nak dijadikan cerita.  Ibu dia ajak tengok wayang.  Hati dia bermonolog "Fuhh, okey gak keluar waktu cuti gini ni.  Takde laa mereput sangat.  Babai game ku yang tersayang, kali ini aku pilih untuk keluar jejalan dengan bonda tercinta dari berdua dengan kau. hehe"

Bahagia tak bahagia waktu tu.  Siap sempat ucap selamat tinggal pada 'rakan karib' dia yang dari dulu selalu berada di sisi siang dan lewat malam. Pergi memane mesti fikir pasal game dia.

Sesampai jer di GSC IoiCity Mall.
Mak aii~ panjang betul beraturnya.
Nak dijadikan cerita beratur bukan main panjang.  Iman dia tercabar tapi masih setia menunggu.  Puas dia melayan henpon dia.
Sempat update status
Sempat mesej ibu dia. *yang ntah kemana*

Tak sampai separuh, dia dah berdiri selama sejam. "Hari minggu, biasa laa ann" Bisikan memujuk hati dia.  Dia asyik perati jer board senarai tayangan.
Sempat berbalas dengan ibu. Tengok mana paling best.


Sesampai jer dekat kaunter.  Tayangan yang dia pilih, Tinggal satu seat lagi.
Ibu aku cakap, amek paling dekat dengan masa sekarang

"Miss, bagi saya yang belum full tapi tak lama dari sekarang masanya."
"Ohh adik, pukul 7mlm nanti baru ade"

Ya Allah~ sekarang baru pukul 4ptg.  Aku beratur dari kul 2:15pm tadi.....!

*telefon ibu*

"Ibu, macamana sekarang?"
"Cancel la. Balik jer laa"
"Ibuuu? =________________="

Sepanjang perjalanan nak balik itu, rabak tak rabak hati dia.  Berdiri dan beratur berjam. Last-last tak jadi.  Ya Allah, ampun dosaku.  Tebalkan rasa sabar dalam diri aku.  Izinkan aku untuk terus bersabar dan redha atas apa yang jadi

"Abang, ibu dah beli popcorn dengan air strawberri"
Aku diam, hanya senyum tawar mampu diberikan

"Abang, tadi masa abang beratur sempat ibu dengan adik bergambar dengan maskot, tengok nie"
Aku terus diam kaku "emm.." 

"Abang, rasa sekarang nak pergi mana?"
Takde respon yang aku berikan.  
"Abang?? Abang okey tak?"

Aku diam..terus diam dan......DIAM

SAMPAI JER KAT R'UMAH

Sakit nya hati aku ini, Ya Allah tolong sejukkan hati aku.  Jauhkan aku dari bisikan syaitan yang nak barakan lagi rasa marah dalam hati aku ini.  Ampunkan aku ya Allah.  Bukan niat nak sakitkan hati ibu.  Tapi AKU TAKUT. Takut kalau rasa marah aku beri kesan pada setiap perkataan yang aku ucapkan.  Aku hanya mampu berdiam dan berusaha bertahan.  Tolong bagi aku kekuatan.

Panasnya hati ini, bagus aku potong buah epal untuk ibu.  Walaupun aku masih tak rasa nak cakap apa-apa.  Sekurangnya ibu taklah terasa sangat InsyaAllah.

*tangan memegang pisau hiris.*

"Heh rasa macam nak jer potong tangan ini.  Bunuh diri mungkin :'D "

*terhiris jari*
"Ouchhh~!! Astagfirullah. Pedihnyaaaa.. Allah...."
"Abang~! abang okey tak?? Astagfirullah, hati-hati laaa"
"Abang tak apa-apa ibu :') jangan laa risau.  sakit sikit jer."

*zappppp

terdetik di hati dia
Allah bagi amaran dekat aku.  Takat benda gini, aku nak putus asa dengan nikmat Allah dan sanggup buat begitu dekat ibu.  Semua benda jadi ada sebab.  Perit terhiris dengan pisau hiris pun aku takleh tahan, lagi-lagi bila potong urat tangan.  Perit lagi sakaratul maut.  Sedang Rasul kekasih Allah pun, pedih meronta walaupun ditarik selembutnya roh dari jasadnya yang mulia.  

Ya Allah terima kasih bagi peringatan dekat diri aku yang naif ini.
Ibu maafkan abang ibuuu T____T

-TAMAT

Friday, February 26, 2016

Si Tudung Labuh

Friday, February 26, 2016
Kesian si pemakai tudung labuh apatah lagi yang mengenakan 'pakaian sampingan penambah pahala' (purdah,niqab) :')

Bila bertudung labuh dilabel 'alim' 'warak' padahal ia sekadar peselindung diri yang dipakai untuk melindungi diri dari mendedahkan aurat.  Ya, memang tak dinafikan sesetengah dari mereka mempunyai ilmu mendalam mengenai ISLAM. 

Tapi chop !

Tak semua okey, mana kita tahu dia berilmu tinggi atau dia baru sahaja 'berhijrah' ?? tudung itu hanya pakaian bukan sebagai alat untuk 'mengukur keimanan' seseorang. 

Ada kisah yang nak saya ceritakan, baru best ann bila kita kongsi cerita seseorang :)

Ada laa seorang hamba Allah ini, masih lagi seorang pelajar.  Dia telah menetapkan matlamat untuk berubah kepada lebih baik.  Bukannya dulu dia seorang yang bertudung pendek tahap gaban atau free hair no no no.

Dia hanya lah gadis biasa :) tetapi tergerak hati mahu berubah setelah sekian lama 'tergantung' seorang diri tanpa ada yang membimbing seteguhnya, dia hanya berpegang dengan pendirian dengan ilmu agama apa yang dia miliki.

Dia perati lah sekeliling,
"uish labuhnya tudung dia. Apa perasan dia pakai tuu ea, nampak selesa jer dia pakai"
Dia selalu bermonolog dengan dirinya 

*Weh tak layak lah kau nak pakai cam diorang. Ilmu agama pun kau lemah lagi.  Orang pakai gitu tuu, yang hebat jer.  Pandai bercakap pasal agama, orang respect ilmu diorang*


"Umm betul gak ann siapa lah aku nak dibandingkan dengan diorang hee :') "
Sampai satu masa dia beritahu kawan-kawan rapat dia.

"Weh korang aku rasa ann aku ada idola kat sekolah ni, dia daa laa hebat kat depan.  Tegas, hebat. aku pandang dia tinggi wei"
"Kau daa pahal, kau pun boleh jadi cam dia apa.  Jangan lah kau sanjung tinggi sangat dia itu"

Dia ni pun selalu lah bercerita dengan excitednya bila si idola buat sesuatu walhal dia tak pernah bercakap sepatah pun dengan si idola tuu.  Dia akan jadi lagi teruja bila dia bertegur dengan dirinya.

"kenapa kau bangga pasal dia sedangkan kau sendiri boleh lawan dengan dia? lawan secara sihat"
"Agaklaa wei, aku bukan tinggi ilmu cam dia"
"Ya memang tapi kau sendiri ada kelebihan dalam diri kau yang mungkin dia takde.  Just be yourself and build your own name"
"Siyes ke nie?"
"InsyaAllah boleh wei. Kitaorang sendiri akan selalu support kau k sahabat?"

Waktu tu bergelora hati dia, kata salah seorang sahabat dia sampai tersentuh perasaan dia. *Aku nak berusaha jadi muslimah yang berjaya.  Kalau bukan aku yang nak mula dulu siapa lagi nak ubah aku* 

Mula lah matlamat dia dengan mengumpul dan pelajari sebanyak mungkin ilmu pasal agama, dia lancarkan bacaan Al-Quran dia.  Dan Alhamdullilah pada tahun itu jugak dia khatam Al-Quran :') 

Dia masih lagi mengejar dan terus mengejar walaupun dia tahu mungkin mustahil tapi sampai bila nak hidup dengan expectation diri yang lemah? cabar diri, sampai bila dia nak berdiam diri.  Sampai bila nak bangga dengan kejayaan orang lain.  Kenapa dia sendiri yang tak bangga dengan kejayaan sendiri.  Lama-lama dia makin berubah :)

Satu hari....

"Weh nak try tudung labuh kau, boleh tak? sekejap jer"
"Ehh apa yang tak bolehnya. Hahahah"
"Nak try pakai pergi keluar"
"Haa bawak bawak. Aku okey jer"
 *pakai buat kali pertama*
"Uihhh selesa nya, takyah lah risau pasal tudung terselak ke tak"
"Wehhh comel ar kau pakai *ayat pancing tagune xD* kan nampak ayu tuu"
"haaa ayu?? taknak taknak :< haiyaaa~ *aksi silat buatan sendiri siap dengan kekuda*"
"amboi terus bersilat hengkooo"
"nampak jer ayu ann tapi perangai still same hahahah"
"ngek~ hahahah"

Keesokannya..

Bersiap ke kelas, dan terasa satu benda yang kurang.
"Aih apa yang kurang ni, handsock aku pakai dedua, jam ada, bedak jangan cakap wangi daa.  Tapi apa yang kurang.  Kenapa aku rasa tudung ni pendek semacam jer"

Dia pun pergi mendapatkan sahabat nya sebab dia tumpang sekali basuh di mesin basuh.
"wehh kau ada terambik tudung aku eh?"
"mana da betul laa tudung aku, siap ada tanda lagi hihi"
"tapi..... umm takde pape laa"
"WEHH~! ASAL WEH? *dia sudah berlalu pergi*"

Sesampai jer di sekolah, dia betul-betul rasa tak selesa boleh dikatakan low confident lah.  Dia asyik dok tarik-tarik tudung dia.  Dia rasa dia pakai tudung orang lain yang pendek padahal takde laa pendek sangat. 

"Wehh tengok aku, ade apa-apa yang pelik tak dengan aku?"
"Umm takde pape punn. Biasa jer"
"Tak.. tengok tudung aku"
"Nape ngan tudung kau, cuba pusing. Umm takde pape pun"
"Kau tak rasa tudung aku pendek?"
"Lawak ke. Tutup kan aurat semua.  Dah-dah takyah tetiba nak jadi pelik"
"Umm perasaan aku jer kot hahahhah"

Abis jer satu hari memenatkan dia pun macam biasa bersiap untuk bersukan.  Mak aii~! lagi bak hang pendek tudung niee.. jadi betul lah selama ni tu tudung aku ( sebab tudung dia untuk bersukan lagi pendek dari tudung ke sekolah)

AKU DAH KENAPA....

Time sukan itu lahh moment paling teruk dia.  Dah laa bercampur dengan ajnabi bila mula perlawanan game.  Waktu tuu bertambah teruk perasaan dia.  Rasa tak selesa teramat.  Rasa sayu nak nangis bila tengok diri dia dengan tudung sukan dia.  Macam dia rasa diri dia diperhati dari setiap sudut.  Terselak sikit memang nahas calar maruah :')

Bila habis jer sukan semua. Malam seperti kebiasaan, dia akan mula termenung.  Kenapa Allah uji dia hari ini.  Kenapa dia rasa berbeza.  Kenapa pasal tadi bukan main dia malu dan selalu risau macam ada orang yang baham dia.

Dan dari situ, dia mula betudung labuh :))

"Wehh~ labuhnya tudung kau.  Asal?"
"Haaa sekarang baru aku selesa.  Takde laa aku rasa macam nak kena baham"
"Acah-acah jer, kau nie pemalu sebenarnya padahal takde sape yang nak pandang kau pun :P "
"Heiii mana ada aku pemaluuu xP siyes arr? ada jer orang pandang, kau mana tau"
"Eleh pemalu laa dia .. pemalu. pemalu macam kucing"
"oittt~! jangan arrr"

*the end*

Kesimpulanya : walau bagaimana pun rupa gaya kita.  Bila Allah dah mula ketuk hati untuk berubah, terpulang pada kita nak terima dan hadam ATAU acah-acah tak kisah.  Lagipun labuh ke tidak tudungnya itu bukan ukuran keimanan kita tapi keyakinan kita pada Allah untuk lindungi kita dan sedarkan kita tentang dunia ini. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH SWT <3

Wallahualam

Saturday, February 13, 2016

agungkan sains berbanding ilmu agama?

Saturday, February 13, 2016
Cuba kita fikir balik. Semua teknologi yang dicipta oleh para saintis dan engineer adalah sebenarnya mengambil contoh dan konsep dari ciptaan allah. "eleh iyer2 je kau ni" tak caya? Mari kita lihat

1. Orang yang pertama sekali terfikir nak buat kapal terbang adalah Leonardo DaVinci. Dia meletakkan sayap kiri dan kanan dekat plane dia. See? Kenapa "sayap"?  sebab dia amik konsep dari burung ciptaan Allah. Burung ada sayap dan boleh terbang.





2.camera stablizer dan kereta kebal. Konsepnya dari kepala ayam. Kalau kita pegang ayam,  dan gerak-gerakkan ia, kepala ayam tu akan stay 1 tempat. SEE? Teknologi yg berkonsepkan ciptaan allah lagi.

                                                                 
Konsep Kepala ayam

Hasil ciptaan manusia

gif menunjukkan segelas arak diletakkan diatas tempat tembak kereta kebal, untuk membuktikan stabilizer tank nya.

3. zaman dulu kenderaan hanyalah kuda. Kuda yang mempunyai 4 kaki. Sekarang ni baru tercipta kenderaan yang ada 4 roda.



4. Burung ababil menurunkan batu dari api neraka. Sekarang dah ada kapal terbang yg boleh turunkan bomb.




so nak ceritanya ,

Saintis hanya boleh mengkaji benda yang dah sedia ada yang dicipta oleh Allah .

Kesimpulannya?

Kita patut bersyukur kerana Allah cipta bermacam-macam perkara supaya kita dapat belajar dan mendalami sesuatu perkara tersebut . Athiest ni baik sebenarnya. berilmu , kaki belajar kaki buku . Tapi silap dia ialah apabila dia dah mengangungkan ilmu duniawi yang  dicipta oleh Allah berbanding Allah S.W.T sendiri. Jadi apa perlu kita buat ? Seimbangkan ilmu duniawi dan ilmu agama :) . Nak ke belajar dengan allah tak redha? tak nak kan? jadi seimbangkan ilmunya :)

Sampai situ sahajalah penyampaian saya :) sekian Assalamualaikum :)



Saya pun ciptaan allah :3 , ciptaan allah yang paling comel hihi :3

Friday, February 12, 2016

Kedai buku

Friday, February 12, 2016
Hari ini saya berkesempatan nak pergi 'melawat' sebuah kedai buku kegemaran saya MPH di NU Sentral xD  macam biasa jer an tempatnya TAPI walaupun saya bukan lah penggemar buku @ulatbuku.  Tempat itu lah menjadi tempat persinggahan paling best :)

Apa yang bestnya kat sana?
wai wai rugi lah kalau tak rasa nikmat pergi sana
tak laa gurau jer
Mungkin sebab itu jer kedai buku yang senang nak pergi dan senang nak cari xD

laa tu jer ke?
okey macam ini buku kat sana semua terbaik
tempat dia selesa sangat dan luas
*promote ke kak? hahaha*

FOKUS KISAH INI..

Saya pun macam biasa berlegar-legar kat sana
bila tengok semua buku kat situ, rasa macam nak beli jer, nak jer baca semuanya *tamak* hahahah
tuu yang berjam-jam pun tak kisah tuu sebab belek-belek jer xD

Bila saya dok belek-belek buku best sellers saya pun jumpa banyak buku islamik
MasyaAllah terus rambang mata o.O tapi takde la nak beli semua sebab ye laa takkan nak guna duit mama jer so saya pilih satu jer laa

Daa amik daa nie buku #henshin by aiman banna tapi tergerak hati nak cari bahagian rujukan agama.  Saya pun terus target nak singgah situ.  Boleh tahan di penghujung laa jugak bersebelahan dengan bahagian novel.  Erk ramai gak duduk lepak baca novel kat situ.  Melayan perasaan ler tuu -_____-

Tetiba terserempak dengan sorang mamat nii, dia terkejut tengok saya macam nampak hantu jerr.  Segan 'bak hang' saya pun buat de' jer laa ann.  Tetiba saya perasan ada seorang kakak berniqab ikut jer saya dari belakang. Saya pun apalagi acah-acah nak gerak ke rak buku lain.  Dia ikut jer, waktu itu biar jer laa, mungkin dia tertarik nak ambik buku yang saya ambik tadi.

Sampai satu peringkat itu. Tinggallah saya dan dia kat ruangan itu. Mamat tadi, heh daa chaw daa mungkin sebab malu tengok adegan saya dan kakak ini berkejar-kejar anak hahah  xD

Nak dijadikan cerita, kakak itu selalu curi-curi pandang saya.  Saya tahu laa sebab saya pun curi pandang dia hahahah dia senyum jer walaupun dia berniqab.  Bila seorang seperti dia senyum pasti kita akan rasa kemanisan senyuman itu walaupun tak tahu macamana rupa dia.  we feel the sincere in smile  :D

*dialog antara saya dan dia*

"adik minat eh buku-buku macam ni?"
"aaa? ye minat sangat"
"tak semua minat buku macam ni lagi-lagi macam buku yang adik pegang tuu"
"ni? *sambil tunjuk buku #henshin* buku ni kan daa ramai yang daa baca :)"
"ye laa, adik tadi akak tengok jer adik belek-belek buku lain"
"hahah sebab rasa macam nak beli jer semua buku kat sini"
"kan???  akak pun, akak selalu pergi sini, kalau boleh nak jer beli semua buku kat sini.  Tamak en :P"
"kalau macam tuu sama-sama laa kita tamak hahah"
"hahahha"

*terdiam sejenak saya pun terus mencari buku yang betul-betul saya nak beli senang citer 'the only one'*

"umur berapa?"
"*censored* tahun "
"woahhh *membulatkan mata*"
"nape kak?"
"adik nampak matang, gaya adik matang "
"aaa yeke? hahah best ar kena cakap matang hokhokhok *dalam hati (gemapak siaa kena cakap matang, akak taktau lagi perangai sebenar saya macamana hihihi) "
"teka umur akak berapa hehe"
"umm 21 tahun?"
"erkk bijak. Bijak laa adik"
"aaa betul ke ? hahah"
"betul bijak betul hhahah ye akak 21 tahun"

-----lalu mulalah perkenalan diri memasing-------

"adik, bagus laa daa start minat baca buku cenggini, daa pakai pakaian macam ni tutup aurat cantik adik ni sebenarnya. Ada mix apa-apa ke? "
"*malu bukan kepalang lagi-lagi dipuji dengan kenalan baru* abah orang sabah, kira half de mix sana"
"Oo gitu, adik memang minat bisnes ke?"
"Minat itu minat laa tapi tak sure nanti nak jadi apa"
"Ehhh~ jangan cakap gitu dik. Adik sekarang zaman akhir zaman, Adik jangan macam itu, adik kena ada pendirian.  Satu jer akak pesan, jadilah seperti Saiditina Khadijah dalam meniaga.  Adik kena berdiri atas kaki sendiri, jangan jadi 'orang bawahan'. Yela dengan ekonomi sekarang yang makin teruk.  Adik, akak nak adik jadi seorang peniaga yang berjaya okey dik?"
"InsyaAllah akak,  *idola wuuuuu*"

Kali ni kitaorang diam lagi, saya usha jer akak itu sebab dari tadi dia follow saya.  Demi Allah, saya rasa beruntung sangat akak ni sudi tegur saya.  Kalau boleh nak kenal lagi rapat sebab akak ni pun start berniaga dengan usaha sendiri selepas dia tamat belajar di UiTM :))

Tapi ye laa.  Orang kata kita sendiri ego nak cakap gitu sebab mesti kita rasa pelik an dah la baru kenal, kot-kot dia pun busy urus dunia dia :')

"Adik, akak suka sembang dengan adik hihi :D best arr sembang dengan adik.  Tak rasa kekok rasa macam sembang dah lama kenal.  Kalau boleh kan adik, kita selalu laa bersembang cenggini, akak suka :)) adik ni ade potensi ni bila tengok gaya adik."
"Ehh, maseh akak boleh jer akak.  Akak der no tepon saya ann.  Kita boleh chat lama-lama, sembang-sembang hohoho"
"hahaha semestinyaa, kalau boleh lagi kita lepak-lepak laa, jejalan ke lagi best (y)"
"Boleh jer insyaAllah akak. Untuk akak pape pun okey hahah :D "

YA ALLAH
dalam hati ini Engkau jer tahu.
Bahagia sangat ! ^^ bukan mudah dapat jalin ukhwah 'tiba-tiba' sebegini <3

Terima kasih atas jodoh pertemuan macam ni, saya harap dapat belajar banyak benda dengan beliau :)  Nak jadi macam dia, dia idola saya huihui~

Low your gaze and may Allah blessed you always
Miauu pun pandai tunduk pandangan hahah xD

Akak tadi menghilang masa saya sibuk mencari buku yang dianjurkan olehnya.  Pasal hati dan akidah seorang muslimah.  Kata-kata dia mengiang-giang di setiap sudut fikiran xD
Berharga sungguh kata-kata dia ^^

"Adik, kalau akak laa akak cadang adik ambik buku yang kena-mengena dengan HATI dan AKIDAH dulu  buku bahagian tarbiyah sentap, henshin nie semua perkara biasa yang kita dengar TAPI 'pokok utama' dia ialah hati kita, akhlak kita jadi muslimah terbaik <3 adik belajar 'urus hati' dulu yang lain akan menyusul sendiri. Percaya cakap akak "" -akak tika-

MasyaAllah susun cantik jer ayat dia :)

Lepas saya mencapai satu buku ini bertajuk 'WANITA SOLEHAH by Hikmatul Islam' sesuai dengan situasi kini.  Layak ke saya bergelar 'perempuan mukminah'.  Apa konsep utama bergelar begitu? Apa tetapan mindset yang perlu kita ubah TENTANG SOLEHAH.  InsyaAllah bermanfaat >:D (y)

Wallahualam

Itu jer yang nak dikongsikan, ilmu yang kita dapat akan lebih 'berharga' jika kita selalu berkongsi.
Takkan nak rasa manis itu sorang-sorang kan :)

Bittaufiq Wannajah ! 
Dengan kekuatan dan kejayaan !
Good luck !

Monday, February 8, 2016

Are You A Cinderella Or A Khaulah?

Monday, February 8, 2016


(Published by - Tanta Medical Daei Production- May 8, 2015)

MasyaAllah, hari niee saya macam biasa explore kat youtube 
Tup tup. jumpa video nie , siyes best

Mana lagi gempak

DISELAMATKAN ATAU MENYELAMATKAN?

nak tunggu prince charming datang ke? nak sendiri jadi 'pembakar semangat jihad'?
ya masyaAllah3 :D

ofkos laa, kalau saya, saya taknak laa jadi semurah cinderella HAHAHAH
astagfirullah maaf3 saya bergurau jer
tapi betul laa ann

masakan kita nak sesenang jatuh hati dengan seseorang yang baru kita jumpa ?
sedangkan kita sendiri pun tak usaha untuk 'selamatkan diri'
ada apa dengan cinta first sight


ahahha xD

jadilah seperti Khaulah al-Azwar (bidadari besi) yang mahal tidak mahu dikenali, tidak perlukan pujian dan seorang wanita yang rendah diri malahan seorang yang pemalu

wallahualam *just sharing*



#supportvideodakwah #supporttarbiyah #khaulahalazwar

Friday, February 5, 2016

Qudwah Qabla Ukhwah

Friday, February 5, 2016
(Esc. by Budak Tomato)

Maksudnya -- > Contoh Sebelum Ajakan

"Kalau nak cari sahabat, cari manusia yang apabila kamu tengok dia, kita ingat Allah. Kalau tak da, kitalah yang kena jadi pemulanya."

Ulasan dia senang jer, sahabat kita boleh jadi murabbi kita :) (pendidik) atau kita sendiri jadi orang yang starter dalam menyampaikan kepada MADU' kita (orang yang didakwahkan)

"Sahabat yang soleh ini susah untuk dijumpai maka dalam usaha mencari, usaha juga untuk MENJADI"

Berlapang dada laa dengan semua orang.
Sebab?
Allah takkan cipta kelemahan sahabat kita melainkan untuk tampalkan dengan kebaikan



Novel Cinta

Assalamualaikum sahabat semuanya

Fuh seharian tuu penuh jer aktivitinya HAHAH
Nak kata aktif tak laa
Cuma sekadar nak 'tolong' apa yang mampu  xD

Okey focus

Hari nhe ada laa saya dapat satu novel nhe
"ESC. by Budak Tomato"

Allahu~ ada gak teringin nak beli dulu tapi batalkan niat sebab nak beli 'senjata' baru untuk tahun baru nhe.

Senjata?
ha'ah, yelaa senjata
nak gi berperang di medan ilmu (ececeh~ xD)
Sekali Allah nhe sweet jer :3
buku tu sendiri datang kat saya (pinjam dari member) yang sebelum nhe saya tak tau pun dia ada bukunya.

Saya. Aku. Ana Bukan Peminat Novel cintan cintun
Tapi...
Ada satu novel cinta jenis ini yang paling saya melting hahah
Cinta yang sepatutnya iaitu tarbiyah hati nak cari cinta Allah
Allahu~ manisnya bila baca novel macam nhe
Mungkin ini lah kot yang dirasai oleh segelintir penggemar novel kisah cinta.

Cuma bezanya..
Cinta kepada manusia dan cinta kepada agama Tuhan

uih biar laa tuu

Novel cinta berlambak kat bilik, 2 daripada 16 gitu jer yang sempat habis =_____="
Tak faham belah mana yang bestnya lagi-lagi ia boleh mempengaruhi untuk ikut budaya tak sepatutnya. Bukan saya benci kisah cinta tapi kisah dia kekadang susah nak terima xD

nak sedih tu memang sedih tapi bila dah sentuh isu sensitif, rasa macam tinggi lagi rasa geram itu dari kesian kat watak tu. tuu yang kekadang baru tak sampai suku berhenti jap dari baca sebab rasa nak jer buang buku tu. HAHHAAH

Dulu pernah try nak suka novel cinta nhe tapi mak aii susah benor
Ayat clishe' budak lelaki kat saya.

"Bukan dak pompuan minat ke novel cinta?"

Tak kurang hebatnya budak sejantina dengan saya...

"Kau nhe, aku baca pun sedih gak doe, kau baca macam takde perasaan"
"Oit~ berabad aku tengok kat pegang buku nhe, tak sampai setengah lagi??"
"Kau paksa laa diri tu baca, mesti kau minat lama-lama nhe"

Aaaaaaaaaaaaaaa~ daaa laaa @__________@

saya CUBA tau tapi tak sampai ke hati citernya =..=
TAPI~
Hakikatnya hati saya takde la sampai tahap takde perasaan cinta tu
itu kan lumrah manusia DAN AKU BUKAN ZOMBIE xD

Saya ingat lagi
Novel pertama yang pecah rekod iaitu saya hampir fall in love dengan watak dia
"Kuntum Cinta Di Taman Syurga" watak utama nama Fidaei Al-Humaidi



PEMUDA YANG SEDAR AKAN KECUAIAN GOLONGAN TENTANG SINAR ISLAM :))

Kisah seorang pemuda dan pemudi letakkan cinta Allah yang utama dan Allah 'hadiah'kan mereka berdua bersama. Mujahadah (berusaha untuk melawan hawa nafsu)

Hah~ first time in my life yeahhhhh~! xD
Masa tu Form #3 dan hampir berapa kali saya baca HAHAHAH